Anda boleh memilih cara Gmail memberitahu anda apabila anda menerima e-mel baharu. Jenis pemberitahuan yang boleh anda sesuaikan bergantung pada peranti anda.
Semak tetapan pemberitahuan peranti anda
Penting:
- Untuk menerima pemberitahuan Gmail, hidupkan pemberitahuan peranti.
- Tetapan berbeza-beza mengikut telefon atau tablet. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pengilang peranti anda.
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Tetapan Tetapan umum.
- Ketik Urus pemberitahuan.
- Hidupkan atau matikan Semua pemberitahuan Gmail.
- Anda juga boleh menyesuaikan jenis pemberitahuan yang mahu anda terima pada peranti anda.
Hidupkan atau matikan pemberitahuan Gmail
Jika anda mempunyai beberapa akaun dalam apl Gmail, anda perlu menukar tetapan ini untuk setiap akaun.
Hidupkan pemberitahuanSecara lalai, pemberitahuan dihidupkan untuk sebarang mesej dalam label Utama.
Pilih tetapan pemberitahuan Gmail anda
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan.
- Pilih akaun anda.
- Dalam bahagian “Pemberitahuan”, ketik Pemberitahuan e-mel.
- Pilih jenis pemberitahuan e-mel yang mahu anda terima.
Tukar tetapan pemberitahuan untuk label tertentu
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan.
- Pilih akaun anda.
- Ketik Urus label.
- Ketik salah satu label anda, contohnya Penting.
- Ketik Segerakkan mesej 30 hari yang lalu atau Semua. Jika anda tidak menyegerakkan mesej, anda tidak dapat menghidupkan pemberitahuan untuk label itu.
- Pilih tetapan pemberitahuan anda untuk label itu. Ulang langkah ini untuk mendapatkan pemberitahuan pada mana-mana label yang anda mahukan.
Anda boleh mengehadkan pemberitahuan anda untuk e-mel keutamaan tinggi sahaja.
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Tetapan .
- Ketik akaun anda.
- Ketik Pemberitahuan e-mel pilih Keutamaan tinggi sahaja.
Petua: E-mel keutamaan tinggi akan mengatasi sebarang tetapan pemberitahuan lain yang telah anda buat untuk label tertentu.
- Buka apl Gmail .
- Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Tetapan .
- Pilih akaun anda.
- Dalam bahagian “Pemberitahuan'', ketik Bunyi pemberitahuan.
- Dalam bahagian “E-mel” or "Sembang dan ruang", ketik Bunyi pemberitahuan Bunyi.
- Pilih bunyi pemberitahuan yang mahu digunakan.
- Untuk mematikan bunyi pemberitahuan, ketik Tiada.
Tindakan ini membenarkan anda menghidupkan pemberitahuan untuk kembali kepada mesyuarat yang sedang berlangsung dengan mudah, seperti apabila anda berada pada apl lain
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan .
- Pilih akaun anda.
- Ketik Urus pemberitahuan.
- Anda akan dibawa kepada tetapan sistem Gmail yang membolehkan anda menghidupkan pemberitahuan untuk Gmail.
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan.
- Pilih akaun anda.
- Ketik Pemberitahuan e-mel pilih Tiada.
Saya tidak menerima sebarang pemberitahuan
Jika anda tidak melihat pemberitahuan, ikut langkah di atas untuk menghidupkan pemberitahuan. Jika langkah itu tidak berhasil, cuba langkah yang berikut:
- Buka apl Gmail pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu .
- Ketik Tetapan.
- Pilih akaun anda.
- Pastikan kotak di sebelah "Segerakkan Gmail" ditandai.
Jika anda masih tidak menerima pemberitahuan, ketahui cara membetulkan ralat penyegerakan berhubung apl Gmail.