- Kempen pintar membantu anda menyerlahkan faktor pelaris perniagaan anda dan menarik pelanggan.
- Anda boleh membuat satu kempen untuk perniagaan anda atau menjalankan berbilang kempen untuk mempamerkan produk atau perkhidmatan berlainan yang ditawarkan oleh perniagaan anda, setiap satu dengan tema kata kunci tersendiri.
Cara iklan berfungsi
Apabila anda mendaftar untuk Kempen pintar, anda akan menulis iklan yang memerihalkan perniagaan anda. Anda juga perlu memilih tema kata kunci yang anda inginkan untuk menyasarkan iklan anda dan menetapkan belanjawan. Iklan anda akan dipaparkan secara automatik kepada bakal pelanggan merentas Google Search, Google Maps, YouTube, laman web rakan kongsi Google dan Google Display Network. Jika anda bimbang tentang peletakan iklan pada Google Display Network atau Rangkaian Rakan Kongsi Carian disebabkan oleh klik yang tidak berkaitan atau peruntukan belanjawan, anda mungkin boleh meminta untuk menarik diri daripada rangkaian ini dengan menghubungi sokongan Google Ads.
Iklan anda boleh dipaparkan apabila bakal pelanggan di kawasan geografi anda mencari frasa yang berkaitan dengan perniagaan anda di Google atau Google Maps. Iklan anda juga boleh dipaparkan untuk pelanggan yang berada di luar kejiranan anda, tetapi yang menyertakan istilah yang berkaitan dengan perniagaan anda serta lokasi perniagaan anda dalam carian mereka.
Iklan www.example.com/insurance
Insurans Komprehensif | Lindungi Diri Anda dengan Lebih Murah | Dapatkan Sebut Harga Percuma Hari Ini
Iklan anda terdiri daripada bahagian yang berikut:
| Nama | Perihalan |
|---|---|
| Tajuk |
Tajuk anda ialah teks biru di bahagian atas iklan. Apabila pelanggan mengklik tajuk iklan, mereka akan dibawa ke laman web yang telah anda masukkan untuk perniagaan anda. Anda boleh menulis antara 3 hingga 15 tajuk untuk iklan anda. Tajuk anda perlu mempunyai panjang maksimum 30 aksara (atau 15 aksara untuk bahasa dwilebar). |
| Perihalan |
Pamerkan faktor pelaris utama perniagaan anda dengan menerangkan produk atau perkhidmatan anda atau menyediakan tawaran istimewa kepada pelanggan. Anda boleh menulis antara 2 hingga 4 perihalan untuk iklan anda. Perihalan anda perlu mempunyai panjang maksimum 90 aksara (atau 45 aksara untuk bahasa dwilebar). |
| URL Destinasi (pautan) |
Google memaparkan URL laman web perniagaan anda atau Google Business Profile. |
| Nama perniagaan | Iklan panggilan mempunyai had 25 aksara untuk nama perniagaan. Untuk membantu pengiklan dengan nama perniagaan yang lebih panjang daripada 25 aksara, kami akan memangkas nama perniagaan mereka kepada 25 aksara untuk menyiarkan Iklan panggilan. |
| Pautan laman |
Pautan laman ialah pautan yang dijana oleh Google AI yang dipaparkan di bawah teks iklan anda. Pautan ini menghantar bakal pelanggan ke halaman di laman web yang berkaitan dengan carian mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pautan laman |
| Pin peta | Pin mungkin kelihatan dalam iklan anda bagi pelanggan yang berada berhampiran dengan perniagaan anda. Jika pelanggan anda mengklik pin tersebut, mereka akan di bawah ke lokasi perniagaan anda pada Google Maps (memerlukan Kempen pintar untuk dipautkan kepada Business Profile). |
| Nombor telefon |
Jika anda memasukkan nombor telefon, nombor tersebut akan dipaparkan dalam iklan carian mudah alih anda, iklan carian versi komputer, iklan Google Display Network dan iklan Google Maps. Untuk membolehkan nombor telefon dipaparkan, anda perlu mengesahkan pemilikan nombor telefon anda. Jika anda menggunakan laporan panggilan, anda masih perlu mengesahkan pemilikan nombor telefon sebenar anda untuk memaparkan nombor pemajuan Google unik yang digunakan dalam iklan anda. |
| Alamat |
Jika anda ingin menunjukkan alamat perniagaan anda, akaun Google Ads anda perlu dipautkan kepada Business Profile untuk memaparkan alamat yang diurus dalam akaun tersebut. |
* Bahasa dwilebar ialah bahasa yang menggunakan aksara dwilebar seperti Bahasa Cina, Jepun dan Korea.
Jika anda ingin mengiklankan aspek berlainan perniagaan, anda boleh membuat berbilang Kempen pintar untuk perniagaan anda dan menentukan tema kata kunci serta belanjawan yang berbeza bagi setiap kempen. Misalnya, kedai roti mungkin mahu membuat kempen "kedai roti" yang umum, tetapi membuat kempen tambahan untuk "kek perkahwinan". Setiap daripada kempen tersebut boleh mempunyai tema kata kunci, belanjawan dan penyasaran yang berlainan.
Untuk membolehkan iklan anda menarik lebih ramai pelanggan dan menerima lebih banyak klik, maklumat yang anda berikan tentang perniagaan dan kandungan di laman web anda akan digunakan untuk membuat dan menguji iklan alternatif. Dalam sesetengah kes, maklumat ini mungkin digunakan untuk menguji gabungan tajuk, perihalan atau laman penambat yang berlainan. Ini juga mungkin digunakan untuk menambah pautan laman atau menggantikan tajuk anda dengan nama perniagaan, nombor telefon atau alamat anda.
Iklan asal dan juga iklan baharu akan disiarkan untuk menentukan iklan yang lebih berkesan. Iklan yang berprestasi lebih baik secara konsisten akan disiarkan lebih kerap dari semasa ke semasa.