Terbitkan apl anda

Sama ada anda menerbitkan apl untuk kali pertama atau membuat kemaskinian, status penerbitan apl anda membantu anda memahami ketersediaan apl itu pada Google Play.

Anda boleh melihat status penerbitan terkini apl anda di bawah nama apl dan nama pakej anda apabila anda memilih apl anda dalam Play Console.

Nota: Untuk akaun pembangun tertentu, kami akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menyemak apl anda dengan teliti bagi melindungi pengguna dengan lebih berkesan. Hal ini mungkin menyebabkan semakan mengambil masa sehingga tujuh hari atau lebih lama dalam kes yang luar biasa.

Status penerbitan

Terdapat tiga jenis status penerbitan:

  • Status apl: Membantu anda memahami ketersediaan apl anda pada Google Play dan pengguna yang dapat mengakses apl itu (seperti penguji, semua pengguna Google Play dan sebagainya).
  • Status kemaskinian: Membantu anda memahami ketersediaan kemaskinian terkini anda. Kemaskinian ialah set yang terdiri daripada satu atau beberapa perubahan yang telah anda buat pada apl anda.
  • Status item: Membantu anda memahami ketersediaan bahagian tertentu bagi kemaskinian, seperti keluaran tertentu, rating kandungan atau percubaan penyenaraian gedung.

Setiap status yang mungkin untuk apl, kemaskinian dan item diterangkan di bawah.

Status apl
Status Perihalan
Draf Apl anda tidak wujud di Google Play kerana anda belum menerbitkan apl itu lagi atau apl itu telah ditolak semasa proses semakan.

Ujian dalaman

Apl anda tersedia kepada penguji dalaman melalui URL sahaja–apl itu tidak boleh ditemui di Google Play.
Ujian tertutup Apl anda boleh ditemui di Google Play tetapi hanya penguji terpilih yang dapat memasang dan menggunakan apl itu.
Ujian terbuka

Apl anda boleh ditemui di Google Play dan mana-mana pengguna boleh menjadi penguji. Anda boleh menetapkan had bilangan penguji.

Prapendaftaran Apl anda tersedia untuk pengguna membuat prapendaftaran di Google Play. Apabila anda melancarkan apl, pelanggan yang telah membuat prapendaftaran akan menerima pemberitahuan untuk memuat turun apl itu.
Pengeluaran Apl anda tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna Google Play di negara atau rantau pilihan anda.
Tiada keluaran aktif Ini bermakna bahawa anda tidak melancarkan kemaskinian pada sebarang runut atau kemaskinian tersebut telah ditolak. 
Dinyahterbitkan Anda telah memilih untuk menyahterbitkan apl anda daripada Google Play. Hanya pengguna yang sedia ada yang boleh menemukan apl itu di Google Play. Kemaskinian hanya tersedia kepada pengguna yang sedia ada.
Dialih keluar oleh Google Google telah mengalih keluar apl anda selama-lamanya–apl itu tidak boleh ditemui di Google Play dan anda perlu menyerahkan kemaskinian yang mematuhi dasar untuk mengembalikan apl tersebut.
Digantung oleh Google Google telah mengalih keluar apl anda selama-lamanya–apl itu tidak boleh ditemui di Google Play dan anda perlu menyerahkan rayuan sehingga berjaya untuk mengembalikan apl tersebut.
Status kemaskinian
Jenis Perihalan
Tiada perubahan belum selesai Apl anda tiada perubahan yang tersedia untuk diserahkan.
Dalam semakan Kami sedang menyemak kemaskinian anda.
Kemaskinian ditolak Satu atau beberapa perubahan dalam kemaskinian anda tidak mematuhi dasar Google Play atau Perjanjian Pengedaran Pembangun. Anda boleh menyelesaikan isu itu dan membuat penyerahan semula atau anda boleh menyerahkan rayuan.
Apl ditolak

Satu atau beberapa perubahan dalam kemaskinian anda tidak mematuhi dasar Google Play atau Perjanjian Pengedaran Pembangun. Anda boleh menyelesaikan isu itu dan membuat penyerahan semula atau anda boleh menyerahkan rayuan.

Nota: Perbezaan antara keadaan ini dengan Kemaskinian ditolak ialah status Apl ditolak hanya dikenakan pada apl dalam Draf yang anda cuba terbitkan untuk kali pertama.

Perubahan belum dihantar untuk semakan

Anda telah membuat satu atau beberapa perubahan pada apl anda yang belum disemak lagi.

Nota: Setiap kali anda membuat perubahan pada apl anda yang perlu disemak, perubahan tersebut akan ditambahkan pada bahagian "Perubahan masih belum dihantar untuk semakan" ini pada halaman Ikhtisar penerbitan. Perubahan anda tidak dihantar secara automatik untuk semakan. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus masa perubahan dilaksanakan.

Sebelumnya Ini ialah kemaskinian yang sah yang anda buat pada masa lalu. Ini akan membantu anda memahami dan menyimpan rekod tentang item yang anda serahkan pada masa lalu, yang boleh membantu jika anda menggunakan penerbitan terurus.
Status item
Status Perihalan
Draf Item ini tidak pernah diserahkan untuk semakan.
Dalam semakan Item ini ialah sebahagian daripada kemaskinian yang kami sedang semak.

Kemaskinian ditolak

Apl ditolak (sekiranya beralih daripada Draf kepada Diterbitkan)

Item ini ialah sebahagian daripada kemaskinian yang tidak mematuhi dasar Google Play atau Perjanjian Pengedaran Pembangun. Anda boleh menyelesaikan isu itu dan membuat penyerahan semula atau anda boleh menyerahkan rayuan.

Nota: Perbezaan antara Kemaskinian ditolak dengan keadaan ini ialah status Apl ditolak hanya dikenakan kepada apl dalam Draf yang sedang cuba diterbitkan.
Apl ditolak

Item ini ialah sebahagian daripada kemaskinian yang tidak mematuhi dasar Google Play atau Perjanjian Pengedaran Pembangun. Anda boleh menyelesaikan isu itu dan membuat penyerahan semula atau anda boleh menyerahkan rayuan.

Nota: Perbezaan antara keadaan ini dengan Kemaskinian yang ditolak ialah status Apl ditolak hanya dikenakan kepada apl dalam Draf yang sedang cuba diterbitkan.

Tersedia Versi terkini item ini tersedia pada apl anda dan pada Google Play.
Sebelumnya Ini ialah item yang sah yang anda serahkan pada masa lalu, tetapi telah digantikan oleh versi yang lebih baharu atau dijadikan lapuk dalam serahan berikutnya.

Terbitkan apl draf

Apabila anda bersedia untuk menerbitkan apl draf, anda perlu lancarkan keluaran. Pada akhir proses keluaran, tindakan mengklik Keluarkan juga akan menerbitkan apl anda.

Masalah menerbitkan apl draf?

Jika anda melihat tajuk "Ringkasan ralat" di bahagian atas halaman ringkasan ulasan bagi keluaran apl anda, klik Tunjukkan lagi untuk melihat butiran yang lebih terperinci. Jika tersedia, anda juga dapat melihat penyelesaian yang disyorkan atau diperlukan. Anda tidak boleh menerbitkan apl anda sehinggalah ralat diselesaikan. Sekiranya anda hanya menerima amaran, isu kecil atau gabungan kedua-duanya, maka anda masih boleh menerbitkan apl anda, tetapi kami mengesyorkan agar anda menangani amaran atau isu tersebut sebelum menerbitkan apl anda.

Terbitkan kemaskinian apl

Anda boleh menggunakan penerbitan standard atau penerbitan terurus untuk menerbitkan kemaskinian bagi apl yang sedia ada.

  • Penerbitan standard: Kemaskinian bagi apl yang sedia ada diproses dan diterbitkan secepat mungkin. Secara lalai, apl anda akan menggunakan penerbitan standard. Apl tertentu mungkin tertakluk pada semakan lanjutan, yang mungkin menyebabkan semakan mengambil masa sehingga 7 hari atau lebih lama dalam kes yang luar biasa. Pergi ke Kemas kini atau nyahterbitkan apl anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penerbitan standard.
  • Penerbitan terurus: Kemaskinian bagi apl yang sedia ada diproses seperti biasa. Setelah diluluskan, anda dapat mengawal dengan tepat masa perubahan akan diterbitkan. Akses artikel Pusat Bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penerbitan terurus dan mengurus masa perubahan disemak dan diterbitkan.

Penting: Untuk menerbitkan kemaskinian, sila bekerjasama dengan pemilik akaun anda untuk menentukan kebenaran yang diperlukan daripada pilihan berikut:

Kandungan berkaitan

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14466935877868827641
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false