Aktiviti terakhir akaun

Anda boleh lihat sejarah log masuk anda, termasuk tarikh dan masa akaun Gmail anda digunakan. Anda turut boleh melihat alamat IP yang digunakan untuk mengakses akaun anda.

Lihat aktiviti akaun anda

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, klik Butiran.

Petua: Anda juga boleh melawati halaman Peristiwa keselamatan terbaharu untuk melihat kemas kini keselamatan bagi keseluruhan Akaun Google anda.

Maklumat yang dipaparkan di halaman "Aktiviti terakhir akaun"

Halaman Aktiviti terakhir akaun memaparkan rekod log masuk anda dan merangkumi maklumat di bawah.

Maklumat sesi serentak

Dalam bahagian "Maklumat sesi serentak", anda dapat melihat sama ada anda log masuk ke Gmail pada peranti, penyemak imbas atau lokasi lain.

Untuk log keluar daripada semua sesi kecuali sesi yang terbuka di hadapan anda, klik Log keluar daripada semua sesi web yang lain.

Jenis akses

Dalam bahagian "Jenis akses", anda dapat melihat penyemak imbas, peranti atau pelayan mel (seperti POP atau IMAP) yang anda gunakan untuk mengakses Gmail.

Lokasi (alamat IP)

Anda boleh melihat 10 alamat IP terakhir dan lokasi anggaran yang mengakses akaun Gmail anda.

Jika anda menerima amaran tentang aktiviti yang mencurigakan dalam akaun anda, anda juga mungkin melihat hingga 3 Alamat IP tambahan yang telah dilabelkan sebagai mencurigakan.

Terdapat beberapa sebab anda mungkin melihat berbilang alamat IP atau lokasi dalam aktiviti anda:

  • Jika anda menggunakan POP atau IMAP untuk membaca mel anda pada perkhidmatan lain, seperti Apple Mail atau Microsoft Outlook, maklumat lokasi ini akan disertakan juga.
  • Jika anda menggunakan Mail Fetcher, IP Google akan dipaparkan kerana mesej anda diambil melalui pelayan Google.
  • Jika anda menggunakan Gmail pada telefon atau tablet, lokasi perkhidmatan Internet atau pembawa mudah alih anda mungkin dipaparkan. Lokasi ini mungkin lokasi yang jauh dari tempat anda berada. Perkara ini bukan sesuatu yang luar biasa asalkan nama pembawa tersebut sepadan dengan pembawa anda.

Selesaikan masalah

Saya rasa orang lain mempunyai akses kepada akaun saya

Jika anda tidak mengenali aktiviti pada halaman, seperti lokasi atau jenis akses, seseorang mungkin mempunyai akses kepada akaun anda akibat pancingan data atau perisian hasad.

  1. Tukar kata laluan anda dengan serta-merta.
  2. Ikut petua keselamatan Gmail untuk membantu anda melindungi akaun anda.
Saya mahu mematikan makluman

Kami amat mengesyorkan agar anda membiarkan makluman dihidupkan supaya anda boleh mengetahui tentang aktiviti yang mencurigakan pada akaun anda. Jika anda masih mahu melumpuhkan makluman, ikut langkah di bawah.

Nota: Masa kira-kira seminggu diperlukan untuk mematikan makluman. Gmail memerlukan masa ini kerana mahu mengesahkan bahawa andalah yang mematikan makluman ini dan bukan orang lain yang mungkin mempunyai akses kepada akaun anda.

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, klik Butiran.
  3. Di bahagian bawah halaman, klik Tukar di sebelah "Pilihan makluman".
  4. Pilih Jangan tunjukkan makluman untuk aktiviti luar biasa.