Perihal trafik tidak sah

Trafik tidak sah merujuk pada klik dan tera iklan yang bukan hasil daripada minat sebenar pengguna, termasuk trafik penipuan yang disengajakan dan klik tidak sengaja atau pendua. Anda tidak akan dicaj untuk klik atau tera tidak sah memandangkan klik atau tera tersebut mempunyai sedikit atau tiada nilai.

Google bergantung pada pendekatan berbilang lapisan untuk melindungi pengiklan daripada trafik tidak sah. Walaupun kebanyakan trafik tidak sah dikesan secara automatik dalam hampir masa nyata, sistem dan pasukan pakar kami menyemak trafik secara berterusan untuk trafik tidak sah yang baharu atau tidak dikesan sebelum ini. Trafik tidak sah yang dikesan oleh Google akan kelihatan melalui cara yang berlainan dengan bergantung pada masa trafik tersebut dikesan. Untuk trafik tidak sah yang dikesan sebelum invois dijana bagi bulan tersebut, butiran pengguna akan dilaraskan sewajarnya dan anda tidak akan dibilkan untuk trafik tersebut. Walau bagaimanapun, untuk trafik tidak sah yang dikesan selepas invois telah dijana, Google memberi pelanggan "kredit trafik tidak sah" jika bersesuaian dan boleh, yang tertera pada invois berikutnya dan dalam laporan sejarah transaksi akaun.

Apabila kredit dikeluarkan, butiran perkhidmatan yang dikaitkan dengan trafik tidak sah yang sedang dikreditkan turut akan diberikan. Butiran ini termasuk nombor invois asal, bulan perkhidmatan asal, nombor PO, nama belanjawan akaun dan nama kempen yang dikaitkan dengan trafik tidak sah. Anda boleh menemukan maklumat ini di halaman Ringkasan dan Aktiviti Pengebilan atau halaman Transaksi pada akaun Google Ads anda, serta invois hujung bulan anda.

Jenis trafik tidak sah

Di bawah adalah beberapa jenis klik dan tera yang kami anggap sebagai tidak sah:

  • Klik tidak disengajakan yang tidak mempunyai nilai, seperti klik kedua dalam dwiklik
  • Klik manual yang bertujuan untuk meningkatkan kos pengiklanan seseorang
  • Klik manual yang bertujuan untuk meningkatkan keuntungan bagi pemilik laman web yang mengehoskan iklan anda
  • Klik dan tera melalui alat automatik, robot atau perisian penipuan yang lain
  • Tera yang bertujuan untuk mengurangkan kadar klikan (CTR) pengiklan secara dibuat-buat

Cara Google melindungi anda daripada trafik tidak sah

Google memeriksa banyak titik data untuk setiap interaksi seperti:

  • Alamat IP
  • Masa interaksi
  • Interaksi pendua

Selepas meneliti pelbagai jenis corak interaksi, Google cuba menapis kemungkinan interaksi tidak sah sebelum interaksi tersebut dipaparkan dalam akaun anda.

Ketahui lebih lanjut tentang perlindungan Google daripada trafik tidak sah

Google menapis trafik tidak sah daripada laporan anda dan mengkreditkan anda untuk sebarang pengesanan automatik yang terlepas. Ketahui lebih lanjut tentang cara melihat kredit untuk interaksi tidak sah

Sebab biasa peningkatan trafik berlaku

Bilangan klik atau tera meningkat dalam akaun anda tidak semestinya bermakna iklan anda terjejas akibat trafik tidak sah. Dalam kebanyakan keadaan, peningkatan trafik ini disebabkan oleh perkara lain.

Contoh sebab anda mungkin melihat peningkatan dalam trafik:

  • Perubahan dalam purata belanjawan harian: Jika anda menaikkan purata belanjawan harian anda untuk kempen anda, perkara ini membolehkan iklan anda memperoleh lebih banyak tera dan – selaras dengan itu – lebih banyak klik.
  • Perubahan pada CPC maksimum bagi kata kunci: Meningkatkan CPC (kos setiap klik) maksimum bagi satu atau lebih banyak kata kunci mungkin membolehkan iklan anda disiarkan dengan lebih kerap. Tindakan ini juga mungkin membolehkan iklan dipaparkan di kedudukan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Keadaan ini turut benar bagi iklan yang dipaparkan di Rangkaian Paparan - KSK yang lebih tinggi boleh membawa kepada kedudukan yang lebih tinggi dan dengan itu lebih banyak tera dan klik.
  • Menambah kata kunci baharu: Apabila anda menambahkan kata kunci baharu pada kempen anda, terutamanya jika kata kunci itu agak umum atau sepadan dengan pertanyaan carian yang popular, tindakan ini boleh meningkatkan bilangan tera dan klik yang anda dapat.
  • Iklan dipaparkan di laman Rangkaian Paparan baharu: Jika kempen iklan anda menggunakan peletakan automatik dan mempunyai purata belanjawan harian yang mencukupi, trafik iklan anda boleh meningkat dengan ketara jika iklan mula dipaparkan di laman penerbit baharu.
  • Aliran bermusim atau peristiwa berita: Kadangkala peningkatan minat yang mengejut dalam topik tertentu boleh menyebabkan peningkatan trafik – contohnya, semasa cuti khas atau jika seseorang yang terkenal memblog atau berbincang tentang topik tertentu.

Ketahui lebih lanjut tentang sebab peningkatan trafik yang sah

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
694621631260390643
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false