Kirim semula mesej Gmail ke akaun lain secara automatik

Anda boleh memilih untuk mengirim semula semua mesej baharu anda ke alamat e-mel yang lain atau mengirim semula jenis mesej tertentu sahaja. 

Sediakan pengiriman semula automatik 

Anda boleh mengirim semula mesej anda ke alamat lain secara automatik. Anda boleh memilih untuk mengirim semula semua mesej baharu atau mesej tertentu sahaja.

Nota: Anda hanya boleh menyediakan pengiriman semula pada komputer, bukan pada apl Gmail. Jika anda mempunyai akaun melalui tempat kerja atau sekolah dan anda mengalami masalah, hubungi pentadbir anda.

Hidupkan atau matikan pengiriman semula automatik

Nota: Apabila mesej baharu anda dikirim semula, mesej daripada spam tidak akan disertakan.

Hidupkan pengiriman semula automatik

  1. Pada komputer anda, buka Gmail menggunakan akaun yang ingin anda kirim semula mesej. Anda hanya boleh mengirim semula mesej untuk satu alamat Gmail, bukan kumpulan e-mel atau alias e-mel.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan. 
  3. Klik tab Mengirim semula dan POP/IMAP.
  4. Dalam bahagian "Mengirim semula", klik Tambah alamat kiriman semula.
  5. Masukkan alamat e-mel yang ingin anda kirimkan semula mesej.
  6. Klik Seterusnya kemudian Teruskan kemudian OK.
  7. Mesej pengesahan akan dihantar ke alamat itu. Klik pautan pengesahan dalam mesej tersebut.
  8. Kembali ke halaman tetapan untuk akaun Gmail yang ingin anda kirim semula mesej dan muatkan semula penyemak imbas anda.
  9. Klik tab Mengirim semula dan POP/IMAP.
  10. Dalam bahagian "Mengirim semula", pilih Kirim semula salinan mel masuk ke.
  11. Pilih perkara yang ingin dilakukan dengan salinan Gmail e-mel anda. Kami syorkan Simpan salinan Gmail dalam Peti Masuk.
  12. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.

Matikan pengiriman semula automatik

  1. Pada komputer anda, buka Gmail menggunakan akaun yang ingin anda hentikan pengiriman semula mesej.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan. 
  3. Klik tab Mengirim semula dan POP/IMAP.
  4. Dalam bahagian "Mengirim semula", klik Lumpuhkan pengiriman semula.
  5. Di bahagian bawah, klik Simpan Perubahan.
Kirim semula jenis mesej tertentu sahaja

Jika anda hanya mahu mengirim semula jenis mesej tertentu ke akaun lain, buat penapis untuk mesej ini.

Apabila anda menyediakan penapis, anda boleh memilih alamat e-mel untuk mengirim semula mesej ini.

Jika anda tidak melihat alamat e-mel untuk mengirim semula mesej, ikut langkah di atas untuk menghidupkan pengiriman semula.

Kirim semula ke berbilang akaun

Anda hanya boleh mengirim semula semua mesej anda secara automatik ke satu akaun.

Untuk mengirim semula e-mel ke berbilang akaun, gunakan langkah di atas dalam "Kirim semula hanya jenis mesej tertentu" untuk membuat penapis bagi pengiriman semula mesej ke alamat lain.

Saya menerima notis pengiriman semula

Notis "Anda mengirim semula mel"

Jika anda menyediakan pengiriman semula mel secara automatik menggunakan langkah di atas, anda dapat melihat notis dalam peti masuk anda pada minggu pertama setelah anda menghidupkan pengiriman semula. Ini merupakan peringatan bahawa pengiriman semula dihidupkan dan memberi anda peluang untuk menyemak tetapan pengiriman semula anda.

Notis ini akan hilang jika anda mematikan pengiriman semula.

Notis "Penapis anda mengirim semula sesetengah mel anda"

Jika anda membuat penapis yang mengirim semula mesej tertentu ke alamat e-mel lain, anda dapat melihat notis ini dalam peti masuk anda pada minggu pertama setelah anda menyediakan penapis. Ini merupakan peringatan bahawa pengiriman semula dihidupkan dan memberi anda peluang untuk menyemak tetapan pengiriman semula anda.

Notis ini akan hilang jika anda menukar penapis untuk menghentikan pengiriman semula mesej.

Saya melihat notis pengiriman semula tetapi saya tidak menyediakan pengiriman semula

Jika anda melihat notis pengiriman semula tetapi tidak pernah menyediakan pengiriman semula pada akaun anda, ikut langkah ini:

  1. Tukar kata laluan dengan serta-merta. Orang lain mungkin mempunyai akses kepada akaun Gmail anda.
  2. Ikut langkah di atas untuk mematikan pengiriman semula.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4913178580196360935
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false