Apabila anda menghantar mesej dalam Gmail, anda boleh melampirkan fail seperti dokumen dan foto daripada Google Drive. Jika fail tersebut melebihi had saiz Gmail atau jika anda mahu bekerjasama pada fail itu dengan orang lain, lampirkan fail tersebut daripada Drive.
Hantar lampiran Google Drive
- Pastikan anda telah memuat turun apl Gmail.
- Buka apl Gmail pada iPhone atau iPad anda.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik Karang .
- Ketik Lampir .
- Dalam bahagian "Drive", ketik fail yang hendak dihantar.
- Ketik Hantar .
Tetapan perkongsian untuk fail Google Drive
Apabila anda melampirkan fail Google Drive pada mesej, Gmail akan menyemak untuk mengetahui sama ada penerima anda mempunyai akses kepada fail tersebut atau tidak. Jika mereka tiada akses, anda akan diminta menukar tetapan perkongsian fail tersebut sebelum anda menghantar mesej.
Jika anda memilih "Sesiapa sahaja yang ada pautan" sebagai tetapan perkongsian, anda boleh memilih sama ada orang boleh melihat, mengulas atau mengedit fail tersebut.
Jika mesej itu dikirim semula atau jika orang baharu ditambahkan pada perbualan, mereka akan mempunyai kebenaran yang sama seperti orang yang mula-mula menerima mesej anda.
Penerima tidak perlu mempunyai Akaun Google untuk melihat atau mengedit fail.
Jika anda hanya mahu fail tersebut dilihat atau diedit oleh penerima mesej, klik "Lagi pilihan" apabila anda diminta menukar tetapan fail anda.
Jika anda menjadikan fail tersebut tertutup, penerima tidak akan dapat melihatnya jika:
- Mereka tiada Akaun Google
- Alamat e-mel yang anda gunakan bukan akaun Google
- Mereka menerima mesej tersebut melalui senarai mel (kecuali senarai mel diurus melalui Google Groups dan fail itu dikongsi dengan Kumpulan)
Nota: Jika fail tidak boleh dikongsi dengan orang lain, Gmail akan memberitahu anda dan anda mungkin perlu menghubungi pemilik fail asal untuk melaraskan tetapan perkongsian.
Jika anda menggunakan Gmail melalui tempat kerja, sekolah atau organisasi lain, pentadbir anda mungkin mengehadkan fail yang boleh dikongsi dan dengan siapa fail tersebut boleh dikongsi.
Hanya orang yang mempunyai Google Account boleh melihat fail Google Drive yang anda lampirkan dalam Gmail.