Log masuk berbilang akaun

Seperti Gmail untuk desktop, anda boleh melog masuk ke berbilang akaun serentak pada Gmail untuk penyemak imbas mudah alih.

Log masuk ke akaun Gmail lain pada mudah alih

Untuk melog masuk ke berbilang akaun pada Gmail untuk mudah alih, anda terlebih dahulu hendaklah dayakan berbilang log masuk pada halaman tetapan berbilang log masuk.  Apabila sudah didayakan, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sentuh penukar akaun di sebelah bawah senarai perbualan untuk membuka menu Akaun.  Sekiranya anda berada pada skrin Menu, penukar akaun akan muncul di sebelah atas.
  2. Sentuh Log masuk ke akaun lain. Tetingkap baharu halaman log masuk akan dibuka.
  3. Daftar masuk ke akaun lain.

Sekiranya anda menggunakan berbilang log masuk, akaun pertama yang anda gunakan untuk melog masuk semasa sesi penyemak imbas itu akan menjadi akaun lalai anda untuk keseluruhan sesi itu.

Anda boleh melog masuk ke sepuluh akaun pada satu masa.

Tambah pintasan ke berbilang akaun

Untuk mengakses berbilang akaun anda dengan pantas, anda boleh membuat pintasan pada skrin utama peranti anda untuk setiap satu akaun. 

Ketahui cara tambah pintasan.

Tukar akaun atau log keluar

Anda boleh bertukar antara akaun dengan pantas atau log keluar dari semua akaun dengan memilih akaun yang diingini dari menu Akaun.

Nota: Anda boleh menggunakan berbilang log masuk dengan Produk Google yang lain. Walau bagaimanapun, tidak semua produk Google yang disokong.