Gunakan Gmail luar talian

Anda boleh membaca, membalas dan mencari mesej Gmail anda meskipun apabila anda tidak disambungkan ke Internet dengan melawati mail.google.com

Petua:

  • Untuk memudahkan lagi penggunaan Gmail apabila anda di luar talian, kami mengesyorkan supaya anda menandai halaman mail.google.com dalam Chrome.
  • Jika anda menggunakan Gmail dengan akaun kerja atau sekolah, anda boleh meminta pentadbir menukar tetapan anda.

Hidupkan Gmail luar talian

Pada komputer anda, pastikan anda telah memuat turun Chrome. Anda hanya boleh menggunakan Gmail luar talian dalam tetingkap penyemak imbas Chrome, bukan menggunakan mod Inkognito.

  1. Akses tetapan Gmail luar talian.
  2. Tandai "Dayakan mel luar talian".
  3. Pilih tetapan anda, seperti bilangan hari mesej ingin disegerakkan.
  4. Klik Simpan perubahan.

Dayakan Gmail luar talian pada setiap peranti dengan akses luar talian.

Tandai halaman Gmail untuk digunakan secara luar talian 

Anda boleh menandai halaman peti masuk anda untuk memudahkan lagi akses kepada e-mel secara luar talian. 

  1. Dalam Chrome, buka peti masuk Gmail.
  2. Di sebelah kanan bar alamat, klik Bintang Bintang. Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat penanda halaman dalam Chrome.

Gunakan Gmail luar talian

Untuk menggunakan Gmail apabila anda tidak disambungkan ke Internet, pergi ke mail.google.com atau klik penanda halaman yang anda buat untuk Gmail luar talian dalam Chrome.

Nota: Apabila anda menghantar e-mel luar talian, e-mel anda disimpan ke folder "Peti Keluar" dan dihantar sejurus selepas anda kembali ke dalam talian.

Nyahpasang Gmail luar talian

Langkah 1: Alih keluar data luar talian anda

  1. Pada komputer anda, buka Google Chrome.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  3. Di sebelah bawah, klik Terperinci.
  4. Di bawah "Privasi dan keselamatan", klik Tetapan kandungan kemudian Kuki.
  5. Klik Lihat semua kuki dan data tapak kemudian Alih keluar semua.

Langkah 2: Matikan Gmail luar talian

  1. Pergi ke tetapan Gmail luar talian.
  2. Nyahtandai "Dayakan mel luar talian".

Selesaikan masalah

Saya mempunyai beberapa akaun Gmail, tetapi saya hanya melihat satu akaun dalam Gmail Luar Talian

Gmail Luar Talian hanya menyegerakkan mesej untuk akaun yang anda gunakan semasa anda menyediakan ciri luar talian.

Anda perlu log masuk ke akaun Gmail yang lain dan hidupkan Gmail luar talian.

Penyegerakan mesej saya dihentikan

Anda mungkin kehabisan ruang. Untuk menyegerakkan mel sekali lagi, cuba langkah berikut:

  1. Pergi ke Tetapan TetapankemudianTetapan.
  2. Klik tab Luar Talian.
  3. Dalam bahagian "Tetapan penyegerakan", pilih kurang lagi hari untuk disegerakkan atau nyahtandai kotak di sebelah "Muat turun lampiran".

Mesej anda juga akan berhenti disegerakkan jika anda menutup Chrome. Untuk mula menyegerak lagi, buka Chrome.

Lampiran e-mel tidak kelihatan

Apabila anda di luar talian, lampiran tidak dapat dipratonton dalam Gmail. Walau bagaimanapun, anda boleh memuat turun lampiran itu dan membuka lampiran tersebut dalam aplikasi yang dipasang pada komputer anda. 

Ralat storan luar talian tidak mencukupi

Storan yang tidak mencukupi mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  • Ruang pemacu keras tidak mencukupi
  • Tab inkognito Chrome digunakan
  • Profil Tetamu Chrome digunakan
  • Tetapan Chrome ditetapkan pada "kosongkan apabila keluar" dalam Chrome

Semak tetapan untuk kuki dalam Chrome

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pergi ke Lagi Lagikemudian Tetapan.
  3. Di sebelah bawah, klik Terperinci
  4. Dalam bahagian 'Privasi dan keselamatan', klik Tetapan kandungan kemudian Kuki. 
  5. Pastikan “mail.google.com” atau “*.google.com” tidak disenaraikan di bawah "Kosongkan apabila keluar".

Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus kuki dalam Chrome.

Nota: Gmail luar talian hanya menggunakan ruang yang tersedia kepada penyemak imbas anda. Memandangkan ruang ini biasanya hanyalah sebahagian kecil storan yang tersedia pada komputer anda, storan tersedia yang ditunjukkan dalam tetapan Gmail luar talian adalah lebih kecil berbanding dengan storan sebenar yang tersedia pada komputer anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8127483697956467266
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false