Tukar pemberitahuan Gmail

Anda boleh memilih cara Gmail memberitahu anda apabila anda menerima e-mel baharu. Jenis pemberitahuan yang boleh anda sesuaikan bergantung pada peranti anda.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Hidupkan atau matikan pemberitahuan Gmail

Penting: Untuk menerima pemberitahuan Gmail, buka penyemak imbas anda dan log masuk ke Gmail.

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Tatal ke bawah kepada bahagian "Pemberitahuan desktop".
  4. Pilih masa anda mahu menerima pemberitahuan:
    • Pemberitahuan mel baharu dihidupkan: Menerima pemberitahuan apabila e-mel baharu tiba dalam peti masuk atau tab Utama anda. Jika anda menggunakan kategori peti masuk dalam Gmail, anda akan menerima pemberitahuan tentang e-mel dalam tab Utama anda sahaja. Ketahui tentang kategori peti masuk.
    • Pemberitahuan mel penting dihidupkan: Menerima pemberitahuan apabila e-mel penting tiba dalam peti masuk anda. Ketahui cara Gmail menentukan kepentingan e-mel.
    • Pemberitahuan mel dimatikan: Semua pemberitahuan e-mel dimatikan.
  5. Pilihan: Jika pemberitahuan dihidupkan, bersebelahan “Bunyi pemberitahuan mel”, klik menu lungsur dan pilih bunyi.
  6. Pada bahagian bawah halaman, klik Simpan Perubahan.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
75361635358462796
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false