Sediakan variasi iklan

Variasi iklan memudahkan anda menguji berbilang versi iklan anda dengan mengubah tajuk atau teks perihalan, menguji promosi yang berbeza atau menyerlahkan manfaat produk dan perkhidmatan anda melalui pelbagai cara. Variasi iklan juga boleh digunakan pada URL akhir dan URL mudah alih.

Artikel ini menjelaskan cara menyediakan dan mengedit variasi iklan. Ketahui lebih lanjut tentang variasi iklan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Sediakan variasi iklan untuk iklan teks

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Percubaan.
  4. Klik Variasi iklan. Anda dapat melihat jadual variasi iklan yang telah anda buat, bersama-sama dengan maklumat untuk setiap variasi.
  5. Untuk membuat variasi iklan baharu, klik butang tambah .
  6. Di bawah bahagian “Pilih iklan”, pilih Semua kempen atau pilih kempen yang ingin anda buat variasi iklan.
  7. Di bawah bahagian “Jenis iklan sasaran”, pilih Iklan teks.
  8. Anda boleh menetapkan peraturan dalam bahagian Tapis iklan:
    • Tapis iklan mengikut tajuk, perihalan, medan laluan dan URL.
  9. Klik Teruskan.
  10. Dalam bahagian "Buat variasi", pilih jenis variasi yang ingin anda gunakan pada iklan anda. Perlu diingat bahawa variasi bersifat sensitif huruf. Pilih pilihan daripada senarai.
    • Cari dan ganti. Ubah dan gantikan teks dalam iklan dengan teks yang lain. Misalnya, anda boleh menguji variasi iklan anda dengan menggantikan "Tempah sekarang" dengan "Dail sekarang".
    • Kemas kini teks. Ubah suai teks sedia ada dalam iklan. Anda boleh menambah, mengalih keluar atau menyemat aset untuk:
      • URL Akhir
      • Tajuk
      • Laluan paparan
      • Perihalan
      • URL mudah alih akhir
    • Tukar ganti tajuk. Tukar ganti tajuk 1 dan 2.
  11. Klik Teruskan.
  12. Dalam bahagian "Tetapkan butiran variasi", berikan nama untuk variasi iklan anda.
  13. Tetapkan Tarikh mula dan Tarikh tamat yang anda inginkan variasi iklan ini disiarkan. Variasi iklan anda akan mula disiarkan secara automatik pada tarikh yang anda pilih. Sekiranya tarikh itu ialah hari ini, iklan akan mula disiarkan tidak lama lagi.
  14. Dalam Selisih eksperimen, masukkan peratusan belanjawan kempen yang ingin anda peruntukkan untuk variasi iklan. Variasi iklan dan iklan asal anda akan dipisahkan dengan menetapkan kuki pada pengguna. Perkara ini bermakna pengguna hanya dapat melihat satu versi iklan anda, tidak kira berapa kali mereka membuat carian. Tindakan ini memastikan faktor lain tidak memberi kesan pada hasil anda dan mungkin memberi anda data yang lebih tepat.
  15. Klik Buat variasi.

Sediakan variasi iklan untuk iklan carian responsif

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Percubaan.
  4. Klik Variasi iklan.
  5. Untuk membuat variasi iklan baharu, klik butang tambah .
  6. Di bawah bahagian “Pilih iklan”, pilih Semua kempen atau pilih kempen yang ingin anda buat variasi iklan.
  7. Di bawah bahagian “Jenis iklan sasaran”, pilih Iklan carian responsif.
  8. Anda boleh menetapkan peraturan dalam bahagian Tapis iklan:
    • Tapis iklan mengikut tajuk, perihalan, laluan paparan dan URL akhir.
  9. Klik Teruskan.
  10. Dalam bahagian "Buat variasi", pilih jenis variasi yang ingin anda gunakan pada iklan anda. Perlu diingat bahawa variasi bersifat sensitif huruf.
    • Pilih pilihan daripada senarai.
      • Cari dan ganti. Ubah dan gantikan teks dalam iklan dengan teks yang lain. Misalnya, anda boleh menguji variasi iklan anda dengan menggantikan "Tempah sekarang" dengan "Dail sekarang".
      • Kemas kini teks. Ubah suai teks sedia ada dalam iklan. Anda boleh menambah, mengalih keluar atau menyemat aset untuk:
        • Tajuk
        • Perihalan
      • Kemas kini URL. Ubah suai URL akhir sedia ada, laluan paparan dan URL mudah alih akhir.
  11. Klik Teruskan.
  12. Dalam bahagian "Tetapkan butiran variasi", berikan nama untuk variasi iklan anda.
  13. Tetapkan Tarikh mula dan Tarikh tamat yang anda inginkan variasi iklan ini disiarkan. Variasi iklan anda akan mula disiarkan secara automatik pada tarikh yang anda pilih. Sekiranya tarikh itu ialah hari ini, iklan akan mula disiarkan tidak lama lagi.
  14. Dalam Selisih eksperimen, masukkan peratusan belanjawan kempen yang ingin anda peruntukkan untuk variasi iklan. Variasi iklan dan iklan asal anda akan dipisahkan dengan menetapkan kuki pada pengguna. Perkara ini bermakna pengguna hanya dapat melihat satu versi iklan anda, tidak kira berapa kali mereka membuat carian. Tindakan ini memastikan faktor lain tidak memberi kesan pada hasil anda dan mungkin memberi anda data yang lebih tepat.
  15. Klik Buat variasi.

Edit variasi iklan anda

Setelah membuat variasi iklan, anda boleh mengedit iklan tersebut. Anda boleh mengedit nama, tarikh mula dan tarikh tamat variasi iklan anda. Untuk mengubah butiran lanjut, anda perlu membuat variasi iklan baharu.

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Percubaan.
  4. Klik Variasi iklan yang menyenaraikan variasi iklan yang telah anda buat, bersama-sama dengan maklumat untuk setiap variasi.
  5. Cari variasi iklan yang ingin anda edit.
  6. Tuding di atas variasi iklan anda dan klik ikon pensel Edit tetapan, ikon pensel yang kelihatan di sebelah lajur yang ingin anda edit.
  7. Anda boleh menambah lebih banyak lajur dengan memilih ikon lajurGambar ikon lajur Google Ads. Anda tidak akan dapat mengedit variasi iklan yang tidak disiarkan lagi atau telah dialih keluar.
  8. Anda boleh mengedit:
    • Nama. Nama yang telah anda pilih untuk variasi iklan anda.

    • Tarikh mula. Variasi iklan anda akan mula disiarkan secara automatik pada tarikh yang anda pilih. Sekiranya tarikh itu ialah hari ini, iklan akan mula disiarkan tidak lama lagi. Jika variasi iklan anda telah bermula, anda tidak akan dapat mengubah tarikh ini.

    • Tarikh tamat. Tarikh variasi iklan anda akan dihentikan siaran. Jika variasi iklan anda telah tamat, tamat tempoh atau telah digunakan, anda tidak akan dapat mengubah medan ini. Untuk menyiarkan semula variasi iklan, anda boleh mengklik Mulakan semula dalam lajur “Tindakan“. Perlu diingat bahawa variasi iklan yang telah tamat tempoh tidak boleh disiarkan semula.

  9. Klik Simpan.

Perlu diingat

  • Ketika variasi iklan anda disiarkan, anda boleh memantau prestasi iklan tersebut.
  • Jika anda berpuas hati dengan hasil variasi iklan, anda boleh menggunakan variasi tersebut dan membuat iklan baharu. Gunakan variasi iklan anda
  • Apabila anda menggunakan variasi iklan, data prestasi yang anda lihat hanya digunakan pada iklan yang diubah suai. Variasi anda mungkin tidak digunakan pada iklan lain dalam kempen yang sama.
  • Setelah membuat variasi iklan anda, iklan ini akan disiarkan secara automatik sepanjang tempoh yang telah anda pilih. Anda tidak perlu menggunakan variasi iklan ini sehingga iklan ini selesai disiarkan dan anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4189083424565159595
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false