Menilai prestasi iklan pada Rangkaian Carian

Selepas anda membuat iklan anda dan iklan sudah mula disiarkan, langkah anda yang seterusnya adalah untuk mengetahui prestasi iklan. Penjejakan statistik seperti klik dan tera ialah cara yang hebat untuk bermula. Penting juga untuk memikirkan tentang matlamat yang mahu anda capai dengan kempen anda, agar anda boleh fokus pada statistik yang membolehkan anda mencapai matlamat anda.

Jika anda baru menggunakan penjejakan prestasi, mula dengan klik Kempen Campaigns Icon dalam menu navigasi akaun Google Ads anda. Buka sama ada kata kunci Aset atau Carian, di bawah Khalayak, kata kunci dan kandungan untuk menyemak jadual statistik yang menunjukkan paparan lengkap dan boleh disesuaikan bagi semua data anda. Anda boleh menghasilkan pelaporan yang ringkas atau melihat dengan lebih mendalam untuk mendapatkan cerapan lebih terperinci tentang kejayaan kempen anda.

Penjelasan memberi anda cerapan tentang perubahan besar dalam prestasi akaun anda melalui hanya satu klik. Untuk melihat Penjelasan, tuding pada sebarang metrik yang bergaris bawah dan klik Lihat penjelasan. Ketersediaan ciri mungkin berbeza-beza berdasarkan pelbagai kriteria seperti jenis kempen atau jenis strategi pembidaan. Ketahui lebih lanjut Perihal penjelasan

Editor Laporan

Editor laporan ialah alat analitis yang membolehkan anda berinteraksi dengan data anda melalui jadual dan carta pelbagai dimensi.

  • Antara muka seret dan lepas yang mudah membolehkan anda membina dan memanipulasi jadual serta carta pelbagai dimensi dengan cepat. Anda tidak perlu memuat turun data anda untuk analisis yang lebih terperinci.
  • Analisis pelbagai segmen membolehkan anda menganalisis data anda secara lebih terperinci dalam jadual dan carta anda.
  • Carta tersuai membolehkan anda menggambarkan corak dan aliran dalam data anda dengan cepat.
  • Penapisan dan pengisihan lanjutan membolehkan anda menapis metrik bersegmen (seperti klik mudah alih) dan mengisih metrik mengikut berbilang lajur.

Ketahui cara meneroka data anda menggunakan Editor laporan.

Klik, tera dan kadar klikan

Untuk membolehkan anda mendapatkan data penjejakan yang sesuai bagi iklan anda yang disiarkan di Rangkaian Carian, kami cadangkan agar anda memantau klik dan tera untuk iklan serta kata kunci anda. Dapatkan statistik ini yang disenaraikan dalam lajur pada jadual statistik akaun anda. Jika anda tidak dapat menyemak statistik, klik ikon LajurGambar ikon lajur Google Ads, pilih Ubah suai lajur, kemudian pilih lajur yang mahu dihidupkan.

Anda juga boleh menumpukan lebih perhatian pada maklumat tentang iklan dan kata kunci anda yang berikut:

Prestasi iklan
  • Keadaan: Lajur di hujung kiri jadual statistik pada halaman Aset memaparkan simbol yang menunjukkan sama ada iklan, kumpulan iklan atau kempen anda sedang disiarkan atau dijeda.
  • Perkaitan iklan: Daripada halaman Kata kunci carian, tambahkan lajur “Perkaitan iklan”. Anda akan menemukan status kata kunci yang mengukur setakat manakah kata kunci anda berkaitan dengan iklan anda. Sekiranya perkaitan adalah bawah purata, ini mungkin bermakna anda boleh mengemaskinikan teks iklan anda supaya lebih berkaitan dengan kata kunci anda atau anda boleh memisahkan kumpulan iklan anda kepada berbilang kumpulan iklan dengan iklan yang mungkin lebih berkaitan dengan kata kunci anda.

Untuk mendapatkan prestasi iklan keseluruhan yang baik, jangan habiskan terlalu banyak masa untuk menganalisis iklan anda dengan sangat terperinci. Sebaliknya, ikut amalan terbaik ini:

  • Tetapkan tetapan penggiliran iklan anda kepada Optimumkan
  • Miliki sekurang-kurangnya 3 iklan dalam kumpulan iklan anda
  • Dayakan sekurang-kurangnya 3 aset iklan
Prestasi kata kunci
  • Keadaan: Lajur di hujung kiri jadual statistik pada halaman Aset memaparkan simbol yang menunjukkan sama ada iklan, kumpulan iklan atau kempen anda sedang disiarkan atau dijeda.
  • Status kata kunci: Lajur "Status" jadual statistik pada halaman Kata kunci carian memberitahu anda sama ada setiap kata kunci anda layak untuk dijalankan. Tuding pada status kata kunci untuk melihat ringkasan status kata kunci tersebut. Anda juga boleh klik butang lungsur Butiran kata kunci, kemudian memilih Diagnosis kata kunci untuk melihat berbilang status kata kunci sekali gus.
  • Skor Kualiti: Lajur ini membantu anda memantau Skor Kualiti kata kunci anda. Lajur tidak kelihatan secara lalai dalam jadual statistik akaun baharu tetapi anda boleh memaparkan lajur tersebut dengan klik Kata kunci carian dalam menu halaman di sebelah kiri, klik ikon Lajur Gambar ikon lajur Google Ads, kemudian memilih Ubah suai lajur daripada menu lungsur. Seterusnya, klik Skor kualiti, kemudian tandai kotak bersebelahan dengan "Skor kualiti".
  • Istilah carian: Anda boleh menyemak istilah carian sebenar yang mendorong trafik kepada iklan anda pada halaman Istilah carian. Klik Istilah carian pada bahagian atas halaman, kemudian klik Istilah carian dalam menu lungsur yang kelihatan. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti kata kunci yang paling berjaya dan mencari kata kunci baharu untuk ditambahkan pada akaun anda. Jika anda menemukan istilah yang tidak berkaitan mencetuskan iklan anda, anda boleh menambahkan istilah ini sebagai kata kunci negatif untuk mengelakkan iklan anda daripada dipaparkan untuk istilah ini.
Jejak statistik berdasarkan matlamat kempen anda

Adalah penting untuk mengingati matlamat kempen anda apabila anda melihat statistik akaun anda. Bergantung pada matlamat yang mahu anda capai, statistik tertentu akan menjadi relevan dan berguna untuk anda, sementara yang lain mungkin tidak begitu berguna. Pilih matlamat daripada senarai di bawah untuk menyemak cadangan lanjut tentang perkara untuk dijejak:

Jejak statistik untuk iklan mudah alih pada peranti atasan

Klik ikon Segmen Segmen dan pilih Peranti untuk melihat data dalam kempen anda yang dibahagikan mengikut peranti. Perkara ini membolehkan anda membandingkan statistik seperti klik, tera atau penukaran untuk komputer desktop dan peranti mudah alih atasan. Tindakan membahagikan data anda boleh membantu anda mengenal pasti kempen, kumpulan iklan, iklan atau kata kunci yang mendorong prestasi terbaik bagi jenis peranti tertentu, terutamanya untuk kempen yang menggabungkan komputer desktop dan peranti mudah alih.

Petua

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang prestasi laman penambat anda untuk seluruh akaun anda atau kempen atau kumpulan iklan tertentu. Untuk melakukan hal ini, buka Editor laporan, cari Laporan dipratentukan (dahulu dikenali sebagai Dimensi) dan klik kad Laman penambat Asas.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13342638833436496122
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false