Hantar & buka e-mel sulit

Anda boleh menghantar mesej dan lampiran dengan mod sulit Gmail untuk melindungi maklumat sensitif daripada akses tanpa kebenaran. Anda boleh menggunakan mod sulit untuk menetapkan tarikh tamat tempoh mesej atau membatalkan akses pada bila-bila masa. Pilihan untuk mengirim semula, menyalin, mencetak dan memuat turun dilumpuhkan untuk penerima mesej sulit itu.

Penting: Meskipun mod sulit membantu kami menghalang penerima daripada berkongsi e-mel anda secara tidak sengaja, mod ini tidak menghalang penerima daripada mengambil tangkapan skrin atau foto mesej atau lampiran anda. Penerima yang mempunyai atur cara hasad pada komputer mereka mungkin masih dapat menyalin atau memuat turun mesej atau lampiran anda.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.
Ketahui cara e-mel sulit berfungsi
Dalam animasi untuk mod sulit dalam Gmail ini, Lisa mengklik ikon mod sulit pada bahagian bawah mesej, kemudian menghantar mesej sulit kepada Sam
Penting: Kandungan dalam animasi ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Hantar mesej & lampiran secara sulit

  1. Pada komputer anda, pergi ke Gmail.
  2. Klik Karang.
  3. Pada bahagian bawah sebelah kanan tetingkap, klik Togol mod sulit .
    • Jika anda telah menghidupkan mod sulit, akses bahagian bawah e-mel, kemudian klik Edit.
  4. Tetapkan tarikh tamat tempoh dan kod laluan. Tetapan ini memberikan kesan terhadap teks mesej dan sebarang lampiran. 
    • Jika anda memilih "Tiada kod laluan SMS", penerima yang menggunakan apl Gmail akan dapat membuka terus e-mel. Penerima yang tidak menggunakan Gmail akan menerima e-mel yang mengandungi kod laluan.
    • Jika anda memilih "Kod laluan SMS", penerima akan menerima kod laluan melalui mesej teks. Pastikan anda memasukkan nombor telefon penerima, bukan nombor telefon anda sendiri.
  5. Klik Simpan.

Alih keluar akses awal

Anda boleh menghalang penerima anda daripada membuka e-mel sebelum tarikh tamat tempoh.

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di sebelah kiri, klik Dihantar.
  3. Buka e-mel sulit.
  4. Klik Alih keluar akses.

Buka e-mel yang dihantar menggunakan mod sulit

Jika pengirim menggunakan mod sulit untuk menghantar e-mel:

  • Anda boleh membuka mesej dan lampiran tersebut sehingga tarikh tamat tempoh atau sehingga pengirim mengalih keluar akses.
  • Pilihan untuk menyalin, menampal, memuat turun, mencetak dan mengirim semula teks mesej serta lampiran akan dilumpuhkan.
  • Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan untuk membuka e-mel.
Saya menggunakan akaun Gmail
  1. Buka e-mel tersebut.
  2. Jika pengirim tidak meminta kod laluan SMS:
    • Jika anda menggunakan apl Gmail yang terbaharu (web atau mudah alih), anda akan menemukan e-mel itu apabila anda membuka apl tersebut.
    • Jika anda menggunakan klien e-mel lain, buka e-mel, klik pautan Lihat e-mel dan log masuk menggunakan bukti kelayakan Google anda untuk membuka mesej tersebut.
  3. Jika pengirim meminta kod laluan SMS:
    1. Pilih Hantar kod laluan.
    2. Semak mesej teks anda untuk mendapatkan kod laluan tersebut.
    3. Masukkan kod laluan, kemudian pilih Serah.
Saya menggunakan akaun e-mel lain
  1. Buka e-mel tersebut.
  2. Pilih Lihat e-mel.
    • Halaman baharu akan dibuka.
  3. Pilih Hantar kod laluan.
  4. Semak mesej teks atau e-mel anda untuk mendapatkan kod laluan tersebut.
  5. Masukkan kod laluan, kemudian pilih Serah.

Saya mendapat ralat

E-mel telah tamat tempoh

Pengirim mungkin telah memadamkan e-mel atau mengalih keluar akses anda sebelum tarikh tamat tempoh. Hubungi pengirim untuk meminta lebih banyak masa atau untuk meminta e-mel tersebut dihantar semula.

Nombor yang diberikan adalah untuk negara yang tidak disokong

Anda hanya boleh menambahkan kod laluan SMS untuk nombor telefon dari rantau yang berikut:

  • Amerika Utara
  • Amerika Selatan
  • Eropah
  • Australia
  • Asia: India, Korea dan Jepun
Tukar akaun
Pastikan anda didaftar masuk ke Akaun Google yang betul yang dikaitkan dengan e-mel penerima. Kemudian, cuba buka e-mel tersebut sekali lagi.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1588559490723505063
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false