Buat dan edit iklan carian responsif (apl mudah alih Google Ads)

Artikel ini membincangkan tentang membuat dan mengedit iklan carian responsif pada apl mudah alih Google Ads. Ketahui lebih lanjut Tentang iklan carian responsif

Iklan carian responsif membolehkan anda membuat iklan yang disesuaikan untuk menunjukkan lebih banyak teks dan lebih banyak mesej yang berkaitan kepada pelanggan anda. Masukkan berbilang tajuk dan perihalan apabila membuat iklan carian responsif dan dari semasa ke semasa, Google Ads akan menguji gabungan yang berlainan secara automatik dan mempelajari gabungan yang mempunyai prestasi terbaik.

Arahan

Buat iklan carian responsif

  1. Gunakan bar navigasi bawah dan ketik Lagi, kemudian pilih Iklan.
  2. Ketik butang tambah  dan pilih Iklan carian responsif.
  3. Ketik kempen yang ingin anda buatkan iklan carian responsif.
  4. Ketik kumpulan iklan yang ingin anda tambahkan iklan carian responsif baharu.
  5. Anda mungkin melihat kotak timbul yang menyatakan: "Untuk membantu anda meningkatkan prestasi iklan anda, sertakan frasa kunci daripada iklan anda yang lain pada setiap masa. Kami telah menyalin kandungan daripada iklan teks anda dalam kumpulan iklan ini untuk membantu anda bermula. Ketik FAHAM untuk menutup kotak timbul.
  6. Masukkan URL akhir dan URL paparan.
Nota: Tindakan mengetik ikon pratonton  memaparkan kemungkinan iklan yang dibina menggunakan aset anda. Tidak semua gabungan ditunjukkan dan iklan mungkin dipendekkan dalam sesetengah format.
  1. Masukkan tajuk anda. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya 3 tajuk, tetapi anda boleh memasukkan hingga 15 tajuk.
  2. Masukkan perihalan anda. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya 2 perihalan, tetapi anda boleh memasukkan hingga 4 tajuk.
  3. Ketik Simpan.

Petua untuk memasukkan tajuk anda

  • Perlu diingat bahawa tajuk dan perihalan mungkin dipaparkan dalam apa-apa tertib.
  • Tulis 3 tajuk pertama seolah-olah tajuk tersebut akan dipaparkan bersama dalam iklan anda.
  • Pastikan anda menyertakan sekurang-kurangnya satu kata kunci anda dalam tajuk tersebut dan buat tajuk yang berkaitan dengan kata kunci yang anda sasarkan.
  • Fokus untuk menyediakan sebanyak mungkin tajuk yang unik. Semakin banyak tajuk yang diberikan, semakin banyak pilihan Google Ads untuk menghimpun pesanan anda menjadi iklan yang berkaitan, yang boleh meningkatkan prestasi.
    • Cuba serlahkan manfaat produk atau perkhidmatan tambahan, masalah yang sedang anda selesaikan atau serlahkan maklumat penghantaran dan pemulangan. Ketahui lebih lanjut tentang membuat iklan Carian yang berkesan
    • Sekiranya anda boleh menyediakan lebih banyak tajuk, cuba buat variasi tajuk yang telah anda masukkan. Sebagai contoh, guna seruan tindak yang berlainan.

Edit iklan carian responsif

  1. Gunakan bar navigasi bawah dan ketik Lagi, kemudian pilih Iklan.
  2. Ketik iklan yang ingin anda edit.
  3. Dalam dialog, anda boleh mengedit:

    • URL Akhir
    • Laluan paparan
    • Tajuk
    • Perihalan
  4. Ketik Simpan.

Tambahkan aset baharu

Untuk menambah tajuk baharu:

  1. Di bawah "Tajuk" di halaman "Edit iklan", ketik + Tambahkan tajuk.
  2. Masukkan tajuk baharu anda. Anda juga boleh menggunakan salah satu tajuk cadangan yang dijana oleh Google Ads.
  3. Ketik tanda semak Chrome mobile checkmark icon.
  4. Ketik Simpan.

Untuk menambah perihalan baharu:

  1. Di bawah "Perihalan" di halaman "Edit iklan", ketik + Tambahkan perihalan.
  2. Masukkan perihalan baharu anda. Anda juga boleh menggunakan salah satu perihalan cadangan yang dijana oleh Google Ads.
  3. Ketik tanda semak Chrome mobile checkmark icon.
  4. Ketik Simpan.

Sematkan tajuk dan perihalan di kedudukan tertentu

Secara lalai, apabila anda membuat iklan carian responsif, tajuk dan perihalan boleh kelihatan dalam apa-apa tertib. Anda boleh mengawal tempat tajuk dan perihalan individu kelihatan dalam iklan anda dengan menyematkan tajuk dan perihalan di kedudukan tertentu.

Sebagai contoh, jika anda perlu menunjukkan penafian dalam setiap iklan, anda boleh menulis penafian sebagai perihalan iklan carian responsif dan menyemat penafian tersebut di kedudukan 1. Melalui cara ini, semua iklan yang dipaparkan kepada pelanggan akan menyertakan penafian di bahagian pertama perihalan.

  1. Di halaman "Edit iklan", ketik tajuk atau perihalan yang ingin anda sematkan.
  2. Ketik ikon pin Pinyang muncul bersebelahan tajuk atau perihalan.
  3. Pilih kedudukan yang ingin anda sematkan tajuk atau perihalan anda dengan memilih daripada kotak timbul.
  4. Ketik Simpan.

Petua untuk menyemat

  • Tindakan menyematkan satu tajuk atau perihalan akan menyebabkan tajuk atau perihalan tersebut hanya dipaparkan di kedudukan khusus tersebut, yang menghalang tajuk atau perihalan lain daripada kelihatan di tempat itu. Memandangkan penyematan mengurangkan jumlah keseluruhan tajuk atau perihalan yang boleh dipadankan dengan carian bakal pelanggan, penyematan tidak disyorkan untuk kebanyakan pengiklan.
  • Cuba sematkan 2 atau 3 tajuk atau perihalan di setiap kedudukan supaya mana-mana tajuk atau perihalan tersebut dapat dipaparkan di kedudukan tersebut. Perkara ini memberi anda lebih fleksibiliti untuk mengetahui tajuk atau perihalan yang berprestasi lebih baik.
    • Contoh: Jika anda menyematkan tajuk "Laman Web Rasmi" pada kedudukan Tajuk 1, maka semua iklan yang dilihat oleh pelanggan akan mempunyai "Laman Web Rasmi" sebagai tajuk pertama. Walau bagaimanapun, jika anda menyematkan tajuk kedua—katakan "Laman Rasmi"—di kedudukan Tajuk 1, maka semua iklan yang dilihat oleh pelanggan akan menunjukkan sama ada "Laman Web Rasmi" atau "Laman Rasmi" sebagai tajuk pertama.
  • Jika anda mempunyai tajuk dan/atau perihalan yang disematkan di semua kedudukan yang tersedia, tajuk dan/atau perihalan yang tidak disemat tidak akan dipaparkan.
  • Tajuk atau perihalan yang disemat di kedudukan Tajuk 1, kedudukan Tajuk 2 atau kedudukan Perihalan 1 akan dipaparkan pada setiap masa. Kandungan yang disemat di kedudukan Tajuk 3 dan kedudukan Perihalan 2 tidak dijamin akan dipaparkan dalam setiap iklan. Sekiranya anda mempunyai teks yang sepatutnya muncul dalam setiap iklan, maka anda hendaklah menyematkan teks tersebut sama ada di kedudukan Tajuk 1, kedudukan Tajuk 2 atau kedudukan Perihalan 1.
  • Untuk mempratonton cara iklan carian responsif anda akan dipaparkan kepada pengguna, ketik ikon pratonton .

Isu dasar

Jika anda cuba menyimpan RSA anda dan menerima menu timbul "Isu dasar", ini bermakna iklan anda tidak mematuhi dasar Google Ads. Menu timbul akan menerangkan isu dasar yang aktif dalam iklan anda. Ketik BETULKAN RALAT, kemudian buat perubahan pada iklan anda untuk mematuhi dasar Google Ads.

Memadamkan aset

  1. Di halaman "Edit iklan", ketik tajuk atau perihalan yang ingin anda padamkan.
  2. Ketik ikon sampah yang muncul bersebelahan tajuk atau perihalan.
  3. Ketik Alih keluar dalam menu timbul yang dipaparkan.
  4. Ketik Simpan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Log masuk untuk mendapatkan pilihan sokongan tambahan untuk menyelesaikan isu anda dengan cepat

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
true
73067
false