Jadualkan acara dalam Gmail

Jadualkan acara dan aturkan masa untuk bertemu terus dengan seseorang dalam Gmail.

Buat acara daripada mesej Gmail

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buka mesej.
  3. Pada bahagian atas, klik Lagi kemudian Buat acara di atas mesej.
    • Tab baharu dibuka dalam penyemak imbas anda pada Calendar.
  4. Sahkan tajuk acara, hadirin, masa dan butiran lain.
    • Calendar:
      • Buat acara.
      • Salin subjek Gmail dan teks mesej.
      • Penerima akan ditambahkan pada mesej Gmail sebagai orang yang diundang secara automatik.
    • Untuk mengundang lebih ramai orang, tambahkan alamat e-mel mereka.
  5. Setelah selesai, klik Simpan.

Petua: Tajuk acara dan perihalan ditambahkan secara automatik berdasarkan subjek Gmail dan mesej e-mel.

Buat & masukkan acara dalam mesej Gmail

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buat atau balas e-mel.
  3. Pada bahagian bawah, klik Sediakan masa untuk bertemu kemudian Buat acara.
    • Petua: Jika anda tidak menemukan Sediakan masa untuk bertemu , klik Lagi pilihan pada bahagian bawah.
  4. Pada sebelah kanan, sahkan tajuk acara, hadirin, masa dan butiran lain untuk acara tersebut.
    • Calendar:
      • Buat acara.
      • Gunakan subjek Gmail sebagai tajuk acara.
      • Penerima akan ditambahkan pada mesej Gmail sebagai orang yang diundang secara automatik.
    • Untuk mengundang lebih ramai orang, tambahkan alamat e-mel mereka.
  5. Klik Simpan kemudian Hantar.

Petua:

  • Ringkasan acara ditambahkan semula secara automatik pada mesej e-mel.
  • Jika anda memadamkan acara daripada mesej, acara tersebut tidak akan dipadamkan daripada Calendar.

Sertakan waktu lapang untuk bertemu dalam mesej Gmail

  1. Akses Gmail pada komputer anda.
  2. Buat atau balas e-mel.
  3. Pada bahagian bawah mesej anda, klik Sediakan masa untuk bertemu kemudian Sertakan waktu lapang anda.
    Petua: Jika anda tidak dapat menemukan pilihan Sediakan masa untuk bertemu , klik Lagi pilihan .
  4. Pada sebelah kanan, pilih tempoh acara.
  5. Pilih berbilang masa dalam grid kalendar. Anda boleh memilih masa merentas hari yang berlainan.
  6. Klik Seterusnya.
  7. Tambahkan tajuk acara.
    • Kembangkan kotak "Lagi maklumat" untuk menambahkan butiran.
  8. Klik Tambahkan pada e-mel kemudian Hantar.
    • Apabila penerima memilih masa untuk acara, acara tersebut dibuat dan ditambahkan pada kalendar anda secara automatik. E-mel pengesahan turut dihantar dengan butiran acara tersebut.

      Penting: Ciri ini hanya berfungsi untuk mesyuarat 1:1. Jika berbilang penerima disalin dalam e-mel anda, hanya penerima pertama yang menempah janji temu akan ditambahkan pada acara tersebut. Peserta tambahan perlu ditambahkan secara berasingan.

Petua:

  • Jika anda menawarkan masa tersedia untuk bertemu, orang lain boleh melihat dan menempah masa itu selama 30 hari melalui halaman tempahan.
  • Kebenaran acara ditetapkan kepada "Lihat senarai tetamu" secara lalai. Anda boleh mengubah suai kebenaran tetamu selepas penerima mengesahkan acara.
  • Masa yang dicadangkan dalam mesej Gmail ditunjukkan dalam zon waktu pencipta acara. Pada halaman tempahan, masa ditunjukkan dalam zon waktu penerima. Setelah acara dibuat, acara tersebut akan ditunjukkan pada Calendar dalam zon waktu tempatan. Kemudian, e-mel pengesahan akan dihantar dengan butiran acara dalam zon waktu setiap peserta.
  • Masa tempahan hanya boleh dijadualkan pada kalendar utama anda.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13875572941183818086
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false