Cetak mesej Gmail

Anda boleh mencetak mesej tunggal atau semua mesej dalam perbualan.

Penting: Untuk mencetak daripada telefon atau tablet anda, tambahkan pencetak yang boleh mendapatkan data melalui Wi-Fi atau rangkaian mudah alih. Ketahui cara menyediakan pencetakan pada Android.

Cetak satu e-mel

Jika terdapat beberapa e-mel dalam perbualan yang sama, anda boleh mencetak salah satu e-mel tersebut.

  1. Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Buka e-mel yang mahu dicetak.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan e-mel, ketik Lagi kemudian Cetak.

Cetak e-mel yang mengandungi balasan

Jika terdapat beberapa e-mel dalam perbualan yang sama, anda boleh mencetak semua e-mel tersebut sekali gus.

  1. Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Buka perbualan yang mahu dicetak.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi kemudian Cetak semua.

Tidak dapat mencetak e-mel atau lampiran

Pengirim mungkin telah menghidupkan mod sulit untuk menghantar e-mel tersebut, yang menghalang pencetakan teks mesej dan lampiran.

Ketahui tentang mesej yang dihantar dalam mod sulit.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11904688889704532352
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false