Penanda kepentingan dalam Gmail

Gmail menggunakan beberapa isyarat untuk menandai e-mel anda sebagai penting atau tidak penting secara automatik.

Cara Gmail menentukan e-mel yang penting

Gmail menggunakan beberapa isyarat untuk menentukan mesej yang akan ditandai sebagai penting secara automatik.

  • Orang yang anda kirimkan e-mel dan kekerapan anda mengirim e-mel kepada mereka
  • E-mel yang anda buka
  • E-mel yang anda balas
  • Kata kunci yang terkandung dalam e-mel yang anda baca
  • E-mel yang dibintangi, diarkib atau dipadamkan

Untuk melihat sebab e-mel ditandai sebagai penting, tuding pada penanda kepentingan .

Nota: Jika e-mel ditandai sebagai penting tetapi anda tidak mahu e-mel itu ditandai begitu, klik penanda kepentingan untuk menukar. Langkah ini turut membantu Gmail mengetahui e-mel yang anda anggap penting.

Lihat e-mel penting anda

Di sebelah e-mel yang dianggap penting oleh Gmail, anda akan melihat penanda Kepentingan berwarna kuning . Jika e-mel belum ditandai sebagai penting, penanda tidak akan berwarna.

Untuk melihat semua e-mel anda yang ditandai sebagai penting, cari is:important dalam Gmail.

Tukar tetapan penanda kepentingan anda

Jangan gunakan tindakan lalu untuk meramalkan e-mel yang penting

  1. Buka Gmail menggunakan penyemak imbas. Anda tidak boleh menukar tetapan ini daripada apl Gmail, tetapi tetapan yang anda pilih pada komputer anda akan digunakan pada apl anda juga.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Peti masuk.
  4. Dalam bahagian "Penanda kepentingan", pilih Jangan gunakan tindakan saya yang lalu untuk meramalkan mesej yang penting.
  5. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.

Sembunyikan penanda kepentingan dalam Gmail

  1. Buka Gmail menggunakan penyemak imbas. Anda tidak boleh menukar tetapan ini daripada apl Gmail, tetapi tetapan yang anda pilih pada komputer anda akan digunakan pada apl anda juga.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Peti masuk.
  4. Dalam bahagian "Penanda kepentingan", pilih Tiada penanda.
  5. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13088798808501844443
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false