Keperluan pengesahan peranti untuk akaun pembangun baharu

Mulai awal tahun 2024, pembangun dengan akaun peribadi baharu perlu mengesahkan bahawa mereka mempunyai akses kepada peranti mudah alih Android sebenar menggunakan apl mudah alih Play Console sebelum mereka boleh memastikan apl mereka tersedia pada Google Play.

Perkara ini merupakan langkah yang penting dalam usaha berterusan kami untuk meningkatkan kepercayaan dan keselamatan pengguna untuk berbilion orang yang menggunakan Google Play. Dengan menghendaki pembangun mengesahkan bahawa mereka mempunyai akses kepada peranti Android, kami boleh memastikan bahawa mereka dapat menguji apl mereka dengan baik sebelum memastikan apl tersedia kepada pengguna. Hal ini akan membantu untuk meningkatkan kualiti apl pada Google Play dan memastikan pengguna selamat.

Lengkapkan pengesahan peranti

  1. Log masuk ke akaun Play Console anda (versi web) sebagai pemilik akaun (iaitu, menggunakan Google Account yang digunakan untuk membuat akaun pembangun).
  2. Akses halaman Utama.
  3. Cari tugas "Sahkan bahawa anda mempunyai akses kepada peranti mudah alih Android" dan klik Lihat butiran.
  4. Imbas kod QR untuk melancarkan atau memasang apl mudah alih Play Console pada peranti yang mahu digunakan untuk melengkapkan pengesahan.
  5. Buka apl mudah alih Play Console dan log masuk sebagai pemilik akaun.
  6. Pilih akaun pembangun anda.
  7. Ketik Sahkan dan ikut arahan pada skrin.
  8. Selepas melengkapkan pengesahan peranti, tugas pengesahan peranti mudah alih tidak akan dipaparkan lagi pada halaman Utama dalam Play Console.

Soalan lazim

Mengapakah saya tidak dapat melihat akaun pembangun saya dalam apl mudah alih Play Console?

Hal ini mungkin disebabkan anda tidak log masuk menggunakan akaun yang betul. Pastikan anda log masuk menggunakan Google Account yang sama yang anda gunakan untuk membuat akaun pembangun Google Play anda.

Apakah jenis peranti yang boleh saya gunakan untuk melengkapkan pengesahan peranti?

Anda boleh menggunakan sebarang peranti mudah alih Android fizikal tidak berakses akar yang menjalankan sekurang-kurangnya sistem pengendalian Android 10.

Saya mempunyai beberapa peranti. Adakah pilihan peranti yang digunakan untuk pengesahan penting?

Anda boleh menggunakan sebarang peranti mudah alih Android fizikal tidak berakses akar yang menjalankan sekurang-kurangnya sistem pengendalian Android 10.

Untuk tujuan apakah maklumat peranti saya digunakan?

Kami mahu memastikan bahawa mereka yang membangunkan apl untuk pengguna Google Play mempunyai alatan asas yang diperlukan untuk berjaya. Kami juga mungkin menggunakan sesetengah maklumat untuk membantu usaha pencegahan penyalahgunaan kami.

Bolehkah saya menggunakan peranti yang telah saya gunakan untuk mengesahkan akaun pembangun yang lain?

Ya, anda boleh menggunakan peranti yang sama untuk mengesahkan berbilang akaun.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk pengesahan?

Pengesahan peranti menggunakan apl mudah alih Play Console memakan masa kurang daripada satu minit.

Adakah saya perlu menggunakan peranti dengan nombor telefon mudah alih yang sama yang saya berikan dalam proses pendaftaran sebelum ini?

Tidak, nombor telefon peranti yang digunakan untuk pengesahan tidak digunakan atau dikumpulkan sebagai sebahagian daripada pengesahan peranti.

Adakah saya perlu menyimpan peranti ini agar peranti boleh disahkan lagi pada masa hadapan?

Tidak. Kami mungkin meminta anda membuat pengesahan pada masa hadapan tetapi anda tidak perlu menggunakan peranti yang sama.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16660658507190086331
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false