Hidupkan atau matikan imej dalam Gmail

Secara lalai, apabila anda menerima e-mel yang mengandungi imej, imej tersebut akan dipaparkan secara automatik.

Sentiasa tunjukkan imej

Jika imej tidak dimuatkan dalam Gmail, semak tetapan anda.

  1. Pergi ke Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Tatal ke bahagian "Imej" di sebelah bawah.
  4. Klik Sentiasa paparkan imej luar.
  5. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.

Nota: Jika Gmail menentukan bahawa seseorang pengirim atau sesuatu mesej itu mencurigakan, anda tidak akan melihat imej secara automatik. Sebaliknya, anda akan ditanya sama ada mahu melihat imej itu.

Tanya sebelum menunjukkan imej

Jika sambungan Internet anda perlahan atau anda mahu menjimatkan data mudah alih, matikan imej.

  1. Pergi ke Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Tatal ke bahagian "Imej" di sebelah bawah.
  4. Klik Tanya sebelum memaparkan imej luar.
  5. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.

Nota: Apabila anda menerima mesej yang mengandungi imej, lihat imej itu dengan mengklik Paparkan imej di bawah.

Cara Gmail menjadikan imej selamat

Google mengimbas imej untuk mengesan kandungan yang mencurigakan sebelum anda menerima imej tersebut.

Pengimbasan ini menjadikan imej lebih selamat kerana:

  • Pengirim tidak dapat menggunakan pemuatan imej untuk mendapatkan maklumat tentang komputer atau lokasi anda.
  • Pengirim tidak dapat menggunakan imej untuk menetapkan atau membaca kuki dalam penyemak imbas anda.
  • Gmail menyemak imej tersebut untuk mengesan perisian berbahaya yang diketahui.

Kadangkala, pengirim dapat mengetahui sama ada anda telah membuka e-mel yang mengandungi imej. Gmail mengimbas setiap mesej untuk mengesan kandungan yang mencurigakan. Jika Gmail berpendapat bahawa pengirim atau mesej adalah mencurigakan, imej tidak akan ditunjukkan dan anda akan ditanya sama ada mahu melihat imej tersebut.

 

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7845973396851284686
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false