Cari dan tingkatkan ketepatan lokasi anda

Google Maps mungkin menghadapi masalah mencari lokasi anda. Jika lokasi GPS titik biru anda pada peta didapati tidak tepat atau tiada, anda boleh melakukan langkah berikut untuk membetulkan masalah ini.

Petua: Langkah ini turut akan meningkatkan hasil carian anda dan menjadikan hasil carian tersebut lebih berkaitan bagi anda.

Cari lokasi semasa anda pada peta

  1. Pada komputer anda, buka Google Maps.
  2. Di bahagian kanan sebelah bawah, klik Lokasi saya Lokasi. Titik biru menunjukkan lokasi anda.

Cara Maps mencari lokasi semasa anda

Maps menganggarkan kedudukan anda berdasarkan sumber seperti maklumat lokasi daripada penyemak imbas web anda.

Berikan kebenaran lokasi kepada Maps

Untuk meletakkan lokasi anda di tengah-tengah peta, anda mesti memberikan kebenaran kepada Maps untuk mencari lokasi anda.

Pada macOS, anda mungkin perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk penyemak imbas anda sebelum anda boleh memberikan Maps kebenaran dalam penyemak imbas anda:

  1. Pada komputer anda, buka Pilihan Sistem kemudian Pilihan Keselamatan & Privasi kemudian Privasi kemudian Perkhidmatan Lokasi.
  2. Untuk membolehkan perubahan dibuat, di penjuru kiri sebelah bawah, klik kunci.
  3. Di sebelah "Dayakan Perkhidmatan Lokasi", tandai kotak.
  4. Di sebelah penyemak imbas anda, tandakan kotak.
  5. Berikan kebenaran lokasi kepada Maps dalam penyemak imbas anda.

Berikan kebenaran lokasi kepada Maps dalam penyemak imbas anda

Chrome
  1. Pada komputer anda, buka Chrome dan pergi ke Google Maps.
  2. Di bahagian kanan sebelah bawah, klik Lokasi saya Lokasi.
    • Jika anda diminta berkongsi lokasi anda, pilih Benarkan.
    • Jika titik biru dipaparkan dan menunjukkan lokasi anda, maka Maps sudah mendapat kebenaran lokasi dalam penyemak imbas anda.
    • Jika terdapat mesej yang mengatakan "Google Maps tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan lokasi anda", teruskan dengan langkah yang berikut.
  3. Dalam bar carian, klik Lokasi saya Lokasi.
  4. Tandai Sentiasa benarkan http://www.google.com untuk mengakses lokasi anda.
  5. Segarkan semula penyemak imbas anda.
Firefox
  1. Pada komputer anda, buka Firefox dan pergi ke Google Maps.
  2. Di bahagian kanan sebelah bawah, klik Lokasi saya Lokasi.
    • Apabila diminta untuk berkongsi lokasi anda, pilih Benarkan atau Benarkan akses lokasi.
    • Anda mungkin menemukan "Tunjukkan lokasi anda".
    • Jika titik biru dipaparkan dan menunjukkan lokasi anda, maka Maps sudah mempunyai kebenaran lokasi dalam penyemak imbas anda 
    • Jika terdapat mesej yang mengatakan "Google Maps tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan lokasi anda", teruskan dengan langkah yang berikut.
  3. Dalam bar carian, klik Lokasi saya Lokasi.
  4. Klik Disekat untuk sementara waktu Tutup.
  5. Segarkan semula penyemak imbas anda.
Safari
Penting: Untuk menggunakan Safari, anda perlu menghidupkan Perkhidmatan Lokasi dalam Safari.
  1. Pada komputer anda, buka Safari dan pergi ke Google Maps.
  2. Di bahagian kanan sebelah bawah, klik Lokasi saya Lokasi.
    • Anda akan diminta berkongsi lokasi anda. Pilih Benarkan.
    • Jika titik biru dipaparkan dan menunjukkan lokasi anda, maka Maps sudah mendapat kebenaran lokasi dalam penyemak imbas anda.
    • Jika terdapat mesej yang mengatakan "Google Maps tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan lokasi anda", teruskan dengan langkah yang berikut.
  3. Dalam bar carian, klik Lokasi saya Lokasi.
  4. Tandai Sentiasa benarkan http://www.google.com untuk mengakses lokasi anda.
  5. Segarkan semula penyemak imbas anda.
Microsoft Edge
  1. Pada komputer anda, buka Microsoft Edge dan pergi ke Google Maps.
  2. Di bahagian kanan sebelah bawah, klik Lokasi saya Lokasi.
    • Jika anda diminta berkongsi lokasi anda, pilih Benarkan.
    • Jika titik biru dipaparkan dan menunjukkan lokasi anda, maka Maps sudah mempunyai kebenaran lokasi dalam penyemak imbas anda 
    • Jika terdapat mesej yang mengatakan "Google Maps tidak mempunyai kebenaran untuk menggunakan lokasi anda", teruskan ke langkah berikut.
  3. Di sebelah kiri alamat web, klik Kunci Kunci.
  4. Klik Kebenaran untuk laman ini.
  5. Di sebelah kanan "Lokasi", pilih Benarkan.
  6. Muat semula halaman Google Maps dan klik  Lokasi saya Lokasi.

Lebih banyak cara meningkatkan ketepatan lokasi

Jika anda menerima ralat seperti "Lokasi anda tidak dapat ditentukan" atau lokasi anda masih salah, berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:

  • Muat semula penyemak imbas anda (seperti Chrome, Firefox atau Safari).
  • Semak untuk memastikan anda mempunyai sambungan Internet yang kukuh.
  • Semak tetapan kebenaran penyemak imbas anda sekali lagi menggunakan arahan di atas.
  • Mula semula komputer anda.

Cari lokasi anda di laman & apl lain

Untuk melihat lokasi anda dalam Google Maps di laman dan apl lain, ikut langkah di atas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang berbeza:

  • Anda akan menggunakan laman atau apl yang berlainan, bukan Google Maps.
  • Anda mesti memberikan kebenaran lokasi kepada laman atau apl yang digunakan terlebih dahulu, bukan Google Maps.
  • Jika anda membuka Google Chrome atau Safari, anda hanya akan menemui lokasi anda di halaman web selamat. Anda akan menemukan "https" dalam bar alamat.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7401409696021699942
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false