Perihal penukaran dipertingkatkan

Nota: Tag laman global (gtag.js) kini teg Google. Melalui perubahan inu, pemasangan gtag.js baharu dan sedia ada akan menerima keupayaan baharu untuk membantu anda melakukan lebih banyak kerja, meningkatkan kualiti data dan menggunakan ciri baharu – semuanya tanpa kod tambahan. Ketahui lebih lanjut Perihal teg Google.

Penukaran dipertingkatkan ialah ciri yang boleh meningkatkan ketepatan pengukuran penukaran anda dan membuka kunci pembidaan yang lebih berkuasa. Ciri ini menambah keupayaan tag penukaran sedia ada anda dengan menghantar data penukaran pihak pertama yang dicincang daripada laman web anda kepada Google melalui cara privasi dilindungi. Ciri tersebut menggunakan algoritma pencincangan sehala selamat yang dipanggil SHA256 pada data pelanggan pihak pertama anda, seperti alamat e-mel, sebelum dihantar kepada Google. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian pemodelan penukaran Google.

Anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan menggunakan tag Google, Google Tag Manager atau Google Ads API.

Nota: Google komited untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data anda. Kami akan memastikan kerahsiaan dan keselamatan data anda menggunakan standard terkemuka industri yang sama dengan yang kami gunakan untuk melindungi data pengguna kami sendiri. Kami hanya melaporkan penukaran privasi dilindungi. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang dasar data pelanggan penukaran dipertingkatkan dan cara kami menggunakan data anda.

Cara ciri ini berfungsi

Apabila pelanggan melengkapkan penukaran di laman web anda, mungkin anda akan terima data pelanggan pihak pertama seperti alamat e-mel, nama, alamat rumah dan/atau nombor telefon. Data ini boleh dirakam dalam tag penjejakan penukaran anda yang dicincang dan dihantar kepada Google dalam bentuk dicincang, kemudian digunakan untuk meningkatkan ukuran penukaran anda.

Bergantung pada jenis penukaran dipertingkatkan yang anda gunakan, data dicincang tersebut akan digunakan dalam cara yang berlainan untuk meningkatkan ukuran anda:

Penukaran dipertingkatkan untuk web Penukaran dipertingkatkan untuk prospek

Berkaitan untuk pengiklan yang mahu menjejaki jualan dan peristiwa yang berlaku pada laman web.

Berkaitan untuk pengiklan yang ingin menjejaki jualan yang berlaku di luar laman web (contohnya, telefon atau e-mel) daripada prospek laman web.

Meningkatkan ukuran penukaran dalam talian.

Meningkatkan ukuran transaksi luar talian yang datang daripada prospek atau pelawat laman web.

Membenarkan anda menghantar data disediakan pengguna pihak pertama yang dicincang daripada laman web anda apabila pengguna melakukan penukaran. Kemudian data tersebut digunakan untuk memadankan pelanggan anda dengan akaun Google yang dilog masuk apabila mereka berinteraksi dengan salah satu iklan anda.

Membenarkan anda menggunakan data disediakan pengguna pihak pertama yang dicincang daripada borang prospek laman web anda untuk pengukuran prospek luar talian. Apabila anda memuat naik prospek anda, maklumat dicincang yang diberikan akan digunakan untuk mengatributkan kembali kepada kempen Google Ad.

Penukaran dipertingkatkan untuk web

1

2

3

4

Enhanced Conversions YouTube Icon Enhanced Conversions Shopping Icon Enhanced Conversions Mail Icon Enhanced Conversions Graph Icon
Pengguna log masuk Google menonton iklan YouTube anda.

Pengguna menukar pada laman web anda.

Tag penukaran merekodkan medan yang anda tentukan (mis. e-mel), mencincang data dan menghantar data tersebut kepada Google dengan selamat. Data yang dicincang sepadan dengan data pengguna yang dicincang Google dan penukaran dilaporkan dalam akaun anda.

Melalui penukaran dipertingkatkan untuk web, data pelanggan pihak pertama seperti alamat e-mel, nama, alamat rumah atau nombor telefon direkodkan dalam tag penjejakan penukaran, dicincang dan dihantar kepada Google dalam bentuk dicincang, kemudian digunakan untuk memadankan pelanggan anda dengan akaun Google, yang dilog masuk apabila mereka berinteraksi dengan salah satu iklan anda.

Manfaat:

  • Memulihkan penukaran yang sebaliknya tidak akan diukur
  • Meningkatkan pengoptimuman pembidaan menerusi data yang lebih baik
  • Privasi dilindungi dengan pencincangan data pelanggan pihak pertama

Sediakan penukaran dipertingkatkan untuk web

Anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk web melalui 3 cara:

Step 1Google Tag Manager: Jika anda menggunakan Google Tag Manager pada masa ini untuk penjejakan penukaran, anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk web menggunakan Google Tag Manager dengan hanya perubahan kecil pada konfigurasi anda.

Step 2Tag Google: Jika anda telah melaksanakan penjejakan penukaran pada masa ini menggunakan tag Google secara terus pada halaman anda (bukan dalam alat pihak ketiga atau iFrame), anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk web menggunakan tag Google dengan membuat perubahan kecil pada konfigurasi anda.

Step 3Google Ads API: Jika anda mahu memberikan data penukaran dipertingkatkan melalui API untuk meningkatkan fleksibiliti dan kawalan anda terhadap data, anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk web dalam Google Ads API.

Nota: Jika anda mahu memudahkan cara anda melaksanakan penukaran dipertingkatkan atau memerlukan sokongan tambahan selain sokongan yang telah disediakan oleh Google, anda boleh bekerjasama dengan rakan kongsi pihak ketiga. Ketahui lebih lanjut tentang Program Rakan Kongsi penukaran dipertingkatkan.

Penukaran dipertingkatkan untuk prospek

Step 1 Step 2 Step 3 Step 4 Step 5
User clicks on an ad and arrives on your site. User browses your site and reads about your product/service. User fills in a form on your site and becomes a lead for your business. Your website sends Google hashed lead information (e.g.hashed email address) that you specify. You store the lead information in your CRM database. When a lead converts (e.g. becomes a customer), you upload the hashed lead information. Google matches the hashed information back to the ad that drove the lead.

Anda boleh memuat naik atau mengimport data penukaran ke Google Ads menggunakan data pelanggan pihak pertama daripada borang prospek laman web anda. Tidak seperti versi standard import penukaran luar talian, penukaran dipertingkatkan untuk prospek tidak memerlukan anda mengubah suai borang prospek atau sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) anda untuk menerima ID Klik Google (GCLID). Sebaliknya, ciri ini menggunakan maklumat yang sudah dirakam tentang prospek anda, seperti alamat e-mel, untuk mengukur penukaran.

Manfaat:

  • Mudah untuk disediakan: Konfigurasikan pengukuran sepenuhnya daripada akaun Google Ads anda.
  • Prestasi yang lebih baik: Optimumkan kempen anda untuk jualan dan transaksi yang berlaku di luar laman web anda.
  • Fleksibel: Laksanakan menggunakan tag Google atau dengan Google Tag Manager.

Jika anda mahu menggunakan GCLID untuk menjejaki penukaran semasa penukaran berlaku, kaedah muat naik berdasarkan GCLID sedia ada masih akan tersedia. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyediakan penukaran luar talian menggunakan GCLID

Sediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek

Anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek melalui 4 cara:

Step 1Google Tag Manager: Jika anda menggunakan Google Tag Manager pada masa ini untuk penjejakan penukaran, anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek dengan Google Tag Manager dengan hanya perubahan kecil pada konfigurasi anda.

Step 2Tag Google: Jika anda telah melaksanakan penjejakan penukaran pada masa ini menggunakan tag Google secara terus pada halaman anda (bukan dalam alat pihak ketiga atau iFrame), anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek menggunakan tag Google anda dengan membuat perubahan kecil pada konfigurasi anda.

Step 3Iklan borang prospek: Jika anda telah mengaktifkan iklan borang prospek, anda boleh menyediakan prospek penukaran dipertingkatkan tanpa melakukan perubahan pada persediaan penandaan anda kerana data diberikan pengguna anda ditangkap dalam borang prospek yang dihoskan Google.

Step 4Google Ads API: Jika anda mahu memberikan data penukaran dipertingkatkan melalui API untuk meningkatkan lagi fleksibiliti dan kawalan terhadap data anda, anda boleh menyediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek dalam Google Ads API.

See what other users are saying about enhanced conversions

Join the conversation in the Ads Community

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
5789395083732494400
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false