5 cara untuk menggunakan Skor Kualiti bagi meningkatkan prestasi anda

Skor Kualiti boleh menjadi alat yang bernilai dalam mengenal pasti cara meningkatkan iklan, kata kunci dan laman penambat anda. Anda boleh menganggap Skor Kualiti sebagai petunjuk umum kawasan fokus untuk meningkatkan kualiti iklan, berbanding skor yang perlu dioptimumkan.

Artikel ini membimbing anda menerusi cara berlainan untuk menggunakan Skor Kualiti anda bagi meningkatkan prestasi anda.

1. Semak komponen Skor Kualiti anda

Untuk mendapatkan cerapan khusus tentang perkara yang memerlukan peningkatan, teliti dengan lebih mendalam 3 komponen Skor Kualiti:

  • Kadar klikan dijangka:Kemungkinan iklan anda akan diklik apabila dipaparkan.
  • Perkaitan iklan: Sejauh manakah iklan anda sepadan dengan niat di sebalik carian pengguna.
  • Pengalaman laman penambat Sejauh manakah berkaitan dan berguna laman penambat anda kepada pengguna yang mengklik iklan anda.

Komponen ini boleh membantu anda melihat sama ada untuk mengemas kini teks iklan, pilihan kata kunci atau kandungan laman penambat anda. Anda akan melihat status “Bawah purata”, “Purata” dan “Atas purata” untuk setiap komponen bagi memberi anda gambaran tentang perkara yang mungkin memerlukan peningkatan.

Perkara utama ialah: beri pengguna anda perkara yang mereka cari dan prestasi baik sepatutnya menyusul. Fokuskan pada matlamat prestasi jangka panjang anda dan cari jalan untuk mencapai matlamat tersebut dengan meningkatkan pengalaman pengguna anda, menggunakan Skor Kualiti sebagai alat diagnostik.

2. Jadikan iklan lebih berkaitan dengan kata kunci

Perkaitan iklan menunjukkan kepada anda perkaitan iklan anda dengan kata kunci yang disasarkan.

Jika Perkaitan iklan anda mempunyai status “Bawah purata” atau “Purata”, cuba amalan terbaik ini:

  • Padankan bahasa teks iklan anda secara terus kepada istilah carian pengguna.
  • Cari kumpulan iklan yang mempunyai banyak kata kunci yang berlainan yang tidak boleh ditangani dengan mudah oleh iklan yang sama. Pisahkan kumpulan iklan ini kepada berbilang kumpulan iklan yang lebih sepadan dengan carian pengguna.
  • Cuba kumpulkan kata kunci anda mengikut tema untuk meningkatkan perkaitan. Tema ini boleh dibuat berdasarkan produk, perkhidmatan atau kategori anda yang lain. Sebagai contoh, jika anda menjual cincin, anda boleh mempunyai kumpulan kata kunci untuk "cincin pertunangan" dan satu kumpulan kata kunci lagi untuk "cincin perkahwinan".
Harap maklum bahawa tindakan mengalihkan kumpulan iklan yang mempunyai iklan dan kata kunci yang sama ke kempen atau akaun lain tidak memberikan kesan pada kualiti iklan anda.

3. Cuba tingkatkan kadar klikan (CTR) anda

Kadar klikan dijangka menandakan kemungkinan pengguna mengklik iklan anda.

Jika CTR Dijangka anda mempunyai status “Bawah purata” atau “Purata”, cuba amalan terbaik ini:

  • Edit teks iklan anda untuk menjadikan tawaran anda lebih menarik kepada khalayak sasaran anda.
  • Pastikan butiran dalam iklan anda sepadan dengan niat kata kunci anda.
  • Serlahkan faedah unik produk atau perkhidmatan anda, seperti penghantaran percuma.
  • Lakukan percubaan menggunakan seruan tindak berlainan yang berhubung rapat dengan laman penambat anda.
  • Buat seruan tindak yang menarik melalui perkataan seperti “Beli, Jual, Pesan, Semak Imbas, Cari, Daftar, Cuba, Dapatkan Sebut Harga”.
  • Jadikan teks iklan anda lebih khusus.

Mungkin ada masa iklan yang lebih khusus membawa kepada CTR yang lebih rendah, namun kadar penukaran yang lebih tinggi. Cari keseimbangan yang membawa kepada prestasi yang terbaik mungkin untuk matlamat anda.

Contohnya, katakan anda menjual kasut pakaian mewah.

Tindakan menambahkan frasa pada iklan anda seperti “tali leher percuma dengan pesanan” mungkin menarik pembeli-belah yang mencari tawaran. Sebaliknya, frasa seperti “ketukangan halus" atau "reka bentuk Itali tersuai” mungkin menarik pengguna yang mencari jenama berkualiti.

Mesej tawar-menawar mungkin memberi anda lebih banyak klik, tetapi mungkin tidak menghasilkan begitu banyak pelanggan yang setia untuk jangka masa panjang.

4. Pertimbangkan mengemas kini laman penambat anda

Membawa pelanggan ke laman anda hanya sebahagian daripada pemasaran dalam talian. Anda hendaklah memberi pelanggan pengalaman yang cemerlang di laman web anda.

Jika Laman penambat anda mempunyai status “Bawah purata” atau “Purata”, cuba amalan terbaik ini:

  • Berikan pengguna perkara yang mereka cari. Jika seseorang mencari "kemeja berpetak" dan mengklik iklan anda untuk "kemeja berpetak", laman penambat yang mereka tuju perlu memaparkan inventori pakaian berpetak anda.
  • Pastikan mesej konsisten daripada iklan kepada laman penambat. Pastikan halaman menunaikan tawaran iklan atau seruan tindak tersebut. Walaupun anda tidak mempunyai kawalan ke atas tapak anda, anda masih boleh melakukan percubaan untuk mencari halaman sedia ada yang paling berguna.
  • Cuba gunakan kadar penukaran sebagai proksi untuk pengalaman laman penambat yang baik. Perkara ini tidak memberikan kesan pada status laman penambat anda, tetapi boleh menjadi cara yang baik untuk anda mengukur dan mengoptimumkan laman.
  • Jadikan tapak web anda mesra mudah alih. Kemudahan navigasi adalah sesuatu yang lebih dihargai oleh pengguna di laman web mudah alih. Anda boleh menggunakan Ujian Mesra Mudah Alih untuk melihat sejauh mana laman penambat anda berfungsi pada peranti mudah alih.
  • Tingkatkan kelajuan pemuatan. Kelajuan yang halaman anda dimuatkan boleh berbeza antara seseorang yang melantun atau membeli.

Perlu diingat bahawa, frasa kata demi kata daripada istilah carian tidak perlu berada di laman penambat anda.

Carian untuk "Hotel bajet mesra kucing Petaling Jaya" tidak perlu membawa kepada laman penambat dengan tajuk "Hotel bajet mesra kucing Petaling Jaya". Sebaliknya fokuskan untuk mewujudkan pengalaman hebat yang menyampaikan perkara yang dicari oleh pengguna.

5. Gunakan Skor Kualiti bersama metrik lain

Lihat metrik lain dalam akaun anda, seperti kadar klikan, kadar penukaran dan interaksi laman. Metrik tersebut berkaitan dengan prestasi anda dan dapat membantu anda mencari bidang tertentu untuk dipertingkatkan.

Sambil anda menyemak prestasi anda, anda boleh menggunakan Skor Kualiti sebagai penapis untuk memberitahu anda tempat anda perlu menumpukan usaha anda:

  • Perhatikan kata kunci berprestasi tinggi anda dan gunakan Skor Kualiti untuk mengenal pasti kata kunci yang mungkin berprestasi lebih baik dengan perubahan pada iklan serta laman penambat anda.
  • Gunakan Skor Kualiti dan status komponen yang rendah untuk mencari aliran yang lebih lemah untuk perkaitan iklan, kadar klikan dan pengalaman laman penambat yang mungkin wujud merentas akaun anda serta tetapkan rancangan jangka panjang untuk peningkatan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
156106504743577526
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false