Untuk melindungi anda dan menghentikan pengirim spam, kadangkala pengesahan telefon diperlukan untuk mengesahkan bahawa anda ialah orang sebenar sebelum anda membuat akaun atau log masuk.
Petua: Untuk mengesahkan akaun, anda memerlukan peranti mudah alih.
Ketahui perihal kos pengesahan teks atau panggilan
Caj pengesahan teks atau panggilan bergantung pada pelan telefon anda tetapi biasanya sama dengan mesej atau panggilan standard. Jika anda memilih pilihan panggilan, anda juga boleh menggunakan nombor telefon kediaman anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi penyedia perkhidmatan anda.
Selesaikan masalah pengesahan
Anda tidak menerima mesej teksJika anda berada di lokasi yang padat dengan penduduk atau jika pembawa telefon anda mengalami masalah, mesej boleh tertangguh. Tunggu beberapa minit atau cuba pilihan panggilan telefon.
"Nombor telefon ini tidak boleh digunakan untuk pengesahan"
Jika anda mendapat ralat ini, gunakan nombor yang lain. Untuk melindungi diri anda daripada penyalahgunaan, kami mengehadkan bilangan akaun yang boleh dibuat menggunakan setiap nombor telefon. Anda boleh menggunakan nombor daripada rakan, ahli keluarga atau pembawa yang berbeza.
"Nombor telefon ini telah digunakan terlalu banyak kali untuk mendapatkan pengesahan"
Jika anda mendapat ralat ini, gunakan nombor yang lain. Untuk melindungi anda daripada penyalahgunaan, kami mengehadkan bilangan penggunaan nombor telefon yang boleh digunakan untuk pengesahan. Anda boleh menggunakan nombor ahli keluarga atau rakan anda.