Log keluar daripada Gmail

Bergantung pada peranti yang anda gunakan untuk Gmail, anda boleh log keluar daripada Gmail, mengalih keluar Akaun Google anda atau beralih antara beberapa akaun.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Pilihan log keluar

Satu-satunya cara untuk log keluar daripada apl Gmail adalah dengan mengalih keluar seluruh akaun anda daripada telefon atau tablet.

Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan banyak tugasan yang sama melalui tindakan lain.

Alih keluar Akaun Google anda daripada peranti

Apabila anda mengalih keluar akaun, akaun itu akan dialih keluar daripada semua apl pada peranti itu. Apabila akaun anda dialih keluar, anda tidak akan dilog masuk ke mana-mana produk Google, seperti Peta atau YouTube.

Pilihan ini sesuai jika anda mahu mengalih keluar maklumat peribadi daripada peranti anda sebelum memberikan peranti itu kepada orang lain.

  1. Buka apl Gmail pada iPhone atau iPad anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil anda.
  3. Ketik Urus akaun pada peranti ini. 
  4. Ketik Alih keluar daripada peranti ini.
Petua: Pengalihan keluar akaun daripada telefon atau tablet tidak akan memadamkan akaun itu sendiri, jadi anda masih dapat menggunakan akaun itu pada komputer atau peranti lain.
Log masuk menggunakan akaun lain

Jika anda telah menambahkan beberapa akaun pada apl Gmail, anda boleh beralih antara akaun tersebut. Mesej pada apl Gmail disimpan berasingan untuk setiap akaun.

  1. Buka apl Gmail  pada iPhone atau iPad anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil anda.
  3. Ketik akaun yang ingin digunakan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14890962826937053846
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false