Tukar reka letak peti masuk Gmail anda

Sesuaikan peti masuk anda, termasuk berbilang peti masuk.

Pilih reka letak peti masuk anda

  1. Pada komputer anda, pergi ke Gmail.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, tuding ke Peti Masuk, kemudian klik anak panah ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Pilih Lalai, Penting dahulu, Belum dibaca dahulu, Dibintangi dahulu, Berbilang peti masuk atau Peti Masuk Utama.

Ketahui tentang pilihan reka letak peti masuk

Sesetengah gaya peti masuk mempunyai lebih banyak tetapan dan pilihan yang boleh anda tukar.

Lalai (kategori atau tab)

Jika anda memilih "Lalai", peti masuk anda akan dibahagikan kepada beberapa tab, seperti "Utama", "Sosial", "Promosi" dan "Kemas Kini". Apabila anda mempunyai peti masuk "Lalai", mesej anda akan diisih mengikut tab secara automatik tetapi anda boleh mengalihkan mesej antara kategori, jika anda mahu.

Ketahui lebih lanjut tentang tab & kategori peti masuk.

Penting dahulu

Jika anda memilih "Penting dahulu", peti masuk anda akan dibahagikan kepada dua bahagian: "Penting" di sebelah atas dan "Semua yang lain" di sebelah bawah.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Gmail menentukan e-mel untuk ditandai sebagai penting.

Belum dibaca dahulu

Jika anda memilih "Belum dibaca dahulu", peti masuk anda akan dibahagikan kepada dua bahagian: "Belum dibaca" di sebelah atas dan "Semua yang lain" di sebelah bawah.

Dibintangi dahulu

Jika anda memilih "Dibintangi dahulu", peti masuk anda akan dibahagikan kepada dua bahagian: "Dibintangi" di sebelah atas dan "Semua yang lain" di sebelah bawah.

Berbilang peti masuk

Jika anda memilih "Berbilang peti masuk," Gmail akan menambah bahagian tambahan ke peti masuk anda. Anda boleh menggunakan operator carian atau label tersuai untuk membuat setiap bahagian.

Peti Masuk Utama

Jika anda memilih "Peti Masuk Utama", peti masuk anda akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Anda boleh memilih bahagian yang ingin ditunjukkan, termasuk "Penting dan belum dibaca", "Dibintangi", "Semua yang lain" atau label yang telah anda buat.

Sembunyikan atau tunjukkan senarai peti masuk & label
Anda boleh menemukan semua peti masuk dan label pada menu sebelah kiri. Apabila menu sebelah kiri disembunyikan, anda akan mempunyai lebih banyak ruang untuk e-mel anda dan boleh menuding pada menu untuk mendapatkan lagi pilihan.
Untuk menyembunyikan menu sebelah kiri:
  1. Pada komputer anda, pergi ke Gmail.
  2. At the top left, click Menu Di bahagian atas sebelah kiri, klik Menu .
Petua: Untuk menunjukkan menu lagi, klik Menu  .
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16920453541383639818
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false