Perihal label iklan

Dengan menggunakan label, anda boleh menyusun elemen dalam akaun kepada kumpulan yang bermakna supaya anda boleh menapis dan melaporkan data yang paling menarik untuk anda dengan cepat dan mudah. Anda boleh menggunakan label pada kata kunci, kempen, kumpulan iklan dan iklan, yang membolehkan anda melihat prestasi kategori tersuai yang anda buat secara relatif terhadap satu sama lain dan terhadap elemen yang tidak berlabel dalam akaun anda.

Artikel ini menerangkan cara label berfungsi dan menggambarkan perbezaan antara penggunaan label dengan kempen, kumpulan iklan dan kata kunci.

Sebab untuk menggunakan label

Senario contoh yang berikut menunjukkan cara anda boleh menggunakan label untuk membandingkan prestasi kata kunci merentas berbilang kempen.

Bob ialah peruncit dalam talian yang menjual pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Dia mempunyai kempen untuk kasut, pakaian dan beg bagi setiap satu daripada tiga pasaran utamanya (New York, Massachusetts dan Pennsylvania), dan dalam kempen tersebut pula, dia mempunyai kumpulan iklan berasingan bagi kata kunci generik dan jenama. Struktur ini (contohnya: New York - Kasut - Generik dan Massachusetts - Kasut - Generik) bermaksud dia mempunyai iklan dan kata kunci yang sama dalam bahagian berlainan akaunnya.

Tanpa label, Bob tidak boleh mengisih akaunnya atau menjalankan laporan dengan mudah untuk melihat hasil jualan sniker di New York berbanding Massachusetts. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan label, Bob boleh membuat label "sniker" dalam menggunakan label itu pada semua kata kunci berkaitan kasut merentas akaunnya. Dia kemudian boleh menapis kata kuncinya menggunakan label ini untuk hanya melihat kata kunci sniker.

Dalam pengalaman AdWords sebelumnya, Bob dapat menggunakan laporan label tab Dimensi untuk mengagregatkan prestasi mengikut label. Laporan ini membolehkannya membandingkan, sebagai contoh, prestasi kasut sniker berbanding semua kasut lain atau prestasi label "kasut sniker" jika dibandingkan dengan label individu lain.

Cara label berfungsi

Label membolehkan anda mengaturkan kempen, kumpulan iklan, iklan dan kata kunci anda ke dalam kumpulan. Label boleh disesuaikan dan anda boleh menukar kembali label pada bila-bila masa.

Nota: Sebagai pengguna akaun pengurus (MCC), anda boleh mengurus kempen dengan lebih cekap dengan membuat, mengedit dan menggunakan label pada akaun anak yang tertentu atau merentas semua kempen. Anda juga boleh membuat dan mengurus label di mana-mana sahaja sepanjang laluan akaun pengurus hingga peringkat akaun anak.

Rajah di bawah menunjukkan cara anda boleh menggunakan label untuk mengukur prestasi kategori tersuai merentas akaun anda. Dalam contoh ini, anda telah menggunakan dua label, "Kegemaran" dan "Jenama" pada elemen berlainan dalam akaun anda. Anda perlu tahu bahawa label tidak diwarisi merentas kempen. Hal ini bermakna bahawa jika anda menggunakan label pada kempen, label ini hanya digunakan pada kempen itu dan bukannya kumpulan iklan dan kata kunci yang berada dalam kempen tersebut. Jika anda mahukan label digunakan pada kumpulan iklan atau kata kunci individu juga, anda perlu menggunakan label secara khusus pada setiap satu kumpulan iklan atau kata kunci.

Terdapat empat jenis laporan label yang boleh anda jalankan, satu untuk setiap jenis elemen: kempen, kumpulan iklan, iklan dan kata kunci. Ketahui cara membuat, menggunakan dan mengurus label serta laporan label anda

Blue circle corresponding to Label illustration Pelaporan Peringkat Kempen

Apabila anda menjalankan laporan label untuk kempen, anda dapat melihat label "Kegemaran" dikaitkan dengan 18 klik. Maksudnya, jumlah klik untuk semua kata kunci di bawah Kempen #1, yang mempunyai label "Kegemaran", ialah 18. Label "Jenama" dikaitkan dengan 15 klik kerana kata kunci dalam Kempen #2, yang mempunyai label "Jenama" pada kata kunci tersebut, telah menerima 15 klik.

Label Klik
Kegemaran 18
Jenama 15
Semua yang Lain 0
 
Blue circle corresponding to Label illustration Pelaporan Peringkat Kumpulan Iklan

Tetapi, disebabkan label tidak diwarisi, keadaan adalah berbeza apabila anda menjalankan laporan pada peringkat kumpulan iklan. Dalam akaun ini, hanya terdapat satu kumpulan iklan yang menggunakan label: Kumpulan iklan #2 dalam Kempen # 1. Kata kunci di bawah kumpulan iklan ini menerima sebanyak empat klik. Maka, apabila anda menjalankan laporan label untuk kumpulan iklan anda, "Kegemaran" diberi empat klik. Label "Jenama" menerima sifar klik pada peringkat kumpulan iklan kerana tiada kumpulan iklan dalam akaun ini dengan label "Jenama". Semua kata kunci lain dalam kumpulan iklan yang tidak berlabel menerima sejumlah 29 klik.

Label Klik
Kegemaran 4
Jenama 0
Semua yang Lain 29
 
Blue circle corresponding to Label illustration Pelaporan Peringkat Kata Kunci

Pelaporan pada peringkat kata kunci memberikan paparan yang berbeza. Di sini, "Kegemaran" menerima 17 klik (kata kunci A dan E) dan "Jenama" menerima 12 klik (kata kunci A dan F) kerana itulah jumlah klik pada kata kunci dengan label tersebut. Perhatikan bahawa 7 klik untuk kata kunci A dikira dalam kedua-dua baris kerana kata kunci A mempunyai kedua-dua label digunakan pada kata kunci tersebut. Oleh sebab tiada kemungkinan begitu banyak kata kunci anda akan mempunyai lebih daripada satu label, bilangan klik dalam setiap baris tidak mungkin bersamaan dengan jumlah bilangan klik. Semua kata kunci tidak dilabel yang lain menerima sejumlah 11 klik.

Label Klik
Kegemaran 17
Jenama 12
Semua yang Lain 11

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13902752814454107679
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false