Cari dalam Gmail

Anda boleh mencari e-mel dalam peti masuk menggunakan istilah carian. Untuk membantu anda mencari dengan lebih pantas, Gmail mencadangkan istilah carian semasa anda memasukkan perkataan. Istilah carian ini berdasarkan maklumat daripada akaun Gmail anda, seperti mesej, kenalan, label atau carian lalu.

Cara mencari

Penting: Jika anda di luar talian, hanya e-mel yang disegerakkan ke peranti anda akan kelihatan. Jika anda membuat carian melalui Gmail Go, pencarian tidak akan berfungsi semasa anda di luar talian.

  1. Buka apl Gmail  pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Cari mel dalam kotak carian di sebelah atas.
  1. Masukkan kriteria carian. 
  2. Ketik Cari Cari.
  • Hasil carian anda termasuk semua mesej, kecuali mesej dalam spam atau sampah.
  • Apabila anda mencari alamat e-mel seseorang, hasil carian itu turut menunjukkan e-mel yang termasuk alias mereka. Untuk mengehadkan carian kepada e-mel asal sahaja, carian itu hendaklah terkurung dalam tanda petikan tindan. Contoh: "from:john.doe@gmail.com".
  • Apabila anda mencari 'from:email", hasil carian itu akan turut mengembalikan fail Drive yang dikongsi oleh alamat e-mel itu.

Menggunakan penapis apabila anda membuat carian

Anda boleh menggunakan penapis pada permulaan carian atau selepas anda membuat carian untuk mengecilkan hasil carian anda. Di bawah ialah penapis carian yang tersedia dan perkara yang boleh dilakukan. Anda boleh menggabungkan berbilang penapis untuk memperhalus carian anda. 

Daripada

  • Cari apa-apa sahaja yang telah dihantar dari alamat e-mel tertentu. 

Kepada 

  • Cari apa-apa sahaja yang telah dihantar ke alamat e-mel tertentu. 

Lampiran

  • Cari apa-apa sahaja yang telah disertakan lampiran atau mempunyai jenis lampiran tertentu seperti Google Docs, Google Sheets atau PDF.

Tarikh

  • Cari apa-apa sahaja yang telah dihantar dari julat tarikh tertentu atau tarikh khusus.

Belum dibaca

  • Cari apa-apa sahaja yang ditandai sebagai “belum dibaca” pada masa ini. 

Kecualikan kemaskinian kalendar

  • Cari apa-apa sahaja yang bukan kemaskinian Google Calendar.

Petua: Anda juga boleh menggunakan pengendali carian untuk menapis hasil carian anda.

Cara carian disimpan

Perkataan yang anda gunakan untuk mencari dan menyemak imbas Gmail disimpan untuk anda. Ciri ini meningkatkan cadangan apabila anda membuat carian pada masa hadapan.

  • Anda mesti menghidupkan tetapan Aktiviti Web dan Apl untuk membolehkan ciri ini berfungsi. 
  • Untuk pergi ke dan mengawal aktiviti yang disimpan, lawati Aktiviti Saya.

Cari dalam label

Kini anda boleh mencari mesej dalam bahagian label Gmail yang khusus pada apl untuk mengembalikan hasil carian dalam label tersebut sahaja. Anda juga boleh menggunakan cip carian dalam kotak carian Gmail untuk menapis carian label.

Untuk membuat carian daripada senarai label anda:

  1. Buka apl Gmail  pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
  3. Ketik label untuk membuat carian.
  4. Masukkan kriteria carian anda.
  5. Dalam bahagian kotak carian, dalam baris penapis, laraskan penapis carian anda.

Untuk membuat carian melalui kotak carian:

  1. Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Cari mel dalam kotak carian di sebelah atas.
  3. Masukkan kriteria carian anda.
  4. Dalam bahagian kotak carian, dalam baris penapis, laraskan penapis carian anda dan pilih label untuk membuat carian.

Kosongkan sejarah carian

  1. Buka apl Gmail  pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
  3. Ketik Tetapan  kemudian Tetapan umum.
  4. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi .
  5. Ketik Kosongkan sejarah carian kemudian Kosongkan.
Petua: Sejarah carian anda hanya akan dikosongkan daripada peranti anda. Anda juga boleh mengosongkan sejarah carian daripada pelayan Google. Ketahui cara memadamkan aktiviti anda.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13063222273179329156
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false