Laporkan sebagai spam dalam Gmail

Dalam Gmail, anda boleh melaporkan e-mel yang tidak diingini sebagai spam. E-mel yang anda laporkan sebagai spam akan ditambahkan pada Spam. Semakin banyak anda melaporkan spam, semakin cekap Gmail mengenal pasti e-mel yang serupa sebagai spam.

Laporkan e-mel sebagai spam

Penting: Apabila anda melaporkan spam atau mengalihkan e-mel kepada Spam, Google akan menerima salinan e-mel dan mungkin menganalisis e-mel tersebut untuk melindungi pengguna daripada spam dan penyalahgunaan.

Animasi yang menunjukkan cara melaporkan spam pada Android. Mesej yang ditandai sebagai spam akan dipadamkan secara automatik selepas 30 hari.

  1. Buka apl Gmail pada peranti Android anda.
  2. Buka e-mel yang mahu anda laporkan sebagai spam.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Laporkan Spam.

Petua: Jika anda mendaftar untuk menerima mesej daripada pengirim tertentu dan tidak mahu mereka menghantar lagi, klik Nyahlanggan atau Akses laman web. Ketahui cara menyekat atau menyahlanggan e-mel.

Laporkan berbilang e-mel sebagai spam

  1. Daripada peti masuk, bersebelahan setiap e-mel yang mahu anda laporkan sebagai spam, ketik gambar profil pengirim.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Laporkan spam.

Padamkan spam

  1. Buka apl Gmail pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu kemudian Spam.
  3. Ketik Kosongkan spam sekarang.

Alih keluar e-mel daripada Spam

Jika anda tersalah menandai e-mel sebagai spam, anda boleh mengalih keluar e-mel daripada Spam:

  1. Buka apl Gmail pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu kemudian Spam.
  3. Buka e-mel yang mahu anda alih keluar.
  4. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi Lagi kemudian Laporkan bukan spam.

Halang e-mel yang sah daripada dihantar kepada Spam

Penting: Apabila anda menyekat pengirim, Gmail masih mengenal pasti e-mel mereka sebagai spam secara automatik walaupun anda mengalih keluar e-mel mereka daripada Spam.

Jika Gmail menghantar e-mel daripada orang yang anda kenali kepada Spam secara automatik, anda boleh:

Ketahui lebih lanjut tentang jenis spam Gmail

Dalam Spam, anda boleh:

  • Mendapatkan e-mel yang mencurigakan yang dikenal pasti oleh Gmail secara automatik sebagai spam.
  • Mencari e-mel yang anda kenal pasti sebagai spam.
  • Mencari amaran pada bahagian atas setiap e-mel yang menerangkan sebab Gmail menghantar e-mel tersebut kepada Spam.
Alamat e-mel palsu

Maksud amaran ini

Terdapat alamat e-mel yang kelihatan amat serupa dengan alamat e-mel pengirim yang dikenali. Contohnya, alamat e-mel itu mungkin menggantikan huruf "O" dengan angka "0".

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Jangan balas e-mel atau klik apa-apa pautan sehingga anda dapat mengesahkan bahawa alamat e-mel itu betul.

Penting: Jika anda terjumpa alamat e-mel palsu tetapi tidak ditandai dengan amaran, pastikan anda melaporkan e-mel itu sebagai spam.

Komplot pancingan data

Maksud amaran ini

E-mel ini mungkin muslihat supaya anda berkongsi maklumat peribadi seperti kata laluan atau nombor kad kredit.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Petua: Google tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel. Ketahui cara mengelak dan melaporkan komplot Google.

Mesej daripada penghantar yang tidak dapat dipastikan

Maksud amaran ini

Gmail tidak dapat mengesahkan individu yang menghantar e-mel kepada anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak jika mesej Gmail anda telah disahkan.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Jika anda pasti bahawa mesej adalah daripada pengirim yang dipercayai:

Dasar tentuan pentadbir

Maksud amaran ini

Jika anda menggunakan Gmail melalui tempat kerja, sekolah atau organisasi anda, pentadbir mungkin menetapkan kawalan untuk menandai e-mel tertentu sebagai spam.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Jika anda melihat e-mel yang tersilap ditandai sebagai spam, hubungi pentadbir anda.

Anda cuba menyahlanggan pengirim ini

Maksud amaran ini

Jika seseorang menghantar e-mel selepas anda menyahlanggan, e-mel mereka akan terus dihantar kepada Spam.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Jika anda tidak mahu e-mel ini dihantar kepada Spam, alih keluar e-mel mereka daripada Spam.

Mesej tiada kandungan

Maksud amaran ini

Untuk menyemak sama ada alamat e-mel adalah sah, pengirim spam sering menghantar e-mel tanpa kandungan dalam isi atau subjek. Kemudian, mereka akan menghantar spam ke alamat tersebut.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

  • Jangan balas e-mel jika e-mel itu kelihatan mencurigakan. Anda boleh melaporkan e-mel sebagai spam atau pancingan data.
  • Jika e-mel tersebut daripada seseorang yang anda kenali dan anda berpendapat e-mel itu dihantar secara tidak sengaja, laporkan e-mel tersebut sebagai bukan spam.
E-mel yang anda hantar kepada Spam

Maksud amaran ini

Apabila anda melaporkan e-mel sebagai spam, e-mel tersebut akan dialih daripada Peti Masuk anda kepada Spam. E-mel daripada pengirim yang sama mungkin dihantar kepada folder Spam pada masa hadapan.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

  • Jika anda tidak mahu e-mel itu dalam Spam, alih keluar e-mel tersebut. Semua e-mel masa hadapan daripada pengirim tidak akan dihantar kepada Spam.
  • Jika anda tersalah melaporkan mesej sebagai pancingan data, laporkan sebagai bukan pancingan data.
Serangan spam pada akaun Gmail anda

Maksud amaran ini

Jika anda menerima banyak e-mel yang tidak dikehendaki seperti langganan atau tawaran promosi, penggodam sedang mencuba memenuhkan Peti Masuk anda. Anda tidak akan menemukan makluman keselamatan penting daripada laman web atau perkhidmatan yang telah anda daftar dengan akaun Gmail anda.

Contohnya, jika penggodam cuba mengakses akaun bank anda, bank tersebut boleh memberitahu anda melalui e-mel. Akan tetapi, jika Peti Masuk anda dipenuhi mel sarap, anda mungkin terlepas makluman itu.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapat amaran ini

Spam daripada salah seorang kenalan anda
Jika seseorang menghantar spam kepada anda daripada senarai Google Contacts anda, penggodam telah mengambil alih akaun individu tersebut.
  1. Jangan balas e-mel tersebut.
  2. Daripada amaran spam, laporkan e-mel itu.
    • Tindakan ini akan menghantar laporan kepada pasukan Gmail untuk disiasat. Anda akan terus menerima e-mel daripada kenalan ini pada masa hadapan.
  3. Maklumi kenalan anda bahawa akaun e-mel mereka mungkin digodam dan cadangkan kepada mereka untuk mengikut petua keselamatan Gmail.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14566591528108555012
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false