Buat dan sediakan apl anda

Setelah anda membuat akaun pembangun Google Play, anda boleh membuat apl dan menyediakan apl itu menggunakan Play Console.

Buat apl anda

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih Semua apl > Buat apl.
  3. Pilih bahasa lalai dan tambahkan nama apl anda seperti yang mahu anda paparkan pada Google Play. Anda boleh menukar pilihan ini kemudian.
  4. Nyatakan sama ada aplikasi anda ialah apl atau permainan. Anda boleh menukar pilihan ini kemudian.
  5. Nyatakan sama ada aplikasi anda percuma atau berbayar.
  6. Tambahkan alamat e-mel yang boleh digunakan oleh pengguna Play Store untuk menghubungi anda berkenaan dengan aplikasi ini.
  7. Dalam bahagian "Pengisytiharan":
  8. Pilih Buat apl.

Sediakan apl anda

Setelah anda membuat apl, anda boleh mula menyediakan apl itu. Papan pemuka apl anda akan membimbing anda melalui semua langkah yang paling penting untuk menyediakan apl anda pada Google Play.

Anda akan bermula dengan memberikan butiran tentang kandungan apl anda dan memasukkan maklumat untuk penyenaraian gedung Google Play anda. Selepas itu, anda boleh meneruskan ke bahagian keluaran apl; bahagian ini akan membimbing anda melalui langkah pengurusan prakeluaran, pengujian dan galakan untuk membina keterujaan serta kesedaran prakeluaran. Langkah terakhir ialah pelancaran apl anda pada Google Play dan menjadikan apl anda tersedia kepada berbilion pengguna.

Pembangun dengan akaun peribadi yang dibuat selepas 13 November 2023 mestilah memenuhi keperluan ujian tertentu sebelum mereka boleh menjadikan apl mereka tersedia pada Google Play. Baca artikel Pusat Bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mula menyediakan apl anda, pilih Papan Pemuka pada menu sebelah kiri. Untuk langkah yang seterusnya, akses Sediakan apl anda pada papan pemuka apl.

Urus app bundle dan apl anda

Google Play menggunakan Android App Bundle untuk menjana dan menyampaikan APK yang dioptimumkan bagi setiap konfigurasi peranti dan memberi pengguna apl yang lebih cekap. Hal ini bermaksud bahawa anda hanya perlu membina, menandatangani dan memuat naik app bundle tunggal untuk menyokong APK yang dioptimumkan untuk pelbagai konfigurasi peranti. Kemudian Google Play akan mengurus dan menyediakan APK pengedaran apl anda untuk anda.

Nama pakej untuk fail apl adalah unik dan kekal, oleh itu sila namakan dengan teliti. Nama pakej tidak boleh dipadamkan atau digunakan semula pada masa akan datang.

Keluaran anda boleh menggunakan satu daripada tiga status ini:

  • Draf: APK yang belum lagi disediakan kepada pengguna
  • Aktif: APK yang disediakan kepada pengguna pada masa ini
  • Diarkibkan: APK yang pernah aktif tetapi tidak disediakan kepada pengguna lagi
Temukan fail APK anda

Untuk melihat app bundle dan APK anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Penjelajah app bundle (Keluaran > Penjelajah app bundle).
  2. Halaman Penjelajah app bundle menampilkan penapis versi pada bahagian atas sebelah kanan halaman yang boleh anda gunakan bersama dengan tiga tab (Butiran, Muat turun dan Penghantaran) untuk menerokai pelbagai versi dan konfigurasi APK apl anda pada peranti yang berbeza.
  • Nota: Penapis versi ini memiliki fungsi yang setara dengan “Pustaka artifak” pada versi lama Play Console.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan artifak anda, akses Periksa versi apl dengan penjelajah app bundle.

Had saiz maksimum

Apl pada Google Play mengandungi had saiz yang berdasarkan saiz APK termampat anda yang maksimum pada masa muat turun pada semua peranti yang disokong.

Selepas anda memuat naik app bundle, Play Console menggunakan gzip untuk menganggarkan saiz muat turun apl anda. Google Play menggunakan alat pemampatan lanjutan terbaik yang bermaksud bahawa saiz muat turun sebenar pengguna biasanya lebih kecil daripada anggaran yang anda lihat pada Play Console.

Had saiz maksimum ialah:

  • 200MB: Saiz muat turun termampat APK maksimum untuk satu peranti yang dijana daripada app bundle. Saiz app bundle itu sendiri boleh berkali ganda lebih besar daripada saiz ini.
  • 100MB: Saiz muat turun termampat APK maksimum untuk apl yang diterbitkan dengan APK (hanya bersesuaian untuk apl yang dibuat sebelum bulan Ogos 2021).
Konfigurasi Tandatangan Apl Play

Android memerlukan semua apl ditandatangani secara digital dengan sijil sebelum apl ini dapat dipasang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, akses laman Pembangun Android. Semasa anda membuat keluaran pertama, anda boleh mengkonfigurasikan Tandatangan Apl Play untuk menentukan sama ada apl anda perlu menggunakan kunci tandatangan apl yang dijana Google atau kunci tandatangan apl yang anda pilih.

Keperluan versi apl untuk Play Console

Setiap app bundle dan APK mengandungi versionCode dalam fail manifes yang ditingkatkan dengan setiap kemaskinian apl anda.

Untuk memuat naik apl anda pada Play Console, nilai terbesar yang mungkin untuk versionCode ialah 2100000000. Jika versionCode apl anda melebihi nilai ini, Play Console akan menghalang anda daripada menyerahkan app bundle baharu.

Apabila memilih versionCode untuk app bundle anda, perlu diingat bahawa anda perlu meningkatkan versionCode untuk setiap kemaskinian dan kekal berada di bawah nilai maksimum.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengubahan versi apl anda, akses laman Pembangun Android. Perlu diingat bahawa MAXINT Android adalah berbeza daripada keperluan muat naik Play Console.

Penuhi keperluan tahap API sasaran

Apabila anda memuat naik app bundle, app bundle itu perlu memenuhi keperluan tahap API sasaran Google Play. Tahap yang berikut perlu disasarkan oleh apl pada masa ini dan pada masa hadapan.

Rujuk Keperluan tahap API Sasaran untuk apl Google Play untuk memahami tahap API sasaran yang diperlukan untuk memberi pengguna Android dan Google Play pengalaman yang selamat dan terjamin.

Sediakan penyenaraian gedung dan tetapan anda

Penyenaraian gedung apl anda dipaparkan pada Google Play dan merangkumi butiran yang membantu pengguna mengetahui lebih lanjut tentang apl anda. Penyenaraian gedung anda dikongsi pada seluruh runut, termasuk runut ujian.

Butiran produk
  1. Buka Play Console dan akses halaman Penyenaraian gedung utama .
  2. Isi medan dalam bahagian "Butiran Apl".
Medan Perihalan Had aksara* Nota
Nama apl Nama apl anda pada Google Play. Had 30 aksara

Anda boleh menambahkan satu nama disetempatkan bagi setiap bahasa.

Penerangan ringkas Teks pertama yang dilihat pengguna apabila mereka berada pada halaman butiran apl anda pada apl Play Store. Had 80 aksara Pengguna boleh mengembangkan teks ini untuk melihat penerangan penuh apl anda.
Penerangan penuh Penerangan apl anda di Google Play. Had 4000 aksara  

*Had aksara digunakan pada aksara lebar penuh dan separuh lebar — bilangan yang disenaraikan di atas ialah had maksimum tanpa mengira jenis aksara yang anda gunakan.

Nota: Penggunaan kata kunci berulang atau tidak berkaitan dalam nama perihalan atau perihalan promosi apl boleh mewujudkan pengalaman pengguna yang tidak menyenangkan dan mungkin menyebabkan apl anda digantung di Google Play. Sila rujuk garis panduan lengkap dalam Dasar Program Pembangun Google Play.

Pratonton aset

Ketahui lebih lanjut tentang penambahan aset pratonton (termasuk perihalan ringkas, tangkapan skrin dan video) untuk mempamerkan apl anda.

Bahasa dan terjemahan

Tambahkan dan urus terjemahan

Apabila anda memuat naik apl, bahasa lalai apl tersebut ialah bahasa Inggeris (Amerika Syarikat, en-US). Anda boleh menambahkan terjemahan maklumat apl anda bersama-sama dengan tangkapan skrin dalam bahasa dan aset grafik lain. Lawati Terjemahkan dan setempatkan apl anda untuk mengetahui caranya.

Imej dan video yang disetempatkan

Untuk memasarkan apl anda dalam bahasa lain dengan lebih berkesan, anda boleh menambahkan aset grafik yang disetempatkan pada halaman Penyenaraian gedung utama apl anda.

Pengguna akan melihat aset grafik yang disetempatkan pada Google Play jika pilihan bahasa mereka sepadan dengan bahasa yang telah anda tambahkan.

Terjemahan automatik

Jika anda tidak menambahkan terjemahan anda sendiri, pengguna boleh melihat terjemahan automatik halaman penyenaraian gedung Google Play apl anda menggunakan Google Translate atau bahasa lalai untuk apl anda.

Untuk terjemahan automatik, terdapat nota yang menjelaskan bahawa terjemahan itu dilakukan secara automatik bersama dengan pilihan untuk memaparkan bahasa lalai apl tersebut. Perlu diingat bahawa terjemahan automatik tidak disokong untuk bahasa Armenia, Raeto-romance, Tagalog dan Zulu.

Pengkategorian dan tag

Anda boleh memilih kategori dan menambahkan tag pada apl atau permainan anda pada Play Console. Kategori dan tag membantu pengguna mencari dan menemukan apl yang paling berkaitan pada Play Store.

Ketahui lebih lanjut tentang memilih dan menambahkan kategori dan tag untuk apl atau permainan anda.

Butiran hubungan

Apabila anda menyediakan alamat e-mel, laman web atau nombor telefon untuk apl anda, maklumat hubungan anda tersedia kepada pengguna pada penyenaraian gedung apl anda.

Alamat e-mel hubungan diperlukan tetapi untuk menyediakan pengalaman sokongan yang terbaik kepada pengguna, kami juga amat mengesyorkan agar anda menyertakan laman web untuk membolehkan pengguna menghubungi anda.

Untuk menambahkan maklumat sokongan anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Tetapan gedung (Kembangkan > Kehadiran gedung > Tetapan gedung)
  2. Tatal ke bawah ke bahagian "Butiran Hubungan".
  3. Tambahkan alamat e-mel sokongan (diperlukan), nombor telefon dan URL laman web.

Petua: Ketahui lebih lanjut tentang menyediakan sokongan untuk pengguna anda.

Langkah seterusnya

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14977380558224101038
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false