Jika anda mendapat ralat semasa menggunakan apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda, gunakan langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Langkah 1: Kemas kini apl
Anda mungkin menggunakan versi lama apl Gmail. Banyak ralat berlaku pada versi lama apl ini tetapi telah dibetulkan dalam versi yang terbaharu.
Langkah 2: Selesaikan masalah ralat anda
Jika tindakan mengemas kini apl tidak menyelesaikan masalah, pilih mesej ralat di bawah untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Terdapat beberapa sebab ralat ini ditunjukkan:
Jika anda menukar tarikh atau masa peranti
Pastikan tarikh dan masa pada peranti anda betul.
Jika anda menggunakan Wi-Fi awam
Jika anda bersambung ke Internet di tempat awam, anda mungkin perlu melengkapkan langkah tambahan sebelum benar-benar disambungkan. Buka penyemak imbas pada peranti anda, seperti Chrome atau Safari, untuk mengetahui jika anda perlu log masuk.
Jika anda menggunakan alamat bukan Gmail dalam apl Gmail
Semak tetapan pelayan anda:
Anda akan melihat ralat ini jika kekerapan anda menyegerakkan e-mel melebihi kekerapan yang dibenarkan oleh penyedia e-mel anda.
Untuk menukar tetapan penyegerakan anda:
- Buka apl Gmail .
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan.
- Ketik akaun yang bermasalah itu.
- Dalam bahagian "Penggunaan data", ketik Bilangan hari mel untuk disegerakkan.
- Pilih tempoh yang lebih lama.
- Ketik OK.
Terdapat beberapa sebab anda mungkin melihat ralat ini jika anda menggunakan akaun bukan Gmail dalam apl Gmail:
- Folder yang anda cari telah dipadamkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, leret ke bawah untuk memuatkan semula apl Gmail.
- Folder mengandungi folder. Sesetengah perkhidmatan e-mel tidak membenarkan folder dalam folder. Kami syorkan anda log masuk ke perkhidmatan mel pada penyemak imbas mudah alih dan mengalihkan sebarang subfolder yang ada.
- Pembekal e-mel anda tidak membenarkan akses kepada folder itu daripada apl Gmail. Untuk menyelesaikan masalah ini, hubungi pembekal e-mel anda.
Jika anda melihat "Ralat dalaman", ralat tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Jika anda masih melihat ralat itu selepas beberapa minit:
- Semak Papan Pemuka Status Google Workspace untuk mengetahui sama ada terdapat gangguan perkhidmatan. Pasukan kami akan mengemas kini Papan Pemuka setelah kesemuanya kembali seperti biasa.
- Pastikan peranti anda disambungkan kepada Internet.
- Tutup apl, kemudian bukanya semula.
- Paksa apl supaya berhenti. Buka apl Tetapan telefon anda, kemudian ketik Apl atau Pengurus Aplikasi Gmail Henti Paksa.