Tambah atau alih keluar kategori dan tab peti masuk dalam Gmail

Isih e-mel anda ke dalam pelbagai tab peti masuk yang berbeza, seperti Sosial atau Promosi. Apabila anda membuka Gmail, anda tidak perlu melihat semua e-mel serentak.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Tambah atau alih keluar tab kategori

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Peti masuk.
  4. Dalam bahagian "Jenis peti masuk", pilih Lalai. Nota: Untuk menyembunyikan semua tab, pilih jenis peti masuk yang lain.
  5. Dalam bahagian "Kategori", tandai petak tab yang ingin ditunjukkan. Nota: Anda tidak boleh membuat tab baharu; anda hanya boleh menunjukkan atau menyembunyikan tab yang sedia ada.
  6. Tatal ke bahagian bawah, kemudian klik Simpan Perubahan.

Petua: Jika anda telah menghidupkan pemberitahuan, anda hanya akan menerima pemberitahuan tentang e-mel dalam kategori Utama.

Alihkan e-mel ke kategori baharu

1. Seret e-mel ke tab kategori untuk menambahkan e-mel itu.
2. Untuk mengalihkan semua e-mel masa hadapan daripada pengirim itu ke kategori tersebut, klik Ya pada pemberitahuan timbul di bahagian bawah sebelah kiri.  

Cari e-mel dalam kategori

Tidak menemukan e-mel dalam kategori

E-mel yang diarkibkan tidak akan ditunjukkan dalam tab kategori.

Untuk mencari e-mel yang telah anda arkibkan, cari e-mel itu dalam kotak di bahagian atas halaman.

Cari mesej dalam kategori

Taip kategori: kemudian nama kategori sebelum istilah carian anda.


Contohnya, kategori:sosial majlis akan menunjukkan e-mel dalam tab Sosial yang mengandungi "majlis".


Kategori ini boleh digunakan dalam carian, meskipun kategori belum didayakan sebagai tab:

  • Utama—E-mel daripada orang yang anda kenali dan mesej yang tidak dipaparkan dalam tab lain.
  • Sosial—Mesej daripada rangkaian sosial dan tapak perkongsian media.
  • Promosi—E-mel jualan murah, tawaran dan promosi lain.
  • Kemas kini—Pemberitahuan, pengesahan, resit, bil dan penyata.
  • Forum—Mesej daripada kumpulan dalam talian, papan perbincangan dan senarai mel.
  • Tempahan—Pengesahan penerbangan, tempahan hotel dan tempahan restoran.
  • Pembelian— E-mel pesanan, penghantaran dan penyerahan.

Petua: “Tempahan” dan “Pembelian” tidak boleh didayakan sebagai tab tetapi boleh digunakan dalam carian dan penapis.

Matikan penghimpunan promosi

Jika anda menggunakan jenis peti masuk Lalai, Gmail menghimpunkan e-mel promosi dalam tab Promosi.

Matikan tetapan ini:

  1. Buka Gmail.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan
  3. Klik Peti Masuk kemudian nyahtandai "Dayakan penghimpunan e-mel promosi popular dalam Promosi".

Ketahui lebih lanjut tentang cara iklan Gmail berfungsi.

Tukar pemberitahuan untuk setiap kategori

Anda boleh memilih pemberitahuan yang berbeza untuk setiap kategori. Ketahui lebih lanjut tentang pemberitahuan.

Semak bilangan mesej dalam peti masuk anda

Dalam Gmail, balasan kepada mesej dikumpulkan menjadi perbualan. Dalam peti masuk, anda dapat melihat bilangan perbualan tetapi bukan bilangan mesej.

Ikut langkah ini untuk melihat bilangan mesej dalam peti masuk anda:

  1. Buka Gmail pada komputer anda. Anda tidak dapat mengetahui jumlah mesej daripada apl Gmail.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Tetapan.
  3. Tatal ke bahagian "Paparan perbualan" di sebelah bawah.
  4. Pilih Paparan perbualan dimatikan.
  5. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.
  6. Kembali ke peti masuk anda untuk melihat bilangan mesej anda. Jika anda mempunyai berbilang bahagian atau kategori, pastikan anda menjumlahkan bilangan daripada setiap bahagian.
  7. Setelah selesai, kembali ke tetapan dan hidupkan "Paparan perbualan".

Saya tidak dapat menghidupkan kategori peti masuk

Jika anda mempunyai lebih daripada 250,000 mesej dalam peti masuk, anda tidak akan dapat menghidupkan kategori peti masuk.

Untuk mengurangkan mesej agar tidak melebihi had ini, anda boleh mengarkib atau memadamkan mesej.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11169609382699425260
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false