Tunjukkan penukaran lawatan kedai

Jika akaun anda layak untuk penukaran lawatan kedai dan anda berminat untuk mengikut cara interaksi Google Ads memberi kesan pada lawatan ke lokasi fizikal perniagaan, anda boleh menyediakan laporan anda untuk menunjukkan data penukaran lawatan kedai.

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda memahami data lawatan kedai dalam laporan anda. Perihal penukaran lawatan kedai

Asas pelaporan lawatan kedai

GIF beranimasi yang menunjukkan cara menambah lajur tersuai yang dipratentukan untuk lawatan kedai.

Penukaran lawatan kedai boleh dipaparkan dalam lanjur yang berlainan dalam laporan Google Ads anda. Anda hendaklah menyediakan lajur yang betul untuk lawatan kedai dalam laporan anda supaya penukaran anda dipaparkan (kerana lajur tidak disertakan secara lalai). Berikut ialah lajur yang boleh anda tambahkan untuk lawatan kedai:

  • “Lawatan kedai”
  • “Kos / lawatan kedai”
  • “Kadar lawatan kedai (Lawatan / interaksi kedai)”
  • “Nilai lawatan kedai”
  • “Nilai / kos lawatan kedai”
  • “Nilai / interaksi lawatan kedai”
  • “Nilai lawatan kedai / Lawatan kedai”
  • “Lawatan kedai lihat lalu”
Nota:
  • Sesetengah lajur untuk lawatan kedai tidak serasi dengan kempen YouTube atau Video.
  • Lajur ini hanya tersedia dalam laporan kempen, kumpulan iklan dan kata kunci.

Untuk menyertakan penukaran lawatan kedai dalam lajur pelaporan “Penukaran”, tetapkan matlamat lawatan kedai adna sebagai matlamat lalai akaun.

Perbezaan antara lajur “Penukaran” dan lajur “Semua penukaran” column

Secara lalai, lawatan kedai dilaporkan di bawah lajur “Semua Penukaran”, yang memberi anda paparan semua penukaran yang didorong oleh kempen Google Ads anda (termasuk penukaran yang anda tidak membida secara khusus). Lajur “Penukaran” membolehkan anda menyesuaikan data dalam laporan anda dan mengawal cara anda membida untuk penukaran.
Nota: Tindakan menyertakan lawatan kedai dalam lajur “Penukaran” juga akan menyertakan lawatan kedai dalam strategi Pembidaan Pintar anda untuk kempen Carian dan Beli-belah.

Perbezaan antara lawatan kedai dan lawatan kedai lihat lalu

Bergantung pada rangkaian dan jenis kempen yang anda jalankan, terdapat 2 jenis lawatan kedai yang mungkin dipaparkan dalam akaun Google Ads anda: didorong klik dan didorong paparan. Lawatan kedai didorong klik dijejak di bawah lajur “Lawatan Kedai”, sementara lawatan kedai didorong paparan (lawatan kedai yang didorong oleh tera boleh lihat) dijejak di bawah lajur “Lawatan Kedai Lihat Lalu”. Jika akaun anda melaporkan lawatan kedai lihat lalu, laporan tersebut tidak akan disertakan dalam lajur “Semua Penukaran” secara lalai. Sebaliknya, lawatan kedai lihat lalu akan disertakan dalam lajur “Penukaran tempoh bertenang”.
Nota: Lawatan kedai yang diatributkan dengan tera boleh lihat hanya tersedia untuk kempen yang menyiarkan iklan di YouTube, Google Display Network dan Google Maps. Perkara ini termasuk kempen Video, Paparan dan Kempen Beli-belah Pintar.

Arahan lanjutan

Anda boleh menyesuaikan laporan lawatan kedai anda dalam Google Ads untuk melakukan perkara seperti membahagikan data penukaran anda atau menambah lajur “Semua penukaran” dan “Penukaran tempoh bertenang” untuk melihat lawatan kedai dengan tindakan penukaran lain.

Tunjukkan lawatan kedai sebagai sebahagian daripada “Semua penukaran”

Untuk menunjukkan lawatan kedai bersama-sama tindakan penukaran lain, gunakan lajur “Semua penukaran” dan “Penukaran tempoh bertenang”.

Nota: Lajur "Semua penukaran" mengandungi semua penukaran termasuk matlamat penukaran yang bukan lalai akaun dan tindakan penukaran kedua.

Penukaran lawatan kedai akan ditambahkan pada lajur "Semua penukaran" dalam laporan kempen, kumpulan iklan, kata kunci dan kumpulan produk (untuk Iklan beli-belah) anda. Untuk menambahkan lajur “Semua penukaran” pada laporan anda:

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Bergantung pada data yang mahu anda paparkan dalam laporan anda, pilih yang berikut:
    • Klik menu lungsur Kempen dan pilih Kempen, Kumpulan iklan atau Iklan.
    • Klik menu lungsur Aset dalam menu bahagian dan klik Aset.
    • Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian dan klik Kata kunci carian.
  3. Klik ikon lajur Gambar ikon lajur Google Ads di atas jadual statistik.
  4. Pilih Ubah suai lajur daripada menu lungsur.
  5. Klik bahagian Penukaran dan tandai kotak bersebelahan dengan "Semua penukaran".
  6. Klik Gunakan. Lajur "Semua penukaran" kini akan muncul dalam laporan anda.

Jika anda mempunyai kempen YouTube atau Rangkaian Paparan, penukaran lawatan kedai juga akan ditambahkan pada lajur "Penukaran tempoh bertenang" dalam laporan kempen dan kumpulan iklan anda. Untuk menambahkan lajur “Penukaran tempoh bertenang” pada laporan anda:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dan bergantung pada data yang mahu anda paparkan dalam laporan anda, pilih Kempen atau Kumpulan iklan.
  3. Klik ikon lajur Gambar ikon lajur Google Adsdi atas jadual statistik.
  4. Pilih Ubah suai lajur daripada menu lungsur.
  5. Klik bahagian Penukaran dan tandai kotak bersebelahan dengan "Penukaran tempoh bertenang".
  6. Klik Gunakan. Lajur "penukaran tempoh bertenang" kini akan kelihatan dalam laporan anda.

Bahagikan data penukaran anda untuk memaparkan lawatan kedai

Untuk memaparkan lawatan kedai pada peringkat kempen, kumpulan iklan dan kata kunci, anda juga boleh membahagikan lajur “Semua penukaran” dan “Penukaran tempoh bertenang” mengikut sumber penukaran. Sumber penukaran menunjukkan tempat pelanggan anda melengkapkan penukaran yang anda ukur. Sebelum anda bermula, pastikan anda telah menambahkan lajur "Semua penukaran" pada laporan anda.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Bergantung pada data yang mahu anda paparkan dalam laporan anda:
    • Klik menu lungsur Kempen, pilih Kempen atau Kumpulan iklan.
    • Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian dan klik Kata kunci carian.
  3. Bergantung pada data yang ingin anda paparkan dalam laporan anda, klik Kempen, Kumpulan iklan atau Kata kunci pada halaman kiri. 
  4. Klik ikon segmen Segmen, kemudian pilih daripada pilihan berikut:
    • Pilih Penukaran > Sumber penukaran. Penukaran anda akan dibahagikan mengikut sumber, dengan penukaran lawatan kedai muncul dalam segmen "Lawatan kedai".
    • Pilih Penukaran > Tindakan penukaran. Baris yang menyenaraikan data mengikut setiap tindakan penukaran akan dipaparkan. Cari tindakan penukaran yang anda gunakan untuk menjejaki penukaran lawatan kedai.

Buat laporan untuk lawatan kedai anda

Ikut langkah berikut untuk membuat laporan yang memfokuskan untuk menunjukkan penukaran lawatan kedai anda.

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Cerapan dan laporan dalam menu bahagian.
  3. Klik Editor laporan.
  4. Pilih Lawatan kedai.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Membuat laporan tersuai dalam Editor Laporan

Petua untuk memahami laporan lawatan kedai

Oleh sebab kami menggunakan pemodelan untuk melaporkan lawatan kedai, terdapat beberapa perkara unik yang menjadikan lawatan kedai berbeza daripada penukaran dalam talian.

  • Model kami dijalankan secara kerap, yang dikemas kini secara kerap untuk memberikan pelaporan yang tepat bagi lawatan kedai anda. Perkara ini bermakna anda akan menemukan nilai lawatan kedai untuk perubahan beberapa hari terkini sambil model tersebut mengumpulkan maklumat yang dikemas kini.
  • Lawatan diatributkan pada klik iklan atau tera iklan. Perkara ini bermakna lawatan dilaporkan mengikut klik iklan atau tarikh tera, bukannya tarikh yang lawatan tersebut berlaku.
  • Kami sentiasa mengesyorkan agar anda melihat pada data lawatan kedai selepas tetingkap penukaran berlalu, kerana data terbaharu dalam tetingkap penukaran masih boleh berubah lama-kelamaan sambil lebih banyak penukaran terus direkodkan.
  • Terdapat kelewatan pelaporan standard untuk lawatan kedai, yang bermakna anda mungkin melihat 0 penukaran untuk 5 hari lalu. Lawatan kedai dilaporkan berdasarkan hari interaksi, tetapi lawatan sebenar mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk berlaku dan untuk membolehkan model tersebut melaporkan lawatan anda dengan tepat.
  • Lawatan kedai dalam Google Analytics dikira secara berbeza daripada lawatan kedai dalam Google Ads. Google Analytics mengukur berdasarkan trafik laman web dan Google Ads mengukur berdasarkan interaksi iklan. Ketahui lebih lanjut Perihal lawatan kedai dalam Google Analytics
  • Jika anda mempunyai akaun pengurus Google Ads, lawatan kedai boleh sentiasa dilihat pada peringkat pengurus atau akaun pelanggan. Walau bagaimanapun, jika penjejakan penukaran disediakan pada peringkat akaun pengurus, lawatan kedai akan dinyahperduakan merentas akaun anak.
  • Jika penjejakan penukaran disediakan pada peringkat akaun pengurus, kiraan lawatan kedai pada peringkat akaun pengurus hendaklah sentiasa sama dengan jumlah lawatan kedai untuk semua akaun pelanggan yang menjejak penukaran lawatan kedai di bawah akaun pengurus.

Fahami perubahan dalam pelaporan lawatan kedai anda

Jika lawatan kedai dalam akaun anda berubah dengan drastik atau menghentikan pelaporan sepenuhnya buat tempoh masa yang berpanjangan, terdapat 2 kemungkinan sebab yang mungkin.

  • Perubahan dalam gelagat pelanggan: Gelagat pelanggan boleh berubah sepanjang tahun. Perubahan seperti kemusiman atau acara semasa mungkin mempengaruhi trafik ke kedai anda.
  • Perubahan dalam persediaan akaun: Perubahan dalam akaun Business Profile anda, aset lokasi, aset lokasi ahli gabungan, tetapan penukaran (contohnya, tetingkap penukaran atau status penukaran), penyasaran lokasi dan banyak lagi boleh mempengaruhi penukaran lawatan kedai anda secara langsung. Jika anda bimbang bahawa lawatan kedai mengalami turun naik, pastikan persediaan akaun untuk lawatan kedai adalah betul dan tidak berubah.

Gunakan penyelesai masalah ini jika anda masih ada pertanyaan.

Penggunaan halaman "Diagnostik" untuk lawatan kedai

Jika anda ada soalan berkenaan dengan pelaporan lawatan kedai dalam akaun anda, gunakan halaman "Diagnostik" untuk mendapatkan status keseluruhan pelaporan lawatan kedai. Di halaman ini, anda boleh melihat maklumat terperinci tentang isu khusus dalam akaun anda yang boleh mempengaruhi pelaporan lawatan kedai. Halaman "Diagnostik" juga akan dipaparkan jika akaun anda dioptimumkan untuk pembidaan bagi penukaran lawatan kedai.

Cara mengakses halaman "Diagnostik"

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Matlamat Goals Icon.
  2. Untuk menyemak lawatan kedai, tatal kepada halaman “Ringkasan” dalam bahagian “Penukaran”.
  3. Klik nama tindakan penukaran lawatan kedai aktif untuk membuka halaman “Lawatan kedai”, kemudian klik Diagnostik.
Nota: Anda perlu mempunyai tindakan penukaran lawatan kedai dalam akaun anda untuk mengakses halaman "Diagnostik". Jika anda tiada lawatan kedai dalam akaun anda, ketahui lebih lanjut tentang penukaran lawatan kedai dan kelayakan.

Cara menyemak halaman "Diagnostik"

Halaman "Diagnostik" untuk tindakan penukaran lawatan kedai memberikan butiran berikut untuk membantu pengiklan memahami status semasa pelaporan lawatan kedai mereka dengan lebih baik:
  • Status semasa: Menunjukkan status pelaporan lawatan kedai.
  • Lokasi: Menunjukkan sama ada akaun mempunyai lokasi yang terpaut (aset lokasi ahli gabungan atau aset lokasi).
  • Kempen yang menjalankan aset lokasi: Menunjukkan bilangan kempen akaun yang menjalankan aset lokasi. Data lawatan kedai hanya dilaporkan untuk kempen yang menjalankan aset lokasi secara aktif.
  • Pengesahan lokasi: Menunjukkan peratusan lokasi akaun yang disahkan dalam Business Profile, kerana lokasi mesti disahkan untuk melaporkan lawatan kedai. Jika Aset Lokasi atau aset lokasi ahli gabungan didayakan menerusi pemautan kepada rangkaian Google, maka lokasi ini sudah disahkan.
  • Ambang data: Menunjukkan sama ada akaun mempunyai data yang mencukupi untuk memenuhi ambang privasi dan melaporkan penukaran lawatan kedai.
  • Persediaan penjejakan penukaran: Menunjukkan bahawa penjejakan penukaran untuk akaun ditetapkan pada peringkat akaun pengurus. Perkara ini hanya dipaparkan jika penjejakan penukaran disediakan pada peringkat akaun pengurus.
  • Nilai penukaran: Menunjukkan sama ada akaun telah menambahkan nilai penukaran tersuai untuk lawatan kedai atau tidak (contohnya, untuk digunakan dengan Pembidaan Pintar).

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14759897085370972669
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false