Tambahkan akaun e-mel lain pada apl Gmail

Anda boleh menggunakan apl Gmail untuk membaca dan menghantar e-mel daripada Yahoo, Outlook dan alamat e-mel lain tanpa perlu mengirim semula e-mel.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Dengan akaun e-mel bukan Google, anda boleh menggunakan banyak ciri Gmail yang sama seperti Google Account:

Tambahkan atau alih keluar akaun e-mel

Anda boleh menambahkan akaun Gmail dan bukan Gmail pada apl Gmail untuk Android.

Tambah akaun
  1. Buka apl Gmail  pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil anda.

  3. Ketik Tambah akaun lain.
  4. Pilih jenis akaun yang ingin ditambahkan.
    • Jika anda menyemak e-mel kerja atau sekolah melalui Outlook untuk Windows, pilih Outlook, Hotmail dan Live.
    • Jika anda tidak melihat perkhidmatan e-mel anda, pilih Lain-lain.
  5. Ikut langkah pada skrin untuk menambahkan akaun anda.
Alih keluar akaun
  1. Buka apl Gmail  pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil anda.
  3. Ketik Urus akaun pada peranti ini.
  4. Ketik akaun e-mel yang anda mahu alih keluar.
  5. Ketik Alih keluar akaun.

Tukar atau cari semua mesej daripada akaun e-mel anda

Tukar akaun e-mel

Penting: Mesej pada apl Gmail disimpan berasingan untuk setiap akaun.

  1. Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil anda.
  3. Ketik akaun yang mahu digunakan.
Cari mesej daripada semua akaun e-mel
  1. Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Menukemudian Semua peti masuk.

Selesaikan masalah penambahan akaun dalam apl Gmail

Nama pengguna dan kata laluan tidak diterima

Penting: Jika anda cuba menambahkan akaun iCloud Mail pada Gmail, ketahui cara memasuki tetapan iCloud Mail.

Semak dengan perkhidmatan e-mel anda yang lain untuk mengetahui:

  • Tetapan pelayan, port dan keselamatan yang betul.
  • Sama ada anda memerlukan kata laluan khusus apl atau tidak untuk log masuk.

Anda menerima mesej: "Keselamatan e-mel tidak dijamin"

Kami akan menunjukkan amaran ini jika perkhidmatan e-mel anda yang lain tidak menyokong tahap keselamatan yang paling tinggi untuk mesej anda.

Jika masalah itu tidak teruk, anda mempunyai pilihan untuk menambahkan akaun anda menggunakan sambungan yang tidak selamat:

  1. Ketik menu lungsur "Jenis keselamatan".
  2. Pilih Tiada.

Penting: Apabila anda memilih pilihan ini, sambungan kepada perkhidmatan e-mel anda tidak disulitkan. Hal ini bermaksud bahawa seseorang mungkin menemukan nama pengguna, kata laluan atau maklumat mesej akaun yang ditambahkan.

Terdapat ralat sijil

Jika anda menerima mesej ralat tentang sijil, perkhidmatan e-mel anda yang lain mungkin tidak menyokong sambungan selamat. Contoh mesej ralat sijil termasuk:

  • "Sijil tidak dipercayai"
  • "Sijil tamat tempoh atau belum sah"
  • "Sijil telah ditukar"
  • "Subjek dan nama hos sijil tidak sepadan"
  • "Sijil tidak ditemukan"

Untuk menyelesaikan ralat tersebut, anda boleh melaporkan ralat kepada perkhidmatan e-mel anda yang lain:

  1. Pada mesej ralat, ketik Maklumat lanjut.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagikemudian Kongsi.
    • Anda mungkin perlu melakukan carian untuk mendapatkan maklumat hubungan perkhidmatan e-mel anda yang lain.

Ada masalah atau Gmail tidak dapat membuka sambungan kepada pelayan

Anda tidak boleh menambahkan akaun bukan IMAP, seperti Exchange dan POP, pada apl Gmail anda. Jika anda menambahkan jenis akaun yang lain, semak dengan pembekal e-mel anda untuk memastikan IMAP dihidupkan.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6627629236766237204
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false