ID Pengiklanan

Untuk meningkatkan kawalan pengguna, Google Play telah memperkenalkan ID pengiklanan untuk apl, iaitu pengecam yang dapat ditetapkan semula untuk pengiklanan dan analitis. Syarikat iklan boleh menggunakan pengecam ini untuk tujuan yang merangkumi penyesuaian iklan dan memahami penggunaan apl.

Pengguna dengan profil yang tidak terhad boleh menetapkan semula pengecam mereka pada bila-bila masa dengan menekan "Tetapkan semula ID pengiklanan". Tindakan ini mengalih keluar pengecam semasa dan menjanakan ID rawak yang baharu.

Pengguna itu turut boleh memilih untuk "Tarik diri daripada Pemperibadian Iklan". Apl akan diarahkan supaya tidak menggunakan ID pengiklanan untuk membina profil bagi tujuan pengiklanan atau menyasarkan pengguna dengan iklan yang diperibadikan.

Anda mungkin tetap menerima iklan yang diperibadikan daripada sesetengah rangkaian setelah menarik diri kerana tidak semua rangkaian pengiklanan telah beralih kepada penggunaan ID pengiklanan.

Nota: Profil terhad pada tablet tidak mempunyai akses kepada Tetapan Google dan telah menghidupkan ciri "Tarik diri daripada Pemperibadian Iklan" secara automatik.

Cari kawalan ID pengiklanan pada Android 6.0 ke atas

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Tetapan Apl Tetapan.
  2. Ketik Google kemudian Iklan.

Cari kawalan ID pengiklanan pada Android 5.2 ke bawah

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Tetapan Google Google Settings.
  2. Ketik Iklan.

Tetapan Akaun Google & penyemak imbas

Anda boleh mengurus Tetapan Iklan untuk penyemak imbas dan Akaun Google anda dengan pergi ke halaman Tetapan Iklan (google.com/settings/ads).

false
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9938584391942999214
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
84680
false
false
false
false