Syarat Perkhidmatan Tambahan Nest

Kemas kini terakhir: 28 Februari 2022

Untuk menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest, anda mesti menerima (1) Syarat Perkhidmatan Google dan (2) Syarat Perkhidmatan Tambahan Nest ini.

Sila baca setiap dokumen ini dengan teliti. Bersama-sama, dokumen ini dikenali sebagai “Syarat”. Dokumen ini menetapkan perkara yang boleh anda jangkakan daripada kami semasa anda menggunakan perkhidmatan kami dan perkara yang kami jangkakan daripada anda.

Jika Syarat Tambahan ini bercanggah dengan Syarat Perkhidmatan Google, Syarat Tambahan ini akan mengawal perkhidmatan Nest.

Peranti dan perkhidmatan Nest” untuk tujuan Syarat Tambahan terdiri daripada:

  • peranti dan ciri perkakasan berjenama Nest berikut (secara kolektif, “Peranti Nest”): termostat Nest, Nest Cam, mana-mana peranti paparan pintar berjenama Nest yang merangkumi ciri “Nest Cam”, loceng pintu video Nest, sistem penggera keselamatan Nest, kunci pintu Nest dan penggera asap + CO Nest; dan
  • Nest Aware (atau perkhidmatan kediaman bersambung yang serupa, yang ditawarkan oleh Google Nest) dan perkhidmatan yang kami sediakan berhubung Peranti Nest, seperti apl web Nest, apl mudah alih Nest, apl Google Home, tetapi hanya apabila digunakan untuk mengurus peranti dan perkhidmatan Nest ini dan perkhidmatan kediaman bersambung yang lain, yang kami sediakan dan dibina khusus untuk peranti ini (termasuk mana-mana perkhidmatan langganan seperti program tenaga), tetapi tidak termasuk perkhidmatan Google (seperti Google Assistant, YouTube, Google Maps, Google Duo dan yang serupa) yang boleh digunakan dengan Peranti Nest dan juga dengan produk atau peranti Google yang lain.

Syarat Umur

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest (atau umur yang lebih tua seperti yang diperlukan di negara anda untuk dibenarkan menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest tanpa kelulusan ibu bapa), walau bagaimanapun, had umur tersebut tidak menyekat penggunaan Google Account yang diurus menggunakan Family Link dengan mana-mana peranti dan perkhidmatan Nest di negara yang membenarkan penggunaan sedemikian.

Menggunakan Perkhidmatan Nest

Perkhidmatan Nest. Apabila anda menggunakan Google Account dengan peranti dan perkhidmatan Nest: (i) Google akan memberikan peranti dan perkhidmatan Nest kepada anda, tetapi ia mungkin melibatkan Nest Labs, Inc. dan ahli gabungan atau syarikat lain sebagai penyedia perkhidmatan untuk menyediakan sesetengah atau semua peranti dan perkhidmatan Nest kepada anda, bertindak bagi pihak Google dan tertakluk pada arahan Google; dan (ii) setakat anda mendaftar dengan mana-mana syarat program dengan rakan kongsi pihak ketiga untuk program yang disepadukan dengan peranti dan perkhidmatan Nest (seperti program tenaga), sebarang rujukan kepada Syarat Perkhidmatan Nest dalam syarat program tersebut bermakna Syarat, dan sebarang rujukan kepada dasar privasi Nest bermakna Dasar Privasi Google.

Jaminan berkanun. Undang-undang di sesetengah bidang kuasa mungkin membayangkan waranti, syarat, atau jaminan atau mengenakan kewajipan yang memberi anda hak pengguna tertentu di bawah undang-undang yang dikenakan. Di sesetengah bidang kuasa, peruntukan tersebut tidak boleh dikecualikan, disekat atau diubah suai kecuali setakat yang terhad dan syarat ini mesti dibaca tertakluk pada peruntukan berkanun tersebut.

Kemaskinian Perisian Automatik. Dari semasa ke semasa, kami mungkin membangunkan tampung, pembetulan pepijat, kemaskinian, peningkatan dan pengubahsuaian lain untuk meningkatkan prestasi peranti dan perkhidmatan Nest. Semua itu mungkin dipasang secara automatik tanpa memberikan notis tambahan atau menerima sebarang kebenaran tambahan daripada anda. Anda bersetuju untuk menerima kemaskinian automatik ini. Jika anda tidak mahu menerima kemaskinian ini, anda harus berhenti menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest.

Di sesetengah rantau (seperti Kawasan Ekonomi Eropah), anda mungkin dapat mengakses tetapan untuk menghalang peranti anda daripada menerima kemaskinian tertentu sekiranya dikehendaki oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, kami amat mencadangkan supaya anda membenarkan peranti menerima semua kemaskinian untuk memastikan prestasi produk atau perkhidmatan Nest anda adalah pada tahap optimum. Jika telah ditentukan bahawa kemaskinian dapat membetulkan kerentanan kritikal berkaitan undang-undang, keselamatan atau jaminan, kemaskinian mungkin diselesaikan tanpa mengira tetapan kemaskinian anda.

Perkhidmatan Pihak Ketiga. Peranti dan perkhidmatan Nest mungkin membolehkan anda mengakses, menggunakan atau berinteraksi secara langsung dengan laman web, apl, kandungan, produk dan perkhidmatan lain pihak ketiga, termasuk Pemantauan Profesional (seperti yang ditakrifkan di bawah). Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, syarat dan dasar privasi mereka sendiri, di samping Syarat, sebagaimana yang dikenakan, akan mengawal penggunaan anda terhadap perkhidmatan tersebut.

Beberapa Pengehadan terhadap Penggunaan Peranti dan Perkhidmatan Nest. Peranti dan perkhidmatan Nest tidak diperakui untuk menghantar respons kecemasan melainkan diluluskan dan diperakui secara jelas sebagai didayakan untuk pemantauan stesen pusat melalui kemudahan pemantauan profesional (peranti dan perkhidmatan Nest yang diluluskan dan diperakui secara jelas sedemikian, “Peranti Nest Didayakan Pemantauan Profesional”). DALAM APA-APA JUA KEADAAN, GOOGLE TIDAK AKAN MENGHANTAR PERKHIDMATAN KECEMASAN KE RUMAH ANDA SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang dikenakan (tetapi tertakluk pada peruntukan berhubung "Jaminan berkanun" di atas), Google tidak memberikan jaminan atau gambaran bahawa penggunaan peranti dan perkhidmatan Nest (termasuk mana-mana Peranti Nest Didayakan Pemantauan Profesional atau mana-mana perkhidmatan pemantauan pihak ketiga yang digunakan berhubung dengan peranti dan perkhidmatan Nest) akan meningkatkan keselamatan.

Pemantauan Stesen Pusat untuk Peranti Nest Didayakan Pemantauan Profesional. Penyedia pemantauan pusat profesional pihak ketiga (“Penyedia Pemantauan”) mungkin menyediakan perkhidmatan yang memberikan pemantauan profesional dan pemberitahuan kecemasan yang berkaitan serta penghantaran pihak berkuasa kecemasan (“Pemantauan Profesional”) berhubung Peranti Nest Didayakan Pemantauan Profesional. Jika anda melanggan pelan Pemantauan Profesional, anda akan mengikat kontrak secara terus dengan Penyedia Pemantauan (dan bukan Google) untuk menyediakan Pemantauan Profesional. Penyedia Pemantauan dan Google ialah syarikat bebas, dan tidak wujud hubungan perkongsian, agensi atau subkontraktor antara dua syarikat ini. PEMANTAUAN PROFESIONAL HANYA DIREKA UNTUK BERFUNGSI DENGAN PERANTI NEST DIDAYAKAN PEMANTAUAN PROFESIONAL. JANGAN CUBA GUNAKAN PEMANTAUAN PROFESIONAL DENGAN MANA-MANA PERANTI DAN PERKHIDMATAN NEST SELAIN PERANTI NEST DIDAYAKAN PEMANTAUAN PROFESIONAL.

Permit dan Pendaftaran untuk Pemantauan Profesional. Sesetengah kerajaan tempatan mengenakan syarat permit atau pendaftaran untuk menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest dengan Pemantauan Profesional. Tanpa permit atau pendaftaran yang diperlukan, pasukan bantuan kecemasan mungkin tidak bertindak balas terhadap permintaan daripada Penyedia Pemantauan, atau anda mungkin bertanggungjawab terhadap denda atau penalti lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan sebarang permit atau pendaftaran yang diperlukan untuk menggunakan Pemantauan Profesional dengan peranti dan perkhidmatan Nest serta sebarang denda dan penalti berkaitan yang mungkin ditaksir.

Gangguan Perkhidmatan; Tiada Bayaran Balik. Peranti dan perkhidmatan Nest mungkin digantung buat sementara waktu, tanpa notis, atas sebab keselamatan, kegagalan sistem, penyelenggaraan dan pembaikan, atau keadaan lain. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang dikenakan (tetapi tertakluk pada peruntukan berhubung "Jaminan berkanun" di atas), anda tidak akan berhak menerima sebarang bayaran balik bagi penggantungan sementara ini.

Keperluan Sistem. Peranti dan perkhidmatan Nest mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa Google Account dan rangkaian Wi-Fi yang berfungsi di rumah anda yang disambungkan kepada akses Internet yang stabil dengan lebar jalur yang mencukupi. Unsur sistem lain juga mungkin diperlukan untuk menggunakan sesetengah atau semua peranti dan perkhidmatan Nest, seperti peranti mudah alih dengan apl Nest dan/atau Google Home. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai semua unsur sistem yang diperlukan dan bahawa semua unsur tersebut serasi dan dikonfigurasikan dengan betul. Google mungkin mengaktifkan Bluetooth pada peranti mudah alih anda, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu, tetapi tertakluk pada tetapan peranti anda, untuk memudahkan pengendalian peranti dan perkhidmatan Nest yang betul dan mendayakan ciri tertentu (seperti menyenyapkan penggera asap atau CO pada Nest Protect dari jauh).

Sandaran Peranti Mudah Alih Sekiranya Wi-Fi Tergendala. Sekiranya berlaku sebarang gangguan perkhidmatan pada rangkaian Wi-Fi atau sambungan Internet di rumah anda, peranti dan perkhidmatan Nest, termasuk pemberitahuan apl dan makluman kamera jauh, mungkin tidak dapat diharapkan atau tidak tersedia. Terutamanya bagi Pemantauan Profesional, ini bermakna Penyedia Pemantauan tidak dapat menerima isyarat penggera dan mungkin tidak dapat menghantar pasukan bantuan kecemasan. Anda mungkin mempunyai pilihan untuk memilih pelan langganan sandaran peranti mudah alih (“Sandaran Peranti Mudah Alih”) untuk membantu meningkatkan sambungan sekiranya perkhidmatan tergendala pada sambungan Internet di rumah anda dan mengurangkan kemungkinan gangguan peranti dan perkhidmatan Nest.

Penjimatan Tenaga dan Manfaat Lain. Melainkan kami menjanjikan “jaminan” dengan jelas, Google tidak menjamin atau menjanjikan sebarang tahap penjimatan tenaga atau manfaat lain daripada penggunaan peranti dan perkhidmatan Nest. Penjimatan tenaga sebenar dan manfaat lain mungkin berbeza-beza bergantung pada faktor di luar kawalan atau pengetahuan Google. Anda mengakui bahawa sebarang syor atau promosi yang diberikan oleh Google berkaitan peranti dan perkhidmatan Nest (termasuk yang unik untuk rumah anda berdasarkan maklumat yang tersedia kepada kami) tidak menjamin penjimatan sebenar.

Pemasangan, ujian dan penggunaan. Anda bertanggungjawab untuk memasang dan menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest menurut manual dan arahan yang berkenaan. Jika peranti tidak dipasang dengan betul, atau jika peranti atau mana-mana penderia peranti itu berada di luar julat pengesanan atau terhalang atau dihalang oleh dinding, perabot, harta peribadi atau benda lain, anda mungkin mengalami penggera palsu atau kegagalan pengesanan. Anda bertanggungjawab untuk menguji peranti dan perkhidmatan Nest sebaik sahaja dipasang untuk memastikan peranti dan perkhidmatan Nest (dan mana-mana penderia, komponen dan persisian yang berkaitan) berfungsi dan berkomunikasi seperti yang dimaksudkan dan direka, dan kemudian menguji dan menyelenggara peranti dan perkhidmatan Nest secara berkala selepas pemasangan.

Periksa bateri dengan kerap. Anda bertanggungjawab untuk menggantikan apa-apa bateri untuk peranti dan perkhidmatan Nest, apabila perlu. PERANTI DAN PERKHIDMATAN NEST MUNGKIN TIDAK BERFUNGSI DENGAN BETUL JIKA BATERI PERLU DIGANTI; SILA PERIKSA BATERI DARI SEMASA KE SEMASA.

Pengesan Asap dan Karbon Monoksida. GOOGLE TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN ATAU GAMBARAN BAHAWA MANA-MANA PENGESAN ASAP ATAU KARBON MONOKSIDA YANG DIBUAT ATAU DIJUAL OLEH GOOGLE MERUPAKAN SISTEM PENGGERA KEBAKARAN ATAU MEMENUHI KEPERLUAN SEBARANG PERATURAN, KOD, ORDINAN, PIHAK BERKUASA, UNDANG-UNDANG NEGERI, WILAYAH ATAU TEMPATAN YANG MEMPUNYAI BIDANG KUASA ATAU STANDARD INDUSTRI, SEPERTI NFPA 72. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MEMATUHI KEPERLUAN SEBARANG UNDANG-UNDANG, ATAU STANDARD INDUSTRI YANG MUNGKIN TERPAKAI KEPADA PEMASANGAN, PENGGUNAAN DAN PENYELENGGARAAN MANA-MANA PENGESAN ASAP ATAU KARBON MONOKSIDA.

Standard peranti pintar. Peranti dan perkhidmatan Nest mungkin menggunakan pelbagai standard atau cara terbuka atau yang biasanya tersedia untuk berkomunikasi dan berfungsi dengan peranti tersambung yang begitu juga digunakan oleh sistem atau perkhidmatan lain yang tidak dibuat oleh Google, termasuk Wi-Fi, Bluetooth, dan peranti IP. Perkhidmatan pihak ketiga yang tidak ditetapkan oleh Google sebagai serasi dengan peranti dan perkhidmatan Nest mungkin tidak berfungsi dengan baik dengan peranti dan perkhidmatan Nest. Anda bersetuju untuk menggunakan hanya perkhidmatan pihak ketiga yang ditetapkan oleh Google sebagai serasi dengan peranti dan perkhidmatan Nest.

Panggilan Kecemasan (AS sahaja).

  • Perihalan Perkhidmatan Panggilan Kecemasan. Bergantung pada geografi dan pembelian langganan, pelanggan Nest Aware di AS mungkin dapat memanggil perkhidmatan kecemasan daripada apl Google Home (“Pengguna Panggilan Kecemasan”). Perkhidmatan kecemasan berbeza-beza bergantung pada lokasi anda. Apabila Pengguna Panggilan Kecemasan memanggil perkhidmatan kecemasan, Google akan memberi operator respons kecemasan nombor telefon dan alamat Pengguna Panggilan Kecemasan yang telah diberikan oleh Pengguna Panggilan Kecemasan kepada Google dalam aliran persediaan ciri panggilan kecemasan. 
  • Pengehadan terhadap Perkhidmatan Panggilan Kecemasan. Pengehadan berikut dikenakan bagi ketersediaan perkhidmatan panggilan kecemasan: (i) perkhidmatan mungkin tidak tersedia jika perkhidmatan selular tidak tersedia; (ii) panggilan kecemasan mungkin tidak menyambung kepada penghantar yang berkaitan, atau mungkin memanggil talian pentadbiran penghantar yang berkaitan secara tidak wajar, yang mungkin tiada kakitangan selepas waktu kerja atau tiada operator kecemasan terlatih; (iii) panggilan kecemasan mungkin menyambung kepada penghantar yang berkaitan dengan betul tetapi nombor telefon atau lokasi Pengguna Panggilan Kecemasan mungkin tidak dihantar secara automatik; (iv) panggilan kecemasan yang dibuat semasa dalam perjalanan mungkin dihalakan kepada penghantar yang dikaitkan dengan nombor berdaftar Pengguna Panggilan Kecemasan dan bukannya penghantar setempat; (v) dalam sesetengah keadaan, operator perkhidmatan kecemasan mungkin tidak dapat melihat nombor telefon Pengguna Panggilan Kecemasan dan tidak akan dapat memanggil balik; (vi) Pengguna Panggilan Kecemasan yang pekak, pekak labang atau mengalami masalah pertuturan seharusnya memanggil perkhidmatan kecemasan setempat secara langsung menggunakan TTY atau perkhidmatan geganti telekomunikasi dan bukannya 711 atau perkhidmatan setempat yang setara; (vii) jika Pengguna Panggilan Kecemasan mempunyai berbilang peranti yang dikaitkan dengan akaun mereka (A) panggilan balik daripada penghantar berkaitan mungkin tidak memanggil setiap peranti yang dikaitkan; (B) jika Pengguna Panggilan Kecemasan telah melumpuhkan panggilan masuk, penghantar mungkin tidak dapat memanggil balik; dan (C) jika panggilan gagal dibuat menggunakan apl Google Home, Pengguna Panggilan Kecemasan mungkin menerima mesej ralat dan mungkin perlu menggunakan kaedah lain untuk memanggil perkhidmatan kecemasan.
  • Kewajipan Pelanggan. Berhubung dengan perkhidmatan pendailan kecemasan, Pengguna Panggilan Kecemasan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa alamat yang didaftarkan dalam apl Google Home merupakan alamat fizikal semasa yang akan digunakan ciri panggilan kecemasannya oleh Pengguna Panggilan Kecemasan (kegagalan memberikan alamat semasa boleh menyebabkan pusat respons kecemasan yang salah dihubungi dan kelewatan respons kecemasan kepada Pengguna Panggilan Kecemasan).
  • Penafian Liabiliti Perkhidmatan Kecemasan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Google mahupun mana-mana Gabungannya tidak sekali-kali dipertanggungjawabkan di bawah Syarat Tambahan (sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian) atau sebaliknya) untuk apa-apa jenis kerosakan (termasuk kerosakan langsung atau tidak langsung) yang timbul di bawah atau berkaitan dengan penggunaan atau percubaan penggunaan ciri panggilan kecemasan untuk mengakses perkhidmatan kecemasan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana ketakupayaan untuk mengakses perkhidmatan sedemikian, sebarang kelewatan dalam respons perkhidmatan kecemasan, kelakuan pusat respons atau operator perkhidmatan kecemasan, atau ketaktepatan maklumat yang diberikan kepada perkhidmatan kecemasan oleh pihak ketiga yang diambil oleh Google atau Gabungannya untuk memudahkan peruntukan akses perkhidmatan kecemasan.
  • Dasar Penggunaan Boleh Terima. Dasar Penggunaan Boleh Terima dikenakan pada penggunaan ciri panggilan kecemasan Nest Aware. Sila patuhi dasar ini apabila menggunakan ciri panggilan kecemasan. Apabila kami mengenal pasti kemungkinan pelanggaran dasar, kami mungkin menyemak dan mengambil tindakan, termasuk mengehadkan atau menamatkan Nest Aware untuk rumah tertentu.

Pengesanan Bunyi (AS sahaja).
Ciri pengesanan bunyi Nest Aware hanya berupaya mengesan bunyi penggera (mis. penggera asap atau karbon monoksida) atau bunyi tentuan lain (mis. kaca pecah). Pembesar suara dan paparan Google Nest dan Home tidak dapat mengesan kehadiran bahaya (mis. asap) di rumah anda.

Langganan yang Dibeli Melalui Pihak Ketiga

Anda mungkin membeli langganan Nest Aware melalui pihak ketiga bukan Google (“Rakan Kongsi”). Jika benar, sebarang bayaran untuk langganan Nest Aware ditentukan oleh Rakan Kongsi dan anda seharusnya merujuk syarat mereka untuk maklumat tentang harga, ciri Nest Aware yang tersedia kepada anda, proses untuk pembatalan dan sebarang butiran tambahan yang berkaitan dengan langganan.

Harap maklum bahawa ciri Nest Aware yang tersedia kepada anda mungkin berbeza-beza, bergantung pada Rakan Kongsi yang telah anda beli langganan daripadanya. Sesetengah pelan langganan juga mungkin mempunyai syarat dan pengehadan berbeza yang ditetapkan oleh Rakan Kongsi. Kelayakan anda dan akses berterusan kepada Nest Aware mungkin ditentukan oleh Rakan Kongsi yang telah anda beli langganan daripadanya dan langganan anda mungkin digantung atau ditamatkan pada bila-bila masa oleh Rakan Kongsi.

Komunikasi

Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang penapisan automatik yang anda atau penyedia rangkaian anda mungkin gunakan terhadap makluman e-mel peranti dan perkhidmatan Nest yang anda minta untuk terima.

Pendedahan untuk Penduduk California

Jika anda penduduk California, anda boleh melaporkan aduan kepada Complaint Assistance Unit, Division of Consumer Services, California Department of Consumer Affairs dengan menghubungi mereka secara bertulis di 400 R Street, Sacramento, CA 95814, USA, atau melalui telefon di (800) 952-5210.

Khidmat Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang peranti dan perkhidmatan Nest, anda boleh menghubungi kami. Khidmat pelanggan dan sebarang penjagaan dan sokongan pelanggan yang ditawarkan dan diberikan kepada anda bukan perkhidmatan atau pusat penghantaran 911, penyedia perkhidmatan atau perkhidmatan penghantaran kecemasan, atau penyelesaian menyelamatkan nyawa bagi orang yang berisiko di rumah mereka atau sebaliknya. JANGAN HUBUNGI KHIDMAT PELANGGAN ATAU SEBARANG PENJAGAAN DAN SOKONGAN PELANGGAN YANG DITAWARKAN OLEH GOOGLE UNTUK HAL BERKAITAN SEBARANG KECEMASAN YANG MELIBATKAN NYAWA/KESELAMATAN, KECEMASAN PERUBATAN ATAU SEBARANG KECEMASAN LAIN. SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN SEPERTI ITU, ANDA PERLU SEGERA MENGHUBUNGI POLIS, JABATAN BOMBA ATAU AMBULANS DENGAN MENGHUBUNGI 911 ATAU PERKHIDMATAN RESPONS KECEMASAN YANG SESUAI.

Data Audio/Video Nest Cam Anda

Bahagian ini terpakai kepada kandungan video, kandungan audio dan sebarang data pengecaman wajah yang diperoleh daripada imej dalam video yang dikumpulkan daripada Nest Cam, Nest Cam IQ, produk loceng pintu video berjenama Nest atau penggunaan ciri “Nest Cam” pada produk paparan pintar berjenama Nest (secara kolektif, ciri “Nest Cam” dan data ini dirujuk sebagai “Data Audio/Video Nest Cam”). Secara umumnya, untuk tujuan undang-undang yang bersesuaian (mis. GDPR), anda kekal menjadi pengawal data bagi Data Audio/Video Nest Cam, Google ialah pemproses data anda, dan Nest Labs, Inc. ialah subpemproses Google. Jika anda memindahkan akaun Nest anda kepada Google Account, anda mengarahkan Nest Labs, Inc. untuk mendedahkan Data Audio/Video Nest Cam yang dipegangnya sebagai pemproses anda kepada Google, yang akan bertindak sebagai pemproses baharu anda, menggantikan Nest Labs, Inc.

Anda (dan bukan Google) bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mematuhi sebarang undang-undang yang dikenakan apabila anda menggunakan peranti dan perkhidmatan Nest, termasuk sebarang undang-undang rakaman video, data biometrik atau rakaman audio yang menghendaki anda memberikan notis atau mendapatkan persetujuan daripada pihak ketiga berkaitan dengan Data Audio/Video Nest Cam. Data Audio/Video Nest Cam tidak termasuk data penggunaan atau metadata lain yang tidak ditangkap dalam video itu sendiri, seperti masa/tarikh video, konfigurasi kamera dan metadata lain yang berkaitan.

Di mana GDPR atau Akta Jepun tentang Perlindungan Maklumat Peribadi (“the Japan Act”) dikenakan pada pemprosesan Data Audio/Video Nest Cam, Google akan:

  • hanya memproses Data Audio/Video Nest Cam mengikut arahan anda, yang termasuk menyediakan ciri dan perkhidmatan Nest Cam yang anda minta - melainkan undang-undang EU, Negeri Ahli EU atau Akta Jepun yang dikenakan menghendaki sebaliknya, yang mana dalam kes seperti ini, kami akan mengambil langkah untuk memberitahu anda tentang keperluan tersebut (melainkan dilarang oleh undang-undang itu atas sebab kepentingan awam yang mustahak); 
  • memastikan bahawa kakitangan Google yang dibenarkan untuk memproses Data Audio/Video Nest Cam komited terhadap kerahsiaan; 
  • setakat yang berkenaan dan mungkin, membantu anda berkaitan sebarang permintaan hak individu yang mesti anda penuhi (dan tidak dapat memenuhinya sendiri) atau membantu anda berkaitan kewajipan pematuhan lain yang dinyatakan di bawah Artikel 32 hingga 36 GDPR atau Akta Jepun, dalam setiap keadaan mengambil kira sifat pemprosesan dan maklumat yang tersedia kepada kami; 
  • atas pilihan anda, memadamkan atau mengembalikan Data Audio/Video Nest Cam anda atas permintaan atau apabila anda menamatkan akaun anda (dan memadamkan salinan sedia ada melainkan Google dikehendaki oleh undang-undang yang dikenakan di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom, Switzerland, atau Jepun untuk mengekalkannya); 
  • jika anda membuat permintaan secara bertulis dan sehingga maksimum sekali setahun, Google akan memberi anda salinan laporan audit yang berkaitan tertakluk pada anda menandatangani perjanjian ketakdedahan atau kerahsiaan dengan Google; dan 
  • melaksanakan langkah keselamatan yang sesuai seperti yang dikehendaki di bawah Artikel 32 GDPR atau Akta Jepun.

Anda membenarkan Google mensubkontrakkan pemprosesan Data Audio/Video Nest Cam kepada subpemproses yang bersetuju untuk menerima kewajipan yang sama atau serupa seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini. Pada masa ini, senarai subpemproses ini terdiri daripada Nest Labs, Inc., yang terletak di Amerika Syarikat (dengan syarat Nest Labs, Inc. menggunakan perkhidmatan Google Cloud Platform (tertakluk pada syarat di sini). Kami akan memberikan notis awal 10 hari tentang sebarang subpemproses baharu atau gantian dengan menyiarkan perubahan pada Syarat Tambahan. Dalam tempoh notis itu, anda boleh membuat bantahan terhadap perubahan tersebut secara bertulis. Jika kami tidak menyelesaikan kebimbangan anda selewat-lewatnya pada penghujung tempoh notis itu, anda boleh menamatkan penggunaan peranti dan perkhidmatan Nest anda tanpa penalti. Anda bertanggungjawab untuk menyemak Syarat Tambahan untuk melihat kemaskinian dari semasa ke semasa.

Isi kandungan pemprosesan Data Audio/Video Nest Cam Google adalah untuk menyediakan ciri dan perkhidmatan Nest Cam yang anda minta, tertakluk pada tetapan dan konfigurasi anda. Tempoh pemprosesan akan berterusan selagi anda mengakses dan menggunakan ciri dan perkhidmatan Nest Cam. Google akan memproses Data Audio/Video Nest Cam untuk tujuan menyediakan ciri dan perkhidmatan Nest Cam, termasuk ciri Makluman Wajah Dikenali. Data peribadi ialah imej orang yang dapat dikenal pasti dalam video, audio orang yang dapat dikenal pasti yang didengar dalam video dan data pengecaman wajah orang yang kelihatan dalam video. Kategori subjek data ialah individu di lokasi dan di sekitar lokasi tempat pengguna memasang Nest Cam. Di negara tempat GDPR terpakai, penggunaan Nest Cam bertujuan untuk kegunaan peribadi dan isi rumah semata-mata. Undang-undang privasi dan perlindungan data di tempat anda tinggal mungkin mengenakan tanggungjawab tambahan tertentu terhadap anda dan penggunaan peranti dan perkhidmatan Nest anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3906112174304492626
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false