Terima pemberitahuan prestasi

Pada versi web Play Console, anda boleh mengikuti prestasi apl anda melalui pemberitahuan.

Cara menerima pemberitahuan

  1. Buka Play Console.
  2. Klik Persediaan Pemberitahuan.
  3. Pilih perkara untuk menerima pemberitahuan dan klik kotak tersebut.
  4. Klik Simpan pada penjuru bawah sebelah kanan halaman.

Pemberitahuan apl

Pemberitahuan adalah berdasarkan statistik apl anda. Jika terdapat perubahan yang ketara dalam penunjuk prestasi apl anda, anda akan menerima e-mel.

Jenis pemberitahuan
Pemberitahuan Perihalan
Ulasan
  • Apl anda menerima ulasan baharu.
Ulasan yang dikemaskinikan
  • Pengguna mengemaskinikan ulasan selepas anda membalas ulasan tersebut.
ANR dan ranap sistem
  • Perubahan gugusan ANR atau ranap sistem yang ketara telah dikesan.
Android vitals 
  • Perubahan tanda vital yang ketara telah dikesan.

Makluman Perkhidmatan Permainan Google Play

Jika anda menerima makluman Perkhidmatan Permainan Google Play, anda perlu melakukan beberapa tindakan.

Jenis makluman Perkhidmatan Permainan
Makluman Penerangan
Penyalahgunaan ciri dikesan
Melebihi had kadar perkhidmatan permainan untuk method_name
  • Permainan anda membuat bilangan panggilan API perkhidmatan permainan lebih daripada biasa dan dinilaikan sebagai terhad oleh beberapa pemain.
  • Ketahui lebih lanjut tentang mengesan pengehadan kadar untuk memastikan ciri permainan seperti pencapaian, markah atau perlawanan berfungsi secara konsisten dan mengurangkan penggunaan bateri permainan anda.
Permainan menghampiri atau melebihi kuota harian
  • Permainan anda menghampiri atau melebihi kuota setiap hari untuk permintaan API permainan.
  • Sebab paling biasa untuk ini adalah memanggil API perkhidmatan permainan API berulang kali. Semak dan uruskan kuota harian anda bagi mengelak melebihi had ini.
Tetapan permainan tidak diterbitkan.
  • Anda menakrifkan tetapan perkhidmatan permainan anda tetapi tetapan itu tidak diterbitkan.
  • Terbitkan perubahan anda supaya ciri dan pengalaman permainan akan berfungsi dan kelihatan seperti yang dijangkakan.
ID yang salah digunakan untuk (pencapaian | papan pendahulu)
  • Makluman ini dipaparkan apabila permainan anda mencuba untuk mengakses API permainan menggunakan ID sumber yang salah.
  • Memanggil ID yang betul akan memastikan ciri permainan menunjukkan data pemain yang betul semasa membuka kunci pencapaian atau memberikan markah.
  • Ketahui lebih lanjut tentang penyediaan papan pendahulu dan pencapaian.
Imej pendua
  • Makluman ini ditunjukkan apabila permainan anda menggunakan imej yang sama untuk berbilang pencapaian atau papan pendahulu.
  • Penggunaan imej yang berbeza adalah lebih berkesan untuk membezakan pencapaian dan papan pendahulu.
Pelaksanaan secara tidak betul telah dikesan Berbilang Pemain Masa Nyata atau Berbilang Pemain Berdasarkan Giliran: Permainan ini telah melaksanakan jemputan tetapi tidak membenarkan pengguna menyertai perlawanan daripada jemputan. Pendekatan ini tidak digalakkan kerana mungkin mengakibatkan pengalaman pengguna yang teruk.

Pencapaian: Permainan ini telah membuat pencapaian dalam Play Console tetapi tidak pernah menggunakan kaudah buka kunci SDK. Pendekatan ini tidak digalakkan kerana mungkin mengakibatkan pengalaman pengguna yang teruk.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16378593200108736413
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false