Jangkau potensi penuh akaun anda menggunakan skor pengoptimuman

31 Januari 2019

Pada bukan Ogos lalu, kami telah memperkenalkan skor pengoptimuman untuk membolehkan anda memahami potensi pengoptimuman akaun anda. Anda boleh menggunakan skor ini, yang terdapat di halaman Pengesyoran, untuk meningkatkan prestasi akaun anda melalui tindakan yang disyorkan seperti menjeda kata kunci, menambah iklan tambahan atau mendayakan pembidaan automatik. Gunakan pengesyoran yang dicadangkan untuk meningkatkan penukaran dan memanfaatkan sepenuhnya wang anda.

Skor pengoptimuman diskalakan daripada 0% hingga 100%, dengan 100% bermakna anda memanfaatkan semua peluang yang dikenal pasti pada ketika itu. Gunakan skor ini pada peringkat kempen, akaun atau akaun pengurus.

Dalam contoh di bawah, akaun ini menerima skor pengoptimuman sebanyak 76.7%. Dengan bertindak pada setiap pengesyoran yang dicadangkan (dengan sama ada menggunakan atau menolak pengesyoran tersebut), akaun boleh mencapai skor pengoptimuman sebanyak 100%.

Skor pengoptimuman carian

Skor pengoptimuman telah meningkatkan pelbagai jenis akaun:

Hanapin Marketing Hanapin Marketing, agensi pemasaran digital di sebalik blog PPC Hero, menjadikan halaman Pengesyoran sebagai bahagian utama dalam rutin pengurusan akaun mereka. Dalam satu akaun, suatu pengesyoran khusus telah membuatkan satu kempen beralih daripada KSK Dipertingkat kepada strategi Maksimumkan Penukaran automatik sepenuhnya yang menghasilkan peningkatan 44% dalam penukaran dan pengurangan KSP sebanyak 32%.
Wpromote Wpromote, sebuah agensi pemasaran digital, menggunakan skor pengoptimuman untuk mencari peluang bagi membolehkan akaun mereka berkembang sambil terus mencapai sasaran kecekapan. Dalam satu kempen, mereka menggunakan skor pengoptimuman untuk membuat perubahan pada strategi pembidaan mereka. Selepas menggunakan pembidaan KSP Sasaran dalam kempen pemasaran semula, Wpromote menyaksikan penukaran meningkat sebanyak 20% dan KSP menurun sebanyak 16%.

Untuk menggunakan skor pengoptimuman, navigasi ke halaman Pengesyoran dalam akaun anda. Untuk memaksimumkan peluang kejayaan anda di Google Ads menggunakan skor pengoptimuman, lihat amalan terbaik kami yang diterbitkan baru-baru ini.

Disiarkan oleh Blake Reese, Pengurus Produk Kumpulan, Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
13270327091730208676
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false