Anda boleh menggunakan Gmail dengan penyemak imbas popular seperti Chrome, Firefox dan Safari.
Penyemak imbas yang disokong oleh Gmail
Gmail berfungsi paling baik dalam versi terbaharu penyemak imbas ini dan versi terakhir sebelumnya:
- Google Chrome.
- Untuk mendapatkan pengalaman dan kemaskinian keselamatan Gmail yang terbaik, tingkatkan kepada versi terbaharu Chrome.
- Jika anda menggunakan Chromebook, anda mungkin perlu mengemas kini sistem pengendalian Chromebook anda untuk menggunakan Gmail.
- Firefox
- Safari
- Microsoft Edge
Nota: Kuki dan JavaScript mestilah dihidupkan pada mana-mana penyemak imbas yang anda gunakan.
Lawati Gmail pada penyemak imbas anda
- Pada komputer anda, pergi ke gmail.com.
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
Selesaikan masalah ralat penyemak imbas
Jika anda menggunakan penyemak imbas yang berfungsi dengan Gmail tetapi melihat ralat "Penyemak imbas ini tidak disokong", masalah ini mungkin disebabkan oleh sambungan. Cuba matikan sambungan penyemak imbas anda.
"Untuk log masuk ke Gmail, penyemak imbas anda mesti ditetapkan untuk membenarkan Javascript menetapkan kuki"
Jika anda melihat mesej ini, buka tetapan keselamatan penyemak imbas anda dan tambahkan https://mail.google.com pada tapak yang dipercayai.
"Op! Gmail tidak dapat berfungsi kerana JavaScript dilumpuhkan dalam penyemak imbas web anda"
Jika anda melihat mesej ini, hidupkan JavaScript, kemudian muatkan semula halaman. Arahan untuk menukar tetapan JavaScript berbeza-beza mengikut penyemak imbas, oleh sebab itu, lakukan carian untuk JavaScript dan nama penyemak imbas anda untuk mendapatkan halaman bantuan yang betul.
Jika anda melihat mesej "Fungsi kuki penyemak imbas anda dimatikan. Sila hidupkan fungsi ini", lakukan carian untuk nama penyemak imbas anda dan kuki untuk mendapatkan arahan. Jika anda menggunakan Google Chrome, ketahui cara untuk mendayakan kuki pada Chrome.