Bina kesedaran untuk apl anda dengan prapendaftaran

Dengan prapendaftaran, anda boleh membina keseronokan dan kesedaran untuk apl dan permainan anda di negara yang anda pilih sebelum menerbitkan apl anda melalui Google Play.

Selepas anda menyediakan apl atau permainan untuk prapendaftaran, pengguna boleh melawat penyenaraian gedung anda untuk pradaftar dan mengetahui tentang apl atau permainan baharu anda. Kemudian, apabila anda menerbitkan apl atau permainan anda kelak, semua pengguna pradaftar akan menerima pemberitahuan tolak daripada Google Play untuk memasang apl tersebut. Apl atau permainan tersebut juga akan dipasang secara automatik pada peranti yang memenuhi syarat pada hari pelancaran.

Nota: Pengguna yang sudah memasang versi ujian apl anda tidak akan menerima pemberitahuan tolak.

Langkah 1: Bersedia untuk prapendaftaran

Sebelum anda mula menyediakan kempen prapendaftaran dalam Play Console, baca keperluan dan garis panduan prapendaftaran serta aktiviti persiapan prapendaftaran kami yang disyorkan.

Keperluan dan garis panduan

Sebelum anda menghidupkan prapendaftaran, beberapa persediaan yang berikut perlu dipertimbangkan dahulu:

  • Kami amat mengesyorkan anda melancarkan keluaran pada runut ujian dan menguji apl anda sebelum memulakan prapendaftaran. Kempen prapendaftaran hanya boleh berlangsung selama 90 hari. Selepas itu, anda perlu melancarkan apl anda pada pengeluaran.
  • Pembangun dengan akaun peribadi yang dibuat selepas 13 November 2023 mestilah memenuhi keperluan ujian tertentu sebelum mereka boleh menjadikan apl mereka tersedia pada Google Play dan selanjutnya, sebelum mereka boleh menggunakan prapendaftaran. Baca artikel Pusat Bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut.
  • Anda tidak akan dapat menggunakan prapendaftaran sehingga anda memberikan beberapa maklumat tentang kandungan apl anda, yang akan membantu kami memastikan apl anda selamat untuk pengguna yang dimaksudkan, mematuhi dasar Google Play dan memenuhi keperluan undang-undang. Ketahui maklumat yang perlu anda sediakan untuk menyediakan apl anda untuk semakan.
  • Selepas anda menyediakan apl atau permainan untuk prapendaftaran di sesebuah negara, anda perlu melancarkan apl atau permainan itu dalam pengeluaran di negara tersebut dalam masa 90 hari.
  • Anda boleh menyediakan hingga dua apl atau permainan untuk prapendaftaran pada satu masa.
  • Kami mengesyorkan anda menyediakan kempen prapendaftaran apabila pengisytiharan dan konfigurasi apl anda hampir serupa dengan versi pengeluaran yang anda kehendaki. Langkah ini akan melayakkan apl anda untuk pemasangan automatik dan memastikan pengguna pradaftar akan menerima pemberitahuan pelancaran.
Tindakan awal untuk persediaan prapendaftaran

Buat penyenaraian gedung yang lengkap

Sebelum memulakan kempen prapendaftaran anda, pastikan anda telah membuat penyenaraian gedung menyeluruh yang merangkumi aset grafik dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Tindakan ini boleh meningkatkan kemungkinan pengguna pradaftar akan memasang apl atau permainan anda.

Pastikan apl anda layak untuk pemasangan automatik

Jika anda memilih untuk menjadikan apl anda layak untuk pemasangan automatik, Play boleh menghantar apl anda kepada peranti pengguna secara automatik pada hari pelancaran (jika mereka ikut serta).

Untuk memastikan apl anda layak untuk pemasangan automatik, lakukan langkah yang berikut:

  • Isytiharkan sama ada apl anda mengandungi iklan ataupun tidak.
  • Jika apl atau permainan anda menawarkan produk dalam apl, pastikan bahawa versi semasa Android app bundle anda pada runut prapendaftaran menyertakan <uses-permission android:name="com.android.vending.BILLING" /> dalam manifes apl.
    • Keupayaan pengguna untuk menggunakan ciri pemasangan automatik bergantung pada keadaan tertentu.

Penting: Ketersediaan dan kefungsian pemasangan automatik tertakluk pada syarat yang berikut:

  • Pengguna hanya boleh menggunakan pemasangan automatik jika mereka memenuhi kriteria yang berikut:
    • Mereka menggunakan peranti Android M+.
    • Mereka menggunakan Google Play Store versi 19.2+.
  • Google Account milik kanak-kanak berumur bawah 13 tahun dan akaun perusahaan terurus tidak layak untuk pemasangan automatik apl.
  • Apl melebihi 200MB akan dimuat turun dan dipasang menggunakan Wi-Fi sahaja, tanpa mengambil kira tetapan pemasangan pengguna.
  • Peranti hanya akan meneruskan pemasangan automatik apl jika peranti mengandungi cas bateri yang mencukupi.
  • Peranti yang tidak layam akan tetap menerima pemberitahuan pelancaran prapendaftaran standard dan Google Play akan cuba memasang apl itu secara automatik sekali lagi apabila peranti memenuhi syarat yang diperlukan.

Bersedia untuk mendorong trafik kepada penyenaraian anda

Kami mengesyorkan anda bersedia untuk mendorong trafik kepada penyenaraian prapendaftaran anda dahulu pada seluruh saluran promosi anda menggunakan pautan dalam pada laman web pihak ketiga, media sosial, artikel akhbar, surat berita e-mel dsb.

  • Petua: Selepas anda menghidupkan prapendaftaran, URL penyenaraian prapendaftaran anda ialah: https://play.google.com/store/apps/details?id=nama pakej apl atau permainan anda
  • Contoh: Jika nama pakej apl anda ialah your.new.app, URL penyenaraian prapendaftaran anda ialah: https://play.google.com/store/apps/details?id=your.new.app

Gunakan lencana prapendaftaran rasmi Google Play

Gunakan lencana prapendaftaran rasmi Google Play untuk mempromosikan kempen anda pada laman web luaran. Tindakan ini boleh membantu untuk mendorong prapendaftaran sebelum pelancaran apl anda.

Langkah 2: Nyatakan peranti prapendaftaran

Anda boleh memuat naik app bundle untuk menentukan peranti yang boleh digunakan oleh pengguna untuk pradaftar apl anda. Play Console menggunakan manifes apl anda untuk mengetahui peranti yang disokong bagi prapendaftaran.

Nota:

  • Sebarang app bundle yang dimuat naik pada runut prapendaftaran anda hanya digunakan untuk menentukan peranti yang disokong dan tidak akan dikeluarkan kepada pengguna.
  • Jika apl anda mengandungi produk dalam apl, pastikan sekurang-kurangnya satu daripada app bundle yang anda muat naik menyertakan Pustaka Google Play Billing.
Tentukan peranti yang boleh digunakan oleh pengguna untuk pradaftar apl anda

Untuk memuat naik app bundle yang menentukan peranti untuk prapendaftaran, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Pilih tab Peranti yang disokong.
  5. Seret dan lepaskan Android App Bundles (.aab) ke dalam kotak untuk dimuat naik, atau pilih Muat naik.
  6. Pilih Simpan.

Langkah 3: Tambahkan negara tempat pengguna boleh melakukan prapendaftaran

Anda boleh memilih negara dan rantau tempat anda mahu menawarkan prapendaftaran untuk apl anda.

Nota: Negara ini ialah negara atau rantau tempat pengguna berdaftar pada Google Play, bukan lokasi fizikal mereka.

Tambah negara/rantau untuk prapendaftaran

Untuk menyediakan apl atau permainan anda untuk prapendaftaran, anda mestilah memilih negara tempat pengguna boleh melakukan prapendaftaran untuk apl anda dan ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Pilih tab Negara/rantau.
  5. Pilih Tambah negara/rantau.
  6. Pilih negara/rantau tempat anda mahu menawarkan apl anda untuk prapendaftaran.
  7. Pilih Simpan.

Nota: Anda juga boleh menambahkan negara selepas kempen prapendaftaran anda bermula. Tingkap 90 hari untuk sesebuah negara bermula apabila anda menyediakan prapendaftaran di negara itu buat kali pertama.

Langkah 4: Tawarkan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna (pilihan)

Anda boleh memberikan produk dalam apl kepada pengguna secara percuma selepas mereka melakukan prapendaftaran untuk apl atau permainan anda menggunakan ganjaran prapendaftaran. Ganjaran prapendaftaran berfungsi serupa seperti promosi. Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu menaip kod promosi untuk menerima item percuma, sebaliknya pengguna menerima item selepas memilih butang Prapendaftaran pada penyenaraian gedung apl.

Perkara penting yang perlu diketahui tentang ganjaran prapendaftaran

Sebelum menyediakan ganjaran prapendaftaran, berikut ialah perkara penting yang perlu diketahui:

  • Anda boleh membuat satu ganjaran prapendaftaran untuk sepanjang hayat kempen prapendaftaran apl atau permainan.
  • Ganjaran prapendaftaran yang telah dibuat tidak boleh diedit atau dipadamkan.
  • Anda boleh menghidupkan atau mematikan ganjaran tetapi bukan semasa kempen prapendaftaran anda sedang aktif.
  • Anda boleh menawarkan produk dalam apl yang aktif sahaja sebagai ganjaran prapendaftaran, bukan langganan atau produk dalam apl yang tidak aktif.
  • Anda perlu menyediakan ganjaran prapendaftaran sebelum memulakan kempen prapendaftaran apl anda.
  • Apl anda perlu mempunyai produk dalam apl dan dapat melaksanakan aliran penggunaan ganjaran, serupa dengan promosi sokongan (lihat keperluan teknikal untuk mendapatkan butiran).
  • Anda mestilah membuat produk dalam apl yang digunakan khusus untuk ganjaran prapendaftaran dan bukan menggunakan semula produk dalam apl yang sedia ada.

Jika anda memutuskan untuk menggunakan ganjaran prapendaftaran, kegagalan untuk menyerahkan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna mungkin menyebabkan penggantungan apl anda daripada Play Store.

Keperluan pelaksanaan teknikal
  • Anda perlu membuat SKU produk dalam apl yang terurus (sebagai contoh, item dalam apl, aksara khas, pek mata wang) yang boleh diserahkan oleh Google Play kepada pengguna pradaftar.
  • Sebelum memulakan kempen prapendaftaran anda, produk dalam apl anda yang digunakan untuk ganjaran prapendaftaran mestilah aktif.
  • Sama seperti menggunakan promosi, apl anda mestilah boleh dikendalikan secara teknikal apabila ketiadaan developerPayload dan orderId.
  • Anda perlu memberitahu pengguna apabila mereka menerima ganjaran dalam tempoh masa yang munasabah melalui pemesejan dalam permainan.
    • Nota: Anda boleh melengkapkan kerja teknikal yang diperlukan untuk menghantar mesej kepada pengguna dari masa pelancaran kempen prapendaftaran sehingga pelancaran penuh apl anda.
Buat dan sediakan ganjaran prapendaftaran

Sebelum menghidupkan prapendaftaran di mana-mana negara tempat anda mahu menggunakan ganjaran prapendaftaran, pastikan anda menyediakan ganjaran prapendaftaran dahulu untuk memastikan pengguna pradaftar menerima ganjaran mereka. Untuk membuat dan menyediakan ganjaran prapendaftaran, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih satu apl.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Pilih tab Ganjaran.
  5. Pilih sama ada anda ingin memberikan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna atau tidak:
    • Jangan berikan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna: Jika anda memilih pilihan ini, anda hanya perlu menyimpan perubahan anda sebelum meneruskan Langkah 5: Mulakan prapendaftaran.
    • Berikan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna: Jika anda memilih pilihan ini, teruskan dengan langkah yang berikut.
  6. Semak dan terima Syarat Perkhidmatan Ganjaran prapendaftaran.
  7. Pada peringkat ini, jika anda belum membuat produk dalam apl, mesej yang menggesa anda untuk membuat produk dalam apl akan dipaparkan. Anda mestilah membuat produk dalam apl yang digunakan khusus untuk ganjaran prapendaftaran dan bukan menggunakan produk dalam apl yang sedia ada. Masukkan maklumat yang berikut dalam bahagian "Buat ganjaran prapendaftaran":
    • Produk: Pilih produk anda daripada menu lungsur.
    • Lencana ganjaran (pilihan): Lencana ini akan ditunjukkan pada penyenaraian gedung anda di sebelah ganjaran prapendaftaran.
    • URL Terma dan Syarat: Sediakan pautan kepada Terma dan Syarat anda yang perlu diterima oleh pengguna sebelum mereka boleh menerima ganjaran. Anda boleh menyediakan pautan tambahan untuk negara/rantau yang berlainan.
  8. Pilih Simpan, kemudian Buat untuk mengesahkan bahawa anda mahu menghidupkan ganjaran prapendaftaran.
    • Peringatan: Pengguna dapat melihat ganjaran pada penyenaraian gedung anda. Anda tidak boleh menukar atau mengalih keluar ganjaran semasa kempen prapendaftaran anda aktif.
Alih keluar ganjaran prapendaftaran anda

Anda tidak boleh menukar ganjaran prapendaftaran semasa anda menjalankan kempen prapendaftaran yang aktif tetapi anda boleh berbuat demikian jika kempen anda belum dimulakan atau tiada negara atau rantau dengan kempen prapendaftaran yang aktif. Untuk mengalih keluar ganjaran prapendaftaran anda, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan yang dikehendaki untuk mematikan ganjaran prapendaftaran.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Pilih tab Ganjaran.
  5. Pilih Jangan berikan ganjaran prapendaftaran kepada pengguna.
  6. Pilih Simpan, kemudian Alih keluar untuk mengesahkan bahawa anda mahu mematikan ganjaran prapendaftaran.
    • Peringatan: Pengguna tidak dapat melihat ganjaran ini pada penyenaraian gedung anda. Anda tidak boleh membuat ganjaran baharu semasa kempen prapendaftaran anda aktif.
Uji penghantaran ganjaran prapendaftaran sebelum pelancaran apl anda

Oleh sebab ganjaran prapendaftaran serupa dengan promosi, anda boleh menguji ganjaran prapendaftaran menggunakan kaedah yang sama. Untuk menguji penghantaran ganjaran prapendaftaran, jana dan tebus kod promosi dalam Play Console bagi produk dalam apl yang anda gunakan sebagai ganjaran.

Langkah 5: Mulakan prapendaftaran

Selepas anda menentukan peranti yang disokong, memilih negara tempat anda mahu menjalankan kempen dan memutuskan sama ada hendak menawarkan ganjaran prapendaftaran atau tidak, anda sudah bersedia untuk memulakan prapendaftaran.

Selepas anda menghidupkan prapendaftaran, pastikan anda mempromosikan kempen anda menggunakan URL penyenaraian prapendaftaran apl atau permainan anda merentas seluruh saluran promosi. Saluran umum yang boleh anda gunakan termasuk menggunakan pautan dalam pada laman web pihak ketiga, media sosial, artikel akhbar dan surat berita e-mel.

Mulakan kempen prapendaftaran anda

Untuk memulakan kempen prapendaftaran anda, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan yang dikehendaki untuk memulakan prapendaftaran.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Pilih Mulakan prapendaftaran.

Jika ini kali pertama anda memulakan kempen prapendaftaran, bahagian "Ringkasan runut" pada halaman Prapendaftaran yang sehingga peringkat ini masih kosong, akan diisi dengan maklumat keluaran prapendaftaran anda.

Pengurusan prapendaftaran

Apabila kempen prapendaftaran anda dimulakan dan sedang berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti pengurusan yang mungkin berguna kepada anda, seperti melihat statistik, menyemak baki masa di negara atau rantau lain dan menjalankan ujian. Anda mungkin mendapati aktiviti ini berguna semasa anda menyediakan pelancaran apl atau permainan anda.

Lihat metrik prestasi utama prapendaftaran

Untuk melihat metrik prestasi utama semasa dan selepas kempen prapendaftaran anda, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan yang anda sediakan untuk prapendaftaran.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Statistik.
  4. Konfigurasikan laporan menggunakan dua daripada metrik prapendaftaran yang tersedia:
    • Pengguna pradaftar: Bilangan pengguna yang telah melakukan prapendaftaran untuk apl anda.
    • Penukaran:Bilangan pengguna pradaftar yang memasang apl dalam tempoh 14 hari pertama apl itu tersedia untuk mereka. Bilangan ini termasuk pengguna pradaftar yang memasang apl melalui akses awal dan kaedah ujian prapelancaran yang lain.
  5. Selepas memilih metrik yang hendak dilihat, simpan laporan anda.

Anda juga boleh melihat statistik ringkasan untuk prapendaftaran dengan memilih apl dan melihat butiran keluaran pada halaman Ikhtisar keluaran atau dalam bahagian "Ringkasan runut" pada halaman Prapendaftaran.

Lihat statistik ringkasan prapendaftaran

Selepas anda mula menggunakan prapendaftaran, anda perlu menjejak baki tempoh kempen anda di setiap negara atau rantau tempat prapendaftaran anda disediakan. Jika anda apl anda tidak dilancarkan dalam tempoh 90 hari di mana-mana negara ini, kempen prapendaftaran anda akan ditamatkan di semua negara dan kempen prapendaftaran baharu tidak boleh dimulakan.

Untuk melihat statistik ringkasan prapendaftaran dan menjejaki baki tempoh kempen anda di setiap negara serta status setiap negara, ikut langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan yang anda sediakan untuk prapendaftaran.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Prapendaftaran.
  4. Temukan keluaran prapendaftaran anda dalam bahagian "Ringkasan runut" dan semak maklumat yang merangkumi perkara yang berikut:
    • Status prapendaftaran
      • Draf atau Sedang disemak: Negara/rantau telah didayakan dan sedang disemak.
      • Aktif: Prapendaftaran sedang dijalankan dan apl anda mestilah dilancarkan pada saluran pengeluaran selewat-lewatnya pada tarikh yang dinyatakan (had 90 hari).
      • Tamat tempoh: Prapendaftaran telah melebihi had 90 hari dan apl anda mestilah dilancarkan dengan segera.
      • Dalam pengeluaran: Prapendaftaran telah dilancarkan pada saluran pengeluaran atau apl telah dilancarkan pada saluran pengeluaran di negara ini tanpa menjalankan prapendaftaran di situ dahulu.
      • Tidak aktif: Prapendaftaran telah dijeda (had 90 hari masih dikenakan).
      • Belum bermula: Prapendaftaran belum dimulakan.
    • Bilangan pendaftaran
    • Bilangan peranti yang disokong
    • Bilangan negara/rantau yang ditambahkan
Lancarkan apl atau permainan anda daripada prapendaftaran

Apabila anda sudah bersedia untuk melancarkan permainan atau apl anda dan menamatkan kempen prapendaftaran, berikut ialah cara memilih negara yang anda kehendaki untuk apl atau permainan anda tersedia di situ. Selepas anda menerbitkan apl atau permainan pada saluran pengeluaran, pengguna pradaftar akan menerima pemberitahuan Play Store yang memaklumi mereka bahawa apl atau permainan sudah tersedia untuk dimuat turun dan apl atau permainan akan dipasang secara automatik pada peranti yang layak.

Untuk melancarkan apl atau permainan anda melalui prapendaftaran, lakukan langkah yang berikut:

  1. Buka Play Console.
  2. Pilih apl atau permainan yang mahu anda lancarkan.
  3. Pada menu sebelah kiri, pilih Keluaran > Ujian > Pengeluaran.
  4. Pilih tab Negara/rantau.
  5. Pilih Tambah negara/rantau.
  6. Pilih negara/rantau tempat anda mahu apl anda tersedia.
  7. Pilih Simpan.

Penting: Untuk menyediakan apl anda melalui Google Play di negara pilihan anda, pastikan anda menerbitkan apl atau permainan anda pada runut pengeluaran.

Ujian semasa prapendaftaran

Anda boleh menggunakan prapendaftaran secara serentak dengan ciri prapelancaran yang lain dalam Play Console, termasuk ujian prapelancaran. Berikut ialah perkara penting yang perlu diketahui tentang menggunakan prapendaftaran dan menjalankan ujian secara serentak:

  • Anda boleh menjalankan kempen prapendaftaran di negara pilihan anda dan menjalankan ujian prapelancaran di negara yang lain secara serentak.
  • Jika anda sedang menjalankan ujian terbuka atau tertutup di negara tempat anda mahu apl atau permainan anda disediakan untuk prapendaftaran, anda masih boleh beralih kepada prapendaftaran. Selepas anda bertukar kepada prapendaftaran di negara itu, pertimbangkan perkara yang berikut:
    • Pengguna yang telah menyertai ujian anda akan terus menerima kemaskinian yang dikeluarkan pada runut ujian masing-masing. Pengguna lain akan melihat butang Pradaftar dan bukan butang Pasang pada penyenaraian gedung anda.
    • Nota: Jika anda menghidupkan prapendaftaran di negara tempat anda menjalankan ujian terbuka, pengguna di negara itu tidak boleh ikut serta dalam ujian tersebut melalui penyenaraian gedung anda lagi tetapi mereka masih boleh menyertai ujian tersebut melalui URL ikut serta yang tersedia dalam Play Console.
      • Untuk mendapatkan URL ikut serta bagi ujian anda, log masuk ke Play Console, kemudian lawati Keluaran > Ujian > Ujian tertutup atau Ujian terbuka dan pilih tab Penguji.
      • URL ikut serta ujian anda ialah: https://play.google.com/apps/testing/nama pakej apl atau permainan anda
      • Contoh: Jika nama pakej apl anda ialah your.new.app, URL ikut serta ujian anda ialah: https://play.google.com/apps/testing/your.new.app
    • Pengguna yang telah menyertai ujian anda tidak akan dapat melakukan prapendaftaran selagi mereka tidak menyahpasang dan menarik diri daripada program ujian apl anda.
    • Jika anda telah menghidupkan prapendaftaran di sesebuah negara, kemudian memutuskan untuk menjalankan ujian terbuka atau tertutup, perkara penting yang perlu anda ketahui adalah apabila anda mengeluarkan ujian di pasaran itu, pengguna yang layak dan ikut serta dalam ujian akan menerima pemberitahuan prapendaftaran yang meminta mereka memasang apl. Mereka tidak akan menerima pemberitahuan berikutnya selepas anda melancarkan apl atau permainan anda dalam pengeluaran. Untuk ujian tertutup, pengguna yang telah diundang dan ikut serta dalam ujian akan menerima pemberitahuan.

Kandungan berkaitan

  • Ketahui lebih lanjut tentang Memaksimumkan momentum prapelancaran anda dengan prapendaftaran dalam Akademi Play.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16286158374121898114
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false