Perihal kualiti iklan

Kualiti iklan ialah anggaran pengalaman pengguna semasa mereka melihat iklan carian anda dan kualiti pengalaman mereka sebaik sahaja mereka mencapai laman penambat anda. Penilaian kami terhadap kualiti iklan anda diringkaskan dalam Skor Kualiti anda, yang boleh anda pantau dalam akaun Google Ads anda.

Kualiti yang lebih tinggi secara umum membawa kepada prestasi yang lebih baik, termasuk kedudukan iklan yang lebih baik dan kos yang lebih rendah.

Nota: Kualiti iklan berbeza-beza mengikut konteks setiap carian.

Perkara yang boleh dipengaruhi kualiti iklan anda

  • Sama ada iklan anda boleh dipaparkan: Google memerlukan bahawa iklan memenuhi tahap kualiti tertentu untuk membolehkan iklan tersebut dipaparkan. Untuk melihat sebab iklan anda mungkin tidak dipaparkan, anda boleh menggunakan alat diagnosis kata kunci.
  • Tempat pada halaman hasil carian yang memaparkan iklan anda: Untuk memastikan pengguna melihat iklan berkualiti tinggi yang lebih tinggi pada halaman hasil carian, Google mempertimbangkan kualiti iklan semasa menetapkan Kedudukan Iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang tempat iklan anda dipaparkan pada hasil carian Google
  • Sama ada aset dipaparkan: Contohnya, sesetengah aset hanya dipaparkan di atas hasil carian dan mesti mempunyai kualiti iklan yang cukup tinggi untuk dipaparkan pada kedudukan iklan yang begitu tinggi.
  • Amaun yang anda bayar bagi setiap klik: Kualiti iklan yang lebih tinggi lazimnya berkos lebih rendah bagi setiap klik berbanding kualiti iklan yang lebih rendah. Jika iklan anda berkualiti rendah, anda mungkin mendapati bahawa CPC sebenar anda hampir dengan CPC maksimum anda, walaupun terdapat persaingan yang rendah untuk istilah carian yang mencetuskan iklan anda. Apabila iklan anda dipaparkan, anda tidak akan dicaj lebih daripada CPC maksimum anda untuk klik (melainkan anda menggunakan pembidaan automatik) walau bagaimana rendah sekalipun kualiti iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Memahami kos dan pembayaran
  • Prestasi iklan anda: Iklan dan laman penambat berkualiti tinggi berkemungkinan besar membawa kepada klik dan penukaran yang berjaya. Ketahui lebih lanjut cara Menilai prestasi laman penambat anda

Perkara yang tidak memberikan kesan pada kualiti iklan

Berikut ialah beberapa salah tanggapan tentang perkara yang memberikan kesan pada kualiti iklan anda semasa lelongan iklan:

  • Pembidaan: Jumlah bidaan anda mungkin mempengaruhi Kedudukan Iklan anda, tetapi hal ini tidak memberikan kesan kepada penilaian kualiti iklan anda.

    Contoh
    Jika enjin kereta anda berkecekapan tinggi, anda hanya perlu menggunakan sedikit bahan api untuk perjalanan jauh. Hal ini sama dengan Kedudukan Iklan, iaitu skor kualiti yang baik akan meningkatkan kemungkinan kedudukan iklan yang lebih tinggi. Selain itu, ambil perhatian bahawa Kedudukan Iklan anda dikira setiap kali iklan anda layak dipaparkan dan kali kedua apabila iklan itu bersaing dalam lelongan. Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila rujuk artikel Kedudukan Iklan.

  • Struktur akaun: Pengalihan kumpulan iklan yang mengandungi iklan dan kata kunci yang sama kepada kempen atau akaun lain tidak memberikan kesan kepada kualiti iklan anda.

    Nota: Walau bagaimanapun, sekiranya anda memindahkan kata kunci kepada kumpulan iklan baharu yang mempunyai teks iklan yang baharu, ini boleh mengubah kualiti iklan anda kerana tindakan tersebut boleh mempengaruhi pengalaman pengguna.

  • Kekerapan iklan: Kekerapan paparan iklan anda ditentukan oleh persaingan bida, belanjawan dan kata kunci anda, tetapi tidak mempengaruhi kualiti iklan anda.
  • Penukaran dilaporkan: Penukaran anda yang dilaporkan tidak memberikan kesan pada kualiti iklan anda.

Cara menentukan dan meningkatkan kualiti iklan anda

Skor Kualiti ialah alat diagnostik yang boleh membantu anda mengenal pasti iklan yang mempunyai pengalaman pengguna yang lebih rendah daripada purata. Alat ini memberikan cerapan lebih lanjut tentang sama ada anda perlu menumpukan pada peningkatan perkaitan iklan, kadar klikan atau pengalaman laman penambat anda.

Skor Kualiti anda ditunjukkan pada skala 1-10 berdasarkan anggaran prestasi anda berbanding pengiklan lain.

Harap maklum bahawa walaupun kami memberikan skor diagnostik ini untuk membantu anda mengenal pasti iklan anda yang mungkin memerlukan peningkatan kualiti, skor ini adalah bukan input dalam lelongan iklan. Gunakan Skor Kualiti untuk mendiagnosis iklan berkualiti rendah, berbanding cuba mengoptimumkan skor 1-10 yang anda terima.

Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan Skor Kualiti untuk meningkatkan prestasi anda

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6726185041123352678
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false