Edarkan keluaran apl ke negara tertentu

Apabila anda melancarkan keluaran apl anda kepada Pengeluaran, Ujian terbuka atau Runut ujian tertutup, anda boleh menyasarkan keluaran anda dalam setiap runut kepada pengguna di negara tertentu.

Cara menggunakan penyasaran negara

Anda akan mendapati penyasaran negara berguna dalam beberapa situasi yang berikut:

  • Jika apl anda mempunyai keluaran pengeluaran yang sedia ada, anda boleh melancarkan keluaran ujian terbuka di negara baharu tanpa mengembangkan keluaran pengeluaran anda ke negara baharu itu.
  • Jika apl anda mempunyai keluaran ujian terbuka yang sedia ada, anda boleh melancarkan keluaran pengeluaran dalam subset negara sementara terus menjalankan ujian terbuka di negara lain.
  • Jika anda ingin menjalankan ujian terbuka global semasa apl anda tersedia di beberapa negara dalam pengeluaran.
  • Jika apl anda tersedia dalam runut pengeluaran dan ujian terbuka di beberapa negara tetapi anda ingin pasukan dalaman atau pasukan jaminan kualiti anda mengakses apl anda dalam ujian tertutup secara global.

Penyasaran negara tidak terpakai untuk apl pada runut ujian Dalaman. Anda boleh menambahkan pengguna dari mana-mana lokasi pada ujian dalaman. Jika lokasi penguji dalaman terletak di negara yang versi pengeluaran, ujian terbuka, atau ujian tertutup anda tidak tersedia, pengguna masih akan menerima apl ujian dalaman.

Jangkauan pengguna yang betul

Untuk mengurus ketersediaan negara merentas semua runut, anda perlu tahu perbezaan antara ketersediaan apl dengan penyasaran negara.

Ketersediaan apl

Ketersediaan apl merujuk ketersediaan apl anda dalam runut pengeluaran. Apabila anda memilih sesebuah negara sebagai tersedia, sebarang keluaran pengeluaran masa hadapan akan termasuk negara tersebut.

Untuk mengurus ketersediaan apl anda:

  1. Buka Play Console dan pilih apl yang ingin anda urus ketersediaan apl itu. 
  2. Pergi ke halaman Pengeluaran.
  3. Pilih tab Negara / rantau.
  4. Klik Tambah negara / rantau atau Alih keluar negara / rantau dan pilih negara / rantau yang ingin anda tambah atau alih keluar. Berikan perhatian kepada perkara yang berikut untuk apl dan langganan berbayar:
    • Jika anda menambahkan negara untuk apl berbayar, harga baharu ditambahkan secara automatik. Jika perlu, anda boleh mengedit harga tempatan kemudian.
    • Jika anda menjual langganan, pastikan anda menetapkan harga untuk negara / rantau yang ingin anda tambahkan. Ketahui lebih lanjut tentang langganan.
  5. Sahkan pilihan anda.

Nota: Untuk mendapatkan butiran tentang cara menyasarkan pelancaran berperingkat ke negara tertentu, pergi ke keluarkan kemaskinian apl dengan pelancaran berperingkat.

Penyasaran negara

Selain ketersediaan yang dikonfigurasikan untuk pengeluaran, anda boleh menyesuaikan penyasaran negara untuk keluaran ujian. Secara lalainya, keluaran ujian anda sepadan dengan ketersediaan negara yang telah anda sediakan untuk pengeluaran.

Prasyarat: Anda boleh menyesuaikan ketersediaan negara untuk runut ujian apl anda dalam kes yang berikut:

  • Apl anda tidak mempunyai apl bundle yang dimuat naik ke pengeluaran, atau
  • Apl anda mempunyai app bundle yang dimuat naik ke pengeluaran dan sekurang-kurangnya satu negara tersedia dalam runut pengeluaran.

Untuk menukar ketersediaan keluaran ujian apl anda:

Tetapan ini boleh dilumpuhkan jika pengguna tidak mempunyai kebenaran untuk membuat perubahan.

  1. Buka Play Console dan pilih apl yang mahukan untuk mengurus ketersediaan apl itu.
  2. Pergi ke runut ujian yang ingin anda kemas kinikan: 
    • Jika anda mahu mengemaskinikan apl dalam ujian terbuka, klik Ujian terbuka (Ujian > Ujian terbuka) dan pilih tab Negara / rantau
    • Jika anda mahu mengemaskinikan apl dalam ujian terbuka, klik Ujian tertutup (Ujian > Ujian tertutup), klik Urus runut di sebelah runut yang ingin anda kemaskinikan dan pilih tab Negara / rantau.
  3. Ketersediaan negara disegerakkan dengan pengeluaran secara lalai. Hal ini bermaksud bahawa sebarang perubahan yang dibuat pada ketersediaan dalam pengeluaran atau prapendaftaran akan turut dibuat pada keluaran runut ujian anda. Untuk menukar tetapan ini, klik Berhenti menyegerakkan negara / rantau. Penyegerakan hanya akan didayakan jika:  Tetapan boleh dilumpuhkan jika pengguna tidak mempunyai kebenaran untuk membuat perubahan.
    • Runut anda tidak memiliki keluaran yang telah dilancarkan;
    • runut pengeluaran anda menyasarkan sekurang-kurangnya satu negara/rantau; atau
    • prapendaftaran telah dimulakan dan prapendaftaran menyasarkan sekurang-kurangnya satu negara bukan "Negara-negara lain" .
  4. Jika runut anda tidak disegerakkan dengan pengeluaran lagi, anda boleh mengklik Edit negara  dan memilih negara / rantau yang mahu anda tambahkan atau alih keluar.
  5. Sahkan pilihan anda.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16577533087156582157
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false