Arkibkan nota & senarai

Setelah selesai menggunakan nota dalam Keep, anda boleh menyimpan atau memadamkan nota tersebut.

Arkibkan nota

  1. Pada komputer anda, pergi ke https://keep.google.com/.
  2. Tuding pada nota yang mahu diarkibkan.
  3. Di bahagian bawah nota, klik Arkib Arkib.

Petua: Untuk mengarkib berbilang nota serentak, tuding dan tandai setiap nota, kemudian klik Arkib Arkib.

Padamkan nota

  1. Pada komputer anda, pergi ke https://keep.google.com/.
  2. Tuding pada nota yang ingin dipadamkan.
  3. Di bahagian bawah nota, klik Lagi Lagi kemudian Padamkan nota. Nota yang dipadamkan turut terpadam untuk sesiapa yang telah anda kongsikan nota itu.

Petua: Untuk memadamkan berbilang nota serentak, tuding dan tandai setiap nota, kemudian klik Lagi Lagi kemudian Padamkan nota.

Keluarkan nota daripada arkib

  1. Pada komputer anda, pergi ke https://keep.google.com/.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, klik Menu Menu kemudian Arkib Arkib.
  3. Klik nota untuk membuka nota tersebut.
  4. Klik Nyaharkib Nyaharkib.

Pulihkan nota yang dipadamkan

Selepas memadamkan nota, anda mempunyai tujuh hari untuk memulihkan nota tersebut.

  1. Pada komputer anda, pergi ke https://keep.google.com/.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, klik Menu Menu kemudian Sampah Sampah.
  3. Klik nota untuk membuka nota tersebut.
  4. Untuk mengeluarkan nota daripada sampah, buka nota itu dan klik Lagi Lagi kemudian Pulihkan.

Kosongkan sampah anda

Anda boleh mengosongkan sampah pada bila-bila masa juga. Tindakan ini memadamkan apa-apa nota dalam sampah secara kekal.

  1. Pada komputer anda, pergi ke https://keep.google.com/.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, klik Menu Menu kemudian Sampah Sampah.
  3. Klik Kosongkan Sampah.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8586718522548544431
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false