Membantu Pembangun Berjaya

Google Play Store ialah sebuah gedung kandungan digital dalam talian global Google, wadah yang menghubungkan pengguna dengan pengalaman digital yang luar biasa menerusi penciptaan platform penemuan dan pengagihan terbaik. Kami menawarkan satu destinasi untuk pengguna menencari, menikmati, dan berkongsi apl, permainan, filem, muzik, dan buku kegemaran mereka pada peranti kegemaran mereka: telefon dan tablet Android, Chromebook, Android TV, Wear OS by Google, dan banyak lagi. 

Kami memberikan sokongan kepada pembangun untuk menghasilkan karya yang terbaik dan membantu mereka untuk berjaya dengan melabur pada alat dan sumber yang menyokong pertumbuhan mereka. Jangkauan dan pengagihan global kami meletakkan apl dan permainan mereka untuk lebih satu bilion pengguna Android—tetapi kunci kejayaan yang sebenarnya ialah cara pembangun memanfaatkan pasaran berpotensi besar ini. 

Alat dan Perkhidmatan

Alat dan perkhidmatan kami direka bentuk untuk membantu mereka menguji, memantau, dan mengulangi aplikasi dan permainan mereka bagi memenuhi keperluan pengguna mereka. Kami membantu pembangun mencipta hubungan pengguna yang berkekalan dan lebih bermakna dengan apl dan permainan mereka melalui alat ujian dan interaksi pelanggan kami, yang membolehkan pembangun bereksperimen dengan pelbagai cara untuk melibatkan pengguna dengan lebih baik. 

Platform Google Play membantu pembangun bertindak balas dengan tangkas dan flesibel semasa meningkatkan kualiti apl dan permainan mereka. Alat untuk pelancaran berperingkat, ujian beta, dan makluman amaran awal memberikan peluang kepada pembangun untuk mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik. 

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google Play Console boleh membantu pembangun:

Platform Perdagangan

Google Play menyediakan infrastruktur pembayaran digital global yang direka untuk memudahkan pengguna melakukan transaksi menggunakan kaedah pembayaran tempatan yang paling relevan. Google Play menawarkan kad hadiah kepada pengguna di lebih 875k lokasi runcit, 177 integrasi bil pembawa langsung di 66 pasaran, integrasi kad kredit di 150 pasaran, dan perkhidmatan digital seperti PayPal dan 7 e-dompet pilihan tempatan yang baharu di 15 pasaran. Kami menyokong pembeli di lebih 150 pasaran di seluruh dunia dan menyokong penjual di lebih 135 pasaran

Sistem pembayaran global ini memberikan banyak faedah kepada pembangun kerana sistem ini memastikan pembayaran yang lebih cepat dan mudah untuk apl dan permainan mereka walau di mana sahaja pengguna mereka berada. 

Platform perdagangan juga membolehkan pembangun mengewangkan apl atau permainan mereka dengan mudah melalui aplikasi berbayar, pembelian dalam apl, atau langganan digital dengan sistem pengebilan Google Play

Pendidikan

Kami juga berkongsi amalan terbaik untuk membina perniagaan apl atau permainan yang berjaya dan sentiasa mengemas kini pembangun tentang perubahan alat kami. Google Play Academy for App Successialah platform e-pembelajaran percuma untuk pembangun, ahli perniagaan, dan pemasar apl dan permainan Google Play. Kursus tersebut ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai Akaun Google dan percuma sepenuhnya. Latihan di Akademi Google Play termasuk: 

  • Cara menggunakan ciri Google Play Console dan mengagihkan apl atau permainan anda
  • Amalan terbaik untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan apl atau permainan
  • Panduan untuk sentiasa mematuhi dasar Google Play

Pembangun juga boleh mengikuti kami melalui blog pembangun Android , Medium Google Play, YouTube Pembangun Android, dan Twitter untuk berita dan kemaskinian.  

Pembangunan untuk masa depan 

Di Google Play, kami komited untuk memberikan pengalaman yang selamat dan menarik kepada pembangun dan pengguna di seluruh dunia yang memuat naik, memuat turun, dan menstrim apl, permainan, buku, dan filem yang menakjubkan setiap hari. Mencipta platform global dengan akses untuk semua dan menyediakan alat yang berguna untuk pembangun telah menjadi matlamat kami sejak kami melancarkan peranti Android yang pertama.

Seiring dengan perkembangan kandungan dan peranti kami, Google Play Store juga akan terus maju dan kami berharap dapat memberikan pembangun dan pengguna penemuan digital dan pengalaman gedung terbaik. Untuk mendapatkan contoh pembangun yang berjaya dengan Google Play, sila lawati https://developer.android.com/stories/.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati tapak laporan Cara Google Play Berfungsi kami di:android.com/play/how-google-play-works.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
418656728832147447
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false