Penggunaan kebenaran Akses semua fail (MANAGE_EXTERNAL_STORAGE)

Google Play mengehadkan penggunaan kebenaran berisiko tinggi atau sensitif, termasuk akses apl khas yang dinamakan sebagai Akses semua fail. Perkara ini hanya berkenaan apl yang menyasarkan Android 11 (Tahap API 30) dan mengisytiharkan kebenaran MANAGE_EXTERNAL_STORAGE, yang ditambahkan dalam Android 11. Dasar ini juga tidak mempengaruhi penggunaan kebenaran READ_EXTERNAL_STORAGE

Jika apl anda tidak memerlukan akses kepada kebenaran MANAGE_EXTERNAL_STORAGE, anda mestilah mengalih keluar kebenaran tersebut daripada manifes apl anda untuk mematuhi keperluan semakan dasar. Butiran tentang pelaksanaan alternatif pematuhan dasar turut disebutkan di bawah.

Jika apl anda memenuhi keperluan dasar untuk penggunaan yang boleh diterima atau layak untuk pengecualian, anda harus mengisytiharkan perkara ini dan sebarang kebenaran berisiko tinggi yang lain menggunakan Borang Pengisytiharan Kebenaran dalam Play Console.

Apl yang gagal memenuhi keperluan dasar atau tidak menyerahkan Borang Pengisytiharan Kebenaran mungkin dialih keluar daripada Google Play.

Bilakah anda perlu meminta kebenaran Akses semua fail?

Anda hanya perlu mengakses kebenaran akses Semua fail apabila apl anda tidak dapat memanfaatkan amalan terbaik yang lebih mesra privasi secara berkesan, seperti Rangka Kerja Akses Storan atau MediaStore API. Perlu diingatkan bahawa apl anda tidak sepatutnya mengisytiharkan kebenaran yang tidak diperlukan atau digunakan.

Fungsi teras

Selain itu, penggunaan kebenaran oleh apl mestilah termasuk dalam penggunaan yang dibenarkan dan mestilah terikat secara langsung pada fungsi teras apl tersebut. Fungsi teras ditakrifkan sebagai tujuan utama apl. Tanpa fungsi teras ini, apl itu "rosak" atau dianggap tidak dapat digunakan. Fungsi teras, serta mana-mana ciri teras yang merangkumi fungsi teras ini, segala-galanya mestilah didokumenkan dan dipromosikan dengan jelas dalam perihalan apl. 

Apabila fungsi teras apl memerlukan kebenaran Akses semua fail, pembangun mestilah melengkapkan Borang Pengisytiharan Kebenaran dan menerima kelulusan daripada Google Play.

Runtuhkan Semua Kembangkan Semua

Penggunaan dibenarkan bagi kebenaran akses Semua fail

Untuk apl yang meminta akses kepada kebenaran akses Semua fail, penggunaan yang dimaksudkan dan dibenarkan termasuk pengurus fail, apl sandaran dan pemulihan, apl antivirus, dan apl pengurusan dokumen.

Aplikasi yang diberikan akses kepada kebenaran ini tidak boleh memperluaskan penggunaan apl untuk tujuan yang tidak didedahkan atau tidak sah.

Penggunaan

Kebenaran yang layak*

Pengurusan fail

Tujuan utama apl melibatkan akses, pengeditan dan pengurusan (termasuk penyelenggaraan) fail dan folder di luar ruang storan khusus apl

MANAGE_EXTERNAL_STORAGE

 

Apl sandaran dan pemulihan

Apl mesti mempunyai keperluan untuk mengakses beberapa direktori secara automatik di luar ruang storan khusus apl bagi tujuan sandaran dan pemulihan

Apl antivirus

Tujuan utama apl adalah untuk mengimbas peranti dan memberikan ciri keselamatan antivirus kepada pengguna peranti

Apl pengurusan dokumen

Apl yang mesti mencari, mengakses dan mengedit jenis fail yang serasi di luar storan khusus apl atau dikongsi

Apl mestilah mewajarkan sebab penyelesaian yang didokumenkan dalam dokumentasi Akses fail khusus apl atau Rangka Kerja Akses Storan (pilihan mesra privasi) tidak mencukupi untuk tujuan apl tersebut dalam pengisytiharan Konsol mereka

Cari (Pada Peranti)

Tujuan utama apl adalah untuk mencari melalui fail dan folder di seluruh storan luaran peranti

Penyulitan dan Penguncian Cakera/Folder

Tujuan utama apl adalah untuk menyulitkan fail dan folder

Penghijrahan Peranti/Pemindahan telefon

Tujuan utama apl adalah untuk membantu pengguna berhijrah kepada peranti baharu


* Tertakluk pada semakan dan kelulusan Google Play.

Pengecualian

Google Play boleh memberikan pengecualian sementara kepada apl yang tidak layak sebagai penggunaan yang dibenarkan yang ditentukan di atas, apabila:

  • Penggunaan kebenaran tersebut mendayakan fungsi teras apl.
  • Pada masa ini, tiada kaedah alternatif untuk menyediakan fungsi teras atau penggunaan alternatif mesra privasi (contohnya, MediaStore API atau Rangka Kerja Akses Storan) memberikan kesan yang sangat memudaratkan terhadap ciri kritikal apl yang terikat pada fungsi teras.
  • Kesan terhadap privasi pengguna dikurangkan oleh amalan terbaik keselamatan dan privasi.

Pembangun mesti mewajarkan sebab Rangka Kerja Akses Storan atau MediaStore API tidak mencukupi untuk tujuan apl mereka dalam pengisytiharan Konsol.

Nota: Apl untuk perkhidmatan pembawa dan OEM, serta apl peribadi yang diterbitkan dalam bahagian Platform pengedaran Google Play Terurus boleh meminta akses kebenaran untuk kes penggunaan di atas, selain perkhidmatan kritikal yang memerlukan akses.
Penggunaan tidak sah

Dalam sesetengah keadaan, apl mungkin mahu mengakses data sensitif pengguna bagi tujuan, apabila alternatif yang lebih selamat dan terjamin wujud atau apabila risiko pendedahan data tidak menjamin akses. 

Senarai kes penggunaan umum yang berikut tidak akan dibenarkan untuk meminta kebenaran MANAGE_EXTERNAL_STORAGE 

  • Akses Fail Media (lihat Alternatif di bawah)
  • Sebarang aktiviti pemilihan apabila pengguna memilih fail individu secara manual (lihat Alternatif di bawah)

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Untuk mendapatkan panduan lanjut, sila rujuk dokumentasi Akses semua fail dan panduan Amalan terbaik storan Skop untuk pembangun.

Alternatif mesra privasi yang disyorkan

Penggunaan

Alternatif

Akses Fail Media

Dengan MediaStore API, apl boleh menyumbangkan dan mengakses media yang tersedia pada isi padu storan luaran tanpa memerlukan kebenaran untuk mengakses Semua fail. Dengan MediaStore API, pengguna boleh mendapatkan kembali dan mengemaskinikan fail media dengan mudah. Fail ini kekal dalam isi padu storan luaran pada peranti pengguna — walaupun selepas apl dinyahpasang.

Pengguna memilih fail untuk diimport/dipindahkan/diproses

Pembangun harus mempertimbangkan penggunaan Rangka Kerja Akses Storan sebagai pilihan mesra privasi untuk mengakses fail dalam storan kongsi. Rangka kerja ini menyokong sebahagian besar kes penggunaan agar apl dapat mencapai rangkaian penuh fungsi.

Penting: Jika anda mengubah cara apl anda menggunakan kebenaran terhad ini, anda mestilah menyerahkan borang dengan maklumat yang telah dikemaskinikan dan tepat sekali lagi. Penggunaan kebenaran yang mengelirukan dan tidak diisytiharkan ini mungkin menyebabkan penggantungan apl anda dan/atau penamatan akaun pembangun anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3753386774985580932
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false