Perihal sisipan kata kunci untuk teks iklan anda

Sisipan kata kunci membolehkan anda mengemas kini iklan anda secara automatik menggunakan kata kunci dalam kumpulan iklan anda yang mencetuskan iklan anda untuk dipaparkan. Sisipan kata kunci boleh membantu anda menjadikan iklan anda lebih berkaitan dengan pengguna yang mencari perkara yang anda tawarkan.

Artikel ini menerangkan cara sisipan kata kunci berfungsi dalam Google Ads.

Cara ciri ini berfungsi

Katakan anda mengiklankan kedai coklat. Anda boleh menggunakan kod sisipan kata kunci dalam tajuk iklan anda:

Tajuk: Beli {KeyWord:Coklat}

Google Ads cuba menggantikan kod ini dengan satu daripada kata kunci kumpulan iklan anda. Contoh termasuk "coklat gelap", "coklat bebas gula", "trufel coklat gourmet". Jika Google Ads tidak dapat menemukan padanan yang sesuai, perkataan "Coklat" akan digunakan.

Harap maklum bahawa istilah carian pengguna tidak selalunya sama dengan kata kunci.

Nota: Sisipan kata kunci berfungsi melalui cara yang sama pada semua jenis padanan. Walau bagaimanapun, ini:

  • Menunjukkan kata kunci dalam kreatif dan bukannya istilah carian, agar pengiklan boleh menjangkakan perkara yang akan ditunjukkan.
  • Hendaklah terus mematuhi dasar pengiklanan.
Pengguna mencari: Iklan anda mungkin kelihatan seperti:
bar coklat gelap Beli Coklat Hitam
www.example.com
Gula-gula artisan dari San Francisco
Penghantaran percuma pesanan melebihi $50
coklat bebas gula Beli Coklat Bebas Gula
www.example.com
Gula-gula artisan dari San Francisco
Penghantaran percuma pesanan melebihi $50
trufel coklat gourmet Beli Coklat
www.example.com
Gula-gula artisan dari San Francisco
Penghantaran percuma pesanan melebihi $50

Dalam contoh yang terakhir, "Coklat" dimasukkan dalam tajuk utama kerana kata kunci "trufel coklat gourmet" terlalu panjang untuk dimuatkan dalam iklan.

Nota: Apabila menggunakan kata kunci yang disyorkan daripada syor tambahkan kata kunci baharu, anda perlu memastikan bahawa iklan anda mematuhi dasar pengiklanan selepas kata kunci disisipkan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
11756783919231245071
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
true
73067
false
false
false
true
false