Optimumkan saiz apl anda dan kekal dalam lingkungan had saiz apl Google Play

Saiz apl merupakan aspek penting dalam kualiti teknikal yang boleh menjejaskan metrik pemasangan dan penyahpasangan apl anda. Google Play juga menetapkan had saiz untuk apl dan kandungan dinamik seperti modul ciri dan pek aset. Artikel ini memperincikan had saiz Google Play dan menerangkan cara anda boleh menggunakan Play Console untuk memahami saiz yang berkaitan dengan apl anda supaya anda boleh terus memastikan saiz apl anda dioptimumkan sebaik mungkin.

Memahami saiz apl

Pemantauan secara kerap dan pemahaman tentang cara anda boleh mengurangkan saiz muat turun dan pemasangan apl anda adalah penting memandangkan perkara ini boleh memberikan kesan terhadap kejayaan pemasangan dan penyahpasangan. Berikut ialah penjelasan tentang perbezaan kedua-dua saiz ini:

  • Saiz muat turun apl: Saiz apl anda yang dimuat turun oleh pengguna melalui Google Play. Apabila saiz muat turun apl lebih besar, apl itu akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat turun.
  • Saiz apl pada peranti: Jumlah ruang yang diperlukan untuk memasang apl anda. Memandangkan apl dimampatkan apabila dimuat turun, saiz pemasangan boleh menjadi lebih besar daripada saiz muat turun. Apabila saiz pemasangan apl lebih besar, lebih banyak ruang diperlukan pada peranti pengguna untuk menyelesaikan pemasangan. Selepas apl dibuka, saiz apl itu pada cakera berbeza-beza bergantung pada penggunaan apl.

Had saiz maksimum Google Play

App bundle, modul ciri, pek aset dan pek ML tertakluk pada had saiz di bawah. Semua had saiz Google Play adalah berdasarkan saiz muat turun termampat, seperti yang dikira oleh Play Console semasa memuat naik app bundle anda. Anda boleh menganggarkan saiz yang hampir tepat sebelum memuat naik apl kepada Play Console menggunakan alat baris perintah alat himpunan yang menggunakan pengiraan yang serupa (tetapi tidak sama).

Penting: Google Play mengesyorkan supaya anda memastikan saiz apl anda sekecil mungkin dan dioptimumkan sebaik mungkin untuk membantu metrik pemasangan anda. Kebanyakan pembangun perlu mengekalkan saiz apl di bawah had saiz ini.

Komponen apl

Had saiz muat turun apl

Modul asas

200 MB

Modul ciri berasingan

200 MB

Pek aset berasingan

1.5 GB

Jumlah terkumpul untuk semua modul dan pek aset masa pemasangan

4GB

Jumlah terkumpul untuk pek aset yang dihantar secara atas permintaan atau ikut segera

4GB*

Pembangun dalam Google Play Partner Program for Games dibenarkan untuk menghantar pek aset tambahan hingga 6GB yang bermaksud jumlah terkumpul untuk pek aset dihantar secara atas permintaan dan ikut segera ialah 10GB dan bukannya 4GB.

Selain had saiz yang disenaraikan di atas, sila ambil perhatian terhadap perkara yang berikut:

  • Apl yang lebih besar daripada 1GB mestilah menyasarkan versi SDK minimum Android Lollipop (tahap API 21) atau lebih tinggi.
  • Bilangan maksimum yang disyorkan bagi modul ciri ialah 100 untuk apl yang menyasarkan versi SDK minimum Android Oreo (tahap API 26) atau lebih tinggi. Bilangan maksimum modul ciri ialah 50 apabila menyasarkan versi SDK minimum yang lebih rendah.
  • Bilangan maksimum pek aset dalam app bundle berasingan ialah 100.
  • Jika saiz apl anda melebihi 200 MB, pengguna yang menggunakan sambungan data mudah alih akan melihat dialog yang tidak menyekat semasa memasang apl daripada Google Play yang memberitahu mereka tentang saiz apl yang besar pada peranti Android mereka.
  • Apl yang masih membuat penerbitan dengan APK dan bukan app bundle tertakluk pada had saiz APK lama (iaitu saiz APK maksimum 100MB) dan bukan had saiz di atas.

Lihat saiz muat turun dan pemasangan apl anda

Selepas anda membuat keluaran apl anda pada runut pengeluaran, berikut ialah cara anda dapat melihat saiz muat turun dan pemasangan apl anda:

  1. Buka Play Console dan pergi ke halaman Saiz apl (KualitiAndroid vitals > Saiz apl).
  2. Di bahagian atas sebelah kanan skrin, anda boleh menapis data halaman mengikut Saiz muat turun apl atau Saiz apl pada peranti.

Anda boleh menemukan data berikut pada halaman Saiz apl:

  • Saiz muat turun apl/Saiz apl pada peranti: Saiz apl anda pada peranti rujukan dan julat saiz apl itu pada semua konfigurasi peranti.
  • Saiz muat turun apl/Saiz apl pada peranti lwn. apl setara Perbezaan saiz apl anda berbanding apl setara.
    • Untuk membuat kelompok setara tersuai bagi 8 hingga 12 apl, klik Edit kelompok setara.
  • Saiz muat turun apl/Saiz apl pada peranti dari dahulu hingga kini: Perubahan saiz apl anda berbanding dengan apl setara dari dahulu hingga kini.
    • Berhampiran bahagian atas sebelah kanan carta, anda boleh memilih julat tarikh yang ingin anda lihat dan menandai kotak pilihan untuk memaparkan julat saiz apl anda pada semua konfigurasi peranti.
  • Peranti aktif dengan ruang kosong <2GB: Peratusan pengguna aktif apl anda yang mempunyai baki ruang storan peranti kurang daripada 2GB.
  • Penyahpasangan pada peranti dengan ruang kosong <2GB: Nisbah penyahpasangan pada peranti aktif yang mempunyai baki ruang storan kurang daripada 2GB dengan penyahpasangan pada semua peranti aktif.

Nota:

  • Nota: Semua saiz merupakan pengiraan perwakilan berdasarkan keluaran pengeluaran anda yang terbaharu dan konfigurasi peranti XXXHDPI ARMv8 atau konfigurasi peranti yang paling disokong untuk apl anda.
  • Metrik Peranti aktif dengan ruang storan kurang daripada 2GB dan Penyahpasangan pada peranti dengan ruang storan kurang daripada 2GB dikira berdasarkan purata bergerak 30 hari dan hanya dipaparkan apabila metrik tersebut ditentukan sebagai boleh digunakan pada apl anda.

Lihat pecahan saiz

Jika anda menerbitkan apl menggunakan Android App Bundle, anda boleh melihat carta yang disusun mengikut kod versi himpunan. Android App Bundle juga mempunyai pecahan jumlah ruang komponen yang berbeza bagi akaun apl anda apabila dibandingkan dengan jumlah saiz muat turun atau pemasangan apl anda bagi lima keluaran yang sebelumnya.

Anda boleh menggunakan pecahan ini untuk mengetahui bahagian apl anda yang menggunakan paling banyak ruang dan mengenal pasti tempat yang boleh dioptimumkan lagi untuk mendapatkan ruang. Pecahan ini adalah berdasarkan APK yang dijana daripada app bundle anda untuk konfigurasi peranti rujukan.

Pecahan menunjukkan data berikut:

  • Pecahan saiz muat turun apl:
    • Kod/DEX: Semua kod Java atau Kotlin dalam apl anda dikumpulkan untuk pelaksanaan pada Android dalam format DEX.
    • Sumber: Sumber termasuk jadual sumber dan komponen tanpa kod apl anda dalam res/ direktori seperti rentetan atau imej.
    • Aset: Aset ialah fail lain yang digunakan apl anda dalam aset/direktori, seperti fail suara atau video.
    • Pustaka asli: Kod asli dalam libs/ direktori apl anda. Ini biasanya adalah mana-mana kod yang bukan Java atau Kotlin.
    • Lain: Fail lain dalam apl anda.
  • Saiz apl pada pecahan peranti sebagai tambahan menunjukkan: 
    • Pustaka asli yang diekstrak: Apabila pustaka asli dimampatkan dalam APK, untuk menjalankan apl anda pustaka ini mestilah diekstrak dalam storan setempat.
    • DEX dioptimumkan: Kod DEX ditukar kepada kod asli mengikut waktu jalan Android untuk prestasi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1281701106817165270
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false