Kesan masalah apl pada peringkat awal dengan semakan prasemakan

Semakan prasemakan membantu anda mengesan masalah yang mungkin berlaku dengan perubahan yang mahu anda laksanakan untuk apl anda, sebelum anda menghantar apl tersebut untuk semakan. Sesetengah masalah mungkin kritikal dan mestilah diselesaikan sebelum anda boleh menghantar perubahan anda untuk semakan.

Ikhtisar

Anda boleh menemukan semakan prasemakan pada halaman Ikhtisar penerbitan, dalam bahagian "Perubahan belum dihantar untuk semakan". Bahagian ini hanya kelihatan jika anda telah membuat perubahan pada apl anda sejak kali terakhir apl tersebut dihantar untuk semakan.

Semakan prasemakan akan mula dijalankan secara automatik setiap kali anda membuat perubahan pada apl anda. Anda boleh melihat status semakan pada halaman Ikhtisar penerbitan  tetapi anda harus mengambil perhatian tentang perkara yang berikut:

  • Sesetengah semakan mengambil masa yang lebih lama untuk dijalankan berbanding dengan semakan yang lain. Oleh hal yang demikian, anda mungkin melihat anggaran masa sehingga semakan tersebut selesai.
  • Anda tidak perlu menunggu sehingga semakan tersebut selesai untuk menghantar perubahan anda untuk semakan. Anda boleh menghantar perubahan pada bila-bila masa dan kami akan menyelesaikan semakan ini sebelum menghantar perubahan anda untuk disemak.

Masalah boleh dilihat sebaik sahaja masalah tersebut ditemukan. Klik Lihat masalah untuk mengetahui tentang setiap masalah.

Ketahui lebih lanjut tentang proses semakan apl kami pada Akademi Google Play.

Lihat contoh tangkapan skrin bagi semakan prasemakan

Mengurus masalah yang dikesan

Kami menyemak pelbagai masalah yang berbeza. Kami memberikan maklumat bagi setiap masalah, bersama-sama dengan pautan untuk membantu anda menyelesaikan masalah tersebut atau mengetahui lebih lanjut tentang subjek yang berkaitan. Anda boleh menyelesaikan pelbagai masalah secara terus pada Play Console. Namun anda mungkin perlu membuat perubahan teknikal pada apl anda untuk menyelesaikan masalah lain, yang mungkin memerlukan anda membina dan memuat naik versi apl baharu.

Sesetengah masalah mestilah diselesaikan sebelum anda boleh meneruskan proses. Masalah yang lain boleh ditangguhkan dengan memilih Abaikan masalah. Untuk mengabaikan masalah, anda mestilah mendedahkan sebabnya dengan memilih satu atau beberapa sebab, contohnya, "Saya sudah mempunyai rancangan untuk menyelesaikan masalah ini" atau "Masalah ini tidak betul." Masalah ini akan dilog masuk pada Log aktiviti dan kami akan menggunakan respons anda untuk membantu kami meningkatkan keandalan semakan kami.

Respons anda tidak akan menjejaskan hasil semakan apl anda tetapi jika masalah tersebut menjadikan apl anda tidak berfungsi, apl tersebut mungkin ditolak semasa semakan kerana gagal mematuhi dasar Google Play yang berkaitan dengan kualiti apl (seperti dasar Kefungsian Minimum).

Jika anda mengabaikan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut kemudiannya, masalah tersebut mungkin akan timbul kembali pada masa hadapan.

Lihat contoh tangkapan skrin bagi masalah yang dikesan

Kebenaran yang diperlukan untuk mengabaikan masalah

Hanya pengguna yang mempunyai kebenaran yang berikut boleh mengabaikan masalah:

Kebenaran ini merupakan kebenaran yang sama yang digunakan untuk ciri lain pada halaman Ikhtisar penerbitan, termasuk penerbitan terurus. Oleh hal yang demikian, anda tidak perlu menukar kebenaran pengguna anda yang ditetapkan pada masa ini.

Soalan lazim

Mengapakah anda memperkenalkan semakan baharu ini?

Kami mahu memberikan maklum balas awal kepada anda tentang sebarang masalah kritikal berhubung perubahan anda yang dirancang untuk memastikan apl anda berfungsi dengan sempurna untuk pengguna anda. Semakan ini juga membantu anda mengelakkan kesilapan biasa yang boleh menyebabkan perubahan anda ditolak semasa semakan.

Adakah semakan ini baharu?

Kami sentiasa menjalankan semakan untuk memastikan apl tersebut mematuhi Dasar Program Pembangun kami dan apl tersebut berfungsi dengan baik pada peranti pengguna. Kini kami memaparkan beberapa ciri ini terlebih dahulu pada Play Console, bersama-sama dengan beberapa semakan kualiti yang lebih baharu, seperti masalah keserasian apl pada versi Android yang lebih baharu, untuk menjimatkan masa anda.

Adakah semakan prasemakan sama seperti proses semakan apl yang sedia ada?

Tidak. Semakan ini dijalankan sebelum apl anda menjalani proses semakan

Apakah semakan prasemakan yang dijalankan?

Kami menjalankan pelbagai semakan prasemakan merentas apl anda. Beberapa contoh semakan termasuk memastikan kemaskinian anda mengandungi semua pengisytiharan mandatori pada halaman Kandungan apl (Dasar dan program > Kandungan apl) dan mengesan kadar ranap sistem yang tinggi pada peranti atau versi Android tertentu.

Berapa lamakah tempoh semakan tersebut?

Semua semakan mengambil masa tidak melebihi 15 minit untuk dikembalikan tetapi biasanya lebih singkat. Anda boleh memilih Hantar untuk semakan semasa semakan masih dijalankan dan kami belum menemukan sebarang masalah lagi. Kami akan menyelesaikan proses semakan tersebut dan menghantar perubahan anda secara automatik untuk semakan jika kami tidak menemukan sebarang masalah.

Bagaimanakah semakan ini berfungsi melalui API?

Pada masa ini, kebanyakan semakan ini dijalankan pada laman web Play Console sahaja, dengan subset yang dijalankan melalui API. Semakan yang dikembalikan hampir dengan serta-merta akan dijalankan melalui API, manakala semakan yang lebih lama tidak akan dijalankan melalui API.

Bolehkah saya memilih untuk mengabaikan semua masalah?

Tidak, sesetengah semakan diperlukan untuk penerbitan pada Google Play dan tidak boleh diabaikan. Contoh termasuk pengisytiharan kandungan apl yang tiada dan maklumat lain tentang apl anda.

Apakah yang anda lakukan dengan respons yang dipilih selepas saya mengabaikan suatu masalah?

Kami menggunakan respons ini untuk membantu kami memahami sama ada kami mempunyai sesuatu yang betul atau salah untuk meningkatkan keandalan semakan kami dan untuk memahami tanggapan anda terhadap semakan ini. Respons anda tidak akan menjejaskan hasil semakan apl anda tetapi jika masalah tersebut menjadikan apl anda tidak berfungsi, apl tersebut mungkin ditolak kerana gagal mematuhi dasar Google Play yang berkaitan dengan kualiti apl (seperti dasar Kefungsian Minimum).

Jika saya lulus semua semakan prasemakan, adakah saya masih boleh gagal dalam proses semakan apl?

Ya, terdapat kemungkinan anda lulus semua semakan prasemakan tetapi masih gagal dalam proses semakan apl, yang lebih menyeluruh berbanding dengan semakan prasemakan yang kami paparkan secara terus dalam Play Console.

Apakah yang berlaku jika saya menghantar perubahan untuk semakan sebelum semakan diselesaikan?

Semakan tersebut akan terus dijalankan dan perubahan anda akan dihantar untuk semakan secara automatik sebaik sahaja semakan tersebut selesai, selagi tiada masalah kritikal dikesan.

Adakah semua masalah yang dikesan itu tepat?

Kami berusaha untuk memastikan ketepatan tetapi sesetengah masalah mungkin tidak betul disebabkan oleh sifat teknikal masalah tersebut. Anda boleh mengabaikan perkara ini dan memilih sebab yang wajar untuk memberikan maklum balas kepada kami.

Kandungan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
809583264118891673
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false