Kemaskinian terakhir: 21 Januari 2026
Table of contents
- Notis Privasi Apl Gemini
- Data yang dikumpulkan
- Cara data anda digunakan
- Cara Apl Gemini mendapatkan bantuan daripada perkhidmatan Google
- Cara Apl Gemini mengendalikan Apl Disambungkan
- Ciri Audio
- Canvas
- Mengkonfigurasikan tetapan anda
- Tempoh kami menyimpan data anda
- Permintaan untuk mengalih keluar kandungan dan pengeksportan maklumat anda
- Perkara lain yang perlu diketahui
- Hormati hak orang lain
- Soalan tentang privasi
- Umum
- Apakah itu Apl Gemini?
- Bagaimanakah boleh saya membantah pemprosesan data saya atau meminta data yang tidak tepat dalam respons Apl Gemini dibetulkan?
- Apakah asas undang-undang Google untuk memproses data Apl Gemini menurut undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK)?
- Adakah anda menggunakan sembang Apl Gemini saya untuk memaparkan iklan kepada saya?
- Siapakah yang mempunyai akses kepada sembang saya, dan bagaimanakah semakan jurusemak meningkatkan Gemini untuk semua orang?
- Berapa lamakah Google mengekalkan sembang sementara saya dan sembang yang saya ada apabila Simpan Aktiviti dimatikan, dan apakah yang dilakukan oleh Google dengan data ini?
- Bagaimanakah Google menggunakan maklum balas saya?
- Apakah yang dikawal oleh tetapan Simpan Aktiviti?
- Bagaimanakah saya boleh mengawal sama ada Google menggunakan rakaman audio & Live saya untuk meningkatkan perkhidmatan Google atau tidak?
- Bagaimanakah Apl Gemini menggunakan maklumat dan arahan saya yang disimpan?
- Bagaimanakah saya boleh mengawal sama ada Apl Gemini menggunakan sembang saya yang lalu untuk memeribadikan pengalaman saya atau tidak?
- Bagaimanakah Google mengendalikan data saya apabila saya menggunakan Apl Gemini semasa log keluar?
- Maklumat lokasi & kebenaran lain
- Apakah maklumat lokasi yang dikumpulkan oleh Apl Gemini, sebab, dan cara maklumat tersebut digunakan?
- Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada Apl Gemini mempunyai akses kepada dan menggunakan lokasi tepat saya atau tidak?
- Di manakah data saya disimpan apabila Gemini dan Google Assistant berfungsi bersama-sama?
- Bagaimanakah cara mengurus kebenaran mudah alih saya apabila Gemini menjadi pembantu peranti saya?
- Muat naik
- Apl Disambungkan dalam Gemini
- Apakah yang berlaku pada pertukaran data saya antara Gemini, Apl Disambungkan dan dengan perkhidmatan lain?
- Bagaimanakah saya boleh membenarkan Gemini memeribadikan pengalaman saya dengan data saya daripada Apl Disambungkan?
- Bagaimanakah data saya digunakan untuk membuat panggilan & menghantar mesej dengan Apl Disambungkan dalam Gemini?
- Gemini Agent
- Gemini Live
- Gemini dalam Chrome
- Gems daripada Google Labs
- Canvas
- Syarat perkhidmatan
- Umum
Notis Privasi Apl Gemini
Kemaskinian terakhir: 21 Januari 2026
Notis ini melengkapi Dasar Privasi Google, dan menjelaskan cara Google memproses data anda apabila anda berinteraksi dengan Gemini, pembantu AI peribadi anda daripada Google, melalui perkhidmatan yang disenaraikan di sini (“Apl Gemini” atau singkatan “Gemini”) semasa log masuk.
Apl Gemini disediakan oleh Google Ireland Limited di Kawasan Ekonomi Eropah dan Switzerland serta oleh Google LLC di tempat lain. Kami merujuk kedua-dua syarikat tersebut sebagai "Google" di bawah.
Data yang dikumpulkan
Maklumat yang anda berikan kepada Apl Gemini
- Perkara yang anda katakan kepada Apl Gemini (seperti gesaan yang anda serahkan atau sebut)
- Item yang anda kongsi dengan Apl Gemini (seperti fail, video, skrin yang anda tanya, foto, dan kandungan halaman yang anda kongsi daripada penyemak imbas anda)
- Transkrip dan rakaman interaksi anda dengan Gemini Live (termasuk audio, video dan skrin yang anda kongsi dengan Live)
- Maklum balas anda
- Nama dan arahan tersuai Gem anda
- Arahan untuk Gemini (atau “Maklumat yang Disimpan” di sesetengah penempatan)
Maklumat yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan Apl Gemini
- Kandungan yang dijana oleh Apl Gemini (seperti teks, kod, audio, imej, video, pautan umum, petikan, ringkasan sembang dan cerapan diperibadikan)
- Maklumat daripada apl, penyemak imbas dan peranti anda
- Maklumat daripada Apl Disambungkan dan perkhidmatan Google lain yang anda gunakan dengan Apl Gemini (seperti sejarah Search atau YouTube anda, atau konteks halaman anda dan URL daripada Chrome)
- Maklumat tentang apl, penyemak imbas, dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses Apl Gemini (seperti pengecam, jenis dan tetapan penyemak imbas, jenis dan tetapan peranti, sistem pengendalian)
- Interaksi apl, penyemak imbas, dan peranti anda dengan Apl Gemini (seperti log interaksi, metrik prestasi, maklumat ranap dan nyahpepijat)
- Kebenaran sistem dan data peranti apabila anda menggunakan apl mudah alih Gemini, seperti log panggilan dan mesej, kenalan (untuk membantu anda kekal terhubung), apl yang dipasang (seperti Jam), pilihan bahasa (untuk membantu anda bercakap dengan Gemini), kandungan skrin (untuk membantu anda mengambil tindakan), dan maklumat apl lain seperti konteks halaman dan URL (apabila anda menggunakan tindanan Gemini untuk mengemukakan pertanyaan)
- Data penyemak imbas jauh seperti kuki yang mengandungi maklumat pengesahan laman web dan tangkapan skrin atau kandungan halaman anda yang lain
- Maklumat konteks daripada peranti dan perkhidmatan yang anda gunakan dengan Gemini (seperti nama peranti kediaman pintar dan senarai main)
- Data tentang interaksi anda dengan kandungan umum Apl Gemini
- Maklumat tambahan: maklumat yang dikumpulkan melalui ciri tambahan Apl Gemini yang mahu anda gunakan.
- Maklumat lokasi: kawasan umum daripada peranti, alamat IP, atau alamat Rumah atau pun alamat Tempat Kerja anda dalam Google Account anda. Ketahui maklumat lanjut melalui g.co/privacypolicy/location.
- Maklumat langganan: maklumat yang berkaitan dengan langganan jika anda mempunyai langganan berbayar Gemini.
Cara data anda digunakan
Google menggunakan data ini, seperti yang diperihalkan dalam Dasar Privasi kami, untuk:
- Menyediakan perkhidmatan kami
- Mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan kami
- Membangunkan perkhidmatan baharu
- Peribadikan perkhidmatan kami
- Menyesuaikan perkhidmatan kami
- Berkomunikasi dengan anda
- Mengukur prestasi
- Melindungi Google, pengguna kami, dan orang ramai
Penggunaan ini merangkumi model AI generatif dan teknologi pembelajaran mesin lain yang menguasakan perkhidmatan kami.
Jurusemak (termasuk jurusemak terlatih daripada penyedia perkhidmatan kami) akan menyemak sesetengah data yang kami kumpulkan bagi tujuan ini. Jangan masukkan maklumat sulit yang anda tidak mahu dilihat oleh jurusemak atau digunakan oleh Google untuk meningkatkan perkhidmatan kami, termasuk teknologi pembelajaran mesin.
Cara Apl Gemini mendapatkan bantuan daripada perkhidmatan Google
- Kami bergantung pada perkhidmatan dan infrastruktur Google yang lain untuk menyediakan Apl Gemini. Contohnya, sesetengah respons Gemini adalah berasaskan hasil carian Search.
- Gemini juga mendapat bantuan daripada perkhidmatan Google yang lain seperti Google Assistant. Apabila Gemini mendapatkan bantuan daripada Google Assistant untuk melakukan tindakan tertentu, tetapan Google Assistant yang berkaitan akan digunakan.
- Jika anda berumur 18 tahun ke atas dan membuat peningkatan kepada Apl Gemini, sejarah panggilan atau penghantaran teks anda mungkin diimport daripada Aktiviti Web & Apl anda kepada Aktiviti Apl Gemini di sesetengah rantau. Hal ini membantu anda meningkatkan pengalaman Apl Gemini, seperti cadangan kenalan. Ketahui lebih lanjut.
Cara Apl Gemini mengendalikan Apl Disambungkan
Apl Gemini mengendalikan Apl Disambungkan, termasuk apl Google dan perkhidmatan pihak ketiga. Gemini menyimpan dan menggunakan maklumat daripada Apl Disambungkan menurut notis ini, termasuk untuk menyediakan dan meningkatkan Apl Gemini. Apl Google yang disambungkan menyimpan dan menggunakan data anda, selaras dengan dasar apl tersebut dan Dasar Privasi Google, termasuk untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan apl itu. Jika anda menggunakan Apl Gemini untuk berinteraksi dengan perkhidmatan pihak ketiga, mereka akan memproses data anda mengikut dasar privasi mereka sendiri.
Ciri Audio
Apl Gemini mungkin diaktifkan apabila anda tidak berniat untuk berbuat demikian, contohnya, jika terdapat hingar yang kedengaran seperti “Ok Google” atau jika anda mengaktifkan apl tersebut secara tidak sengaja melalui sentuhan. Jika Apl Gemini memberikan respons, input anda akan dikendalikan seperti pengaktifan biasa. Bergantung pada tetapan anda, data ini digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google. Hal ini termasuk model Gemini, model AI generatif lain yang menguasakan Apl Gemini, dan teknologi yang membantu untuk mengurangkan pengaktifan yang tidak dikehendaki.
Canvas
Apabila anda berinteraksi dengan apl Canvas yang dijana oleh pengguna, pencipta apl boleh melihat sebarang data yang anda kongsi dan boleh menyimpan data tersebut pada tempat yang dipilih oleh mereka. Google menyediakan storan untuk data apl Canvas dalam Firebase, tetapi pencipta apl juga boleh menyimpan data anda pada tempat lain. Sesiapa sahaja yang mempunyai pautan umum juga boleh melihat dan mengedit data yang disimpan dengan apl. Berhati-hati dan hanya berkongsi data dengan apl Canvas yang anda percayai.
Mengkonfigurasikan tetapan anda
Anda boleh melawati Google Account anda untuk mengurus data dan privasi anda. Apl Gemini juga menyediakan tetapan untuk membantu anda mengurus data dan pengalaman anda, seperti:
- Lawati Aktiviti Apl Gemini untuk menyemak dan memadamkan aktiviti anda, menukar tempoh autopadam anda, dan mengawal sama ada data anda digunakan untuk meningkatkan Google AI atau tidak. Perkhidmatan ini termasuk, contohnya, model AI generatif yang menguasakan Apl Gemini. Tetapan dalam Aktiviti Apl Gemini tidak mengawal pemprosesan sembang anda untuk membuat data awanama untuk meningkatkan perkhidmatan Google. Semasa tetapan Simpan Aktiviti anda dimatikan, Google masih menggunakan sembang anda untuk memberikan respons kepada anda dan membantu kami melindungi Google, pengguna kami dan orang awam, termasuk dengan bantuan jurusemak.
- Urus Gem dalam Pengurus Gem.
- Urus pautan umum dalam Pautan Umum Anda.
- Urus akses Apl Gemini kepada apl dan data lain dalam tetapan Apl.
- Urus maklumat yang anda minta Gemini simpan.
- Urus data profil penyemak imbas jauh anda dalam tetapan Data Penyemak Imbas Jauh.
- Learn more about how to manage personalization features, including personalization with past chats and Personal Intelligence.
- Anda boleh menggunakan Gemini, yang dihoskan oleh apl Google, sebagai pembantu peranti anda pada Android. Ketahui cara mengurus kebenaran apl Google anda (seperti kebenaran lokasi peranti, mikrofon, dan kamera) dengan lebih lanjut.
- Ketahui cara mengurus tetapan apl mudah alih Gemini anda dengan lebih lanjut.
- Ketahui cara menetapkan apl Google sebagai apl pembantu digital lalai dengan lebih lanjut.
Jika anda menukar tetapan Apl Gemini anda, tetapan Google yang lain tidak akan berubah. Tetapan tersebut, seperti Aktiviti Web & Apl atau Sejarah Lokasi, mungkin terus menyimpan lokasi dan data lain semasa anda menggunakan perkhidmatan Google yang lain.
Tempoh kami menyimpan data anda
Kami mengekalkan data anda untuk tempoh masa yang berbeza, bergantung pada jenis data dan cara kami menggunakan data tersebut, seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi Google dan Cara Google Mengekalkan Data yang Kami Kumpulkan.
- Anda boleh menukar tetapan autopadam anda dalam Aktiviti Apl Gemini daripada tempoh lalai 18 bulan kepada 3 bulan, 36 bulan, atau tidak terhad. Sembang Apl Gemini anda juga boleh dipadamkan secara manual pada bila-bila masa.
- Sembang yang disemak oleh jurusemak (dan data yang berkaitan seperti bahasa, jenis peranti, maklumat lokasi, atau maklum balas anda) tidak akan dipadamkan apabila anda memadamkan aktiviti anda. Sebaliknya, salinan perbualan itu dikekalkan hingga tiga tahun.
- Kami menyimpan sesetengah data sehingga anda memadamkan Google Account anda, seperti maklumat tentang kekerapan anda menggunakan Apl Gemini.
- Kami mengekalkan sesetengah data untuk tempoh yang lebih lama apabila perlu bagi tujuan perniagaan atau undang-undang yang sah, seperti keselamatan, pencegahan penipuan dan penyalahgunaan, atau penyimpanan rekod kewangan.
Ketahui perihal tempoh pengekalan data Google dengan lebih lanjut, termasuk tempoh masa yang kami ambil untuk memadamkan maklumat anda.
Permintaan untuk mengalih keluar kandungan dan pengeksportan maklumat anda
Anda boleh meminta pengalihan keluar kandungan menurut dasar kami atau undang-undang yang bersesuaian. Anda juga boleh mengeksport maklumat anda.
Perkara lain yang perlu diketahui
- Apl Gemini terus berkembang dan kadangkala mungkin menghasilkan maklumat yang tidak tepat atau menyinggung perasaan (termasuk tentang manusia) yang tidak mewakili pandangan Google.
- Jangan bergantung pada respons daripada Apl Gemini untuk diagnosis, rawatan atau nasihat perubatan, undang-undang, kewangan atau nasihat pakar yang lain. Output alat ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
- Pantau penyemakan imbas Gemini dengan teliti dan mencelah jika perlu.
Ketahui maklumat lanjut dalam Hab Privasi Apl Gemini dan Dasar Privasi Google.
Hormati hak orang lain
Sila hormati hak orang lain semasa menggunakan Apl Gemini dan minta kebenaran sebelum merakam mereka dalam sembang Live. Anda hanya boleh memuat naik, menjana, dan mengedit kandungan yang anda mempunyai hak terhadap kandungan tersebut.
Soalan tentang privasi
Kemaskinian terakhir: 21 Januari 2026
Umum
Apakah itu Apl Gemini?Apl Gemini yang dirujuk dalam Notis Privasi Apl Gemini dan Hab Privasi Apl Gemini termasuk:
- Apl web Gemini yang tersedia melalui gemini.google.com dan bar sisi penyemak imbas.
- Apl mudah alih Gemini, yang merangkumi:
- Apl Gemini, yang boleh berfungsi sebagai pembantu digital lalai anda, pada Android. Harap maklum bahawa Gemini dihoskan oleh apl Google, walaupun anda memuat turun apl Gemini
.
- Apl Gemini pada iOS.
- Apl Gemini, yang boleh berfungsi sebagai pembantu digital lalai anda, pada Android. Harap maklum bahawa Gemini dihoskan oleh apl Google, walaupun anda memuat turun apl Gemini
- Gemini dalam apl Google Messages di lokasi tertentu.
- Gemini dalam Android Auto
- Gemini dalam Maps
- Ciri Gemini dalam Chrome. Ketahui perihal ketersediaan dengan lebih lanjut.
- Gemini pada Android XR.
“Apl Gemini” juga kadangkala dirujuk sebagai “apl Gemini” atau “Gemini”. Jika anda mempunyai Google Account kerja atau sekolah, penggunaan Apl Gemini anda mungkin tertakluk pada syarat pengendalian data yang berbeza. Learn more in the Generative AI in Google Workspace Privacy Hub.
Pengalaman LLM (termasuk Apl Gemini) boleh berhalusinasi dan menyampaikan maklumat yang tidak tepat sebagai fakta.
Menurut undang-undang privasi tertentu, termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum di EU, anda mungkin mempunyai hak untuk:
- Membantah pemprosesan data peribadi anda, atau
- Meminta data peribadi yang tidak tepat dalam respons Apl Gemini dibetulkan.
Untuk melaksanakan hak ini, anda boleh membuat permintaan dalam Pusat Bantuan kami.
Anda juga boleh membuat permintaan secara terus dalam Apl Gemini. Pada bahagian bawah respons apl Gemini, pilih Lagi
Laporkan isu perundangan.
Sumber tambahan
Untuk mengetahui perihal cara melaksanakan hak anda yang berkaitan dengan data yang telah kami kumpulkan dengan lebih lanjut, baca Dasar Privasi Google dan Notis Privasi Apl Gemini.
Jika undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK) terpakai pada pemprosesan maklumat anda, sila baca perkara di bawah dengan teliti.
Apabila anda log masuk dan menggunakan Apl Gemini, Google memproses maklumat anda untuk tujuan tersebut, dan berdasarkan asas perundangan, yang diperihalkan di bawah.
Apabila kami merujuk “maklumat Apl Gemini anda” di bawah, kami maksudkan kategori data yang disenaraikan dalam Notis Privasi Apl Gemini, yang terdiri daripada: (i) maklumat yang anda berikan kepada Apl Gemini (seperti gesaan dan kandungan anda yang dimuat naik, rakaman dan transkrip interaksi Gemini Live anda, maklum balas anda, dan arahan untuk Gemini); (ii) Maklumat yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan Apl Gemini (seperti kandungan yang dijana oleh Apl Gemini, maklumat daripada apl, penyemak imbas, peranti, dan Apl Disambungkan anda, serta data peranti yang dikumpulkan apabila anda menggunakan apl mudah alih Gemini); (iii) maklumat yang dikumpulkan melalui ciri tambahan Apl Gemini yang mahu anda gunakan; (iv) maklumat lokasi; dan (v) maklumat langganan.
Asas undang-undang Google ialah:
- Pelaksanaan kontrak. Kami memproses maklumat Apl Gemini anda, dan sebarang maklumat anda yang lain yang anda berikan kebenaran kepada Apl Gemini untuk diproses, termasuk apabila anda menyambungkan Apl Gemini kepada perkhidmatan lain, supaya kami dapat menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan Apl Gemini yang telah anda minta menurut Syarat Perkhidmatan Google. Contohnya, kami memproses maklumat Apl Gemini anda untuk memberikan respons kepada pertanyaan anda, dan untuk menyediakan pelbagai ciri dan kefungsian Apl Gemini seperti penjanaan video, pengeditan imej, dan penggunaan tindakan skrin untuk bersembang dengan Gemini.
- Kepentingan sah Google dan pihak ketiga dengan perlindungan yang sesuai untuk melindungi privasi anda.
- Kami memproses maklumat daripada sumber yang dapat diakses secara umum dan maklumat Apl Gemini anda supaya kami dapat menyediakan, mengekalkan, meningkatkan, dan membangunkan produk, perkhidmatan, serta teknologi pembelajaran mesin Google.
- Pemprosesan maklumat ini bagi tujuan ini diperlukan untuk kepentingan sah Google dan pengguna kami untuk:
- Menyediakan, mengekalkan, dan meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pengguna kami (seperti menggunakan sembang untuk meningkatkan model dan respons Apl Gemini bagi memastikan keselamatan dan ketepatan).
- Membangunkan produk dan ciri baharu yang berguna untuk pengguna kami (seperti mempelajari cara menghalakan permintaan kepada model baharu yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaan tertentu atau melatih model baharu untuk mengendalikan permintaan ini).
- Memahami cara orang menggunakan perkhidmatan kami untuk memastikan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan kami (seperti menjana metrik untuk memahami cara pengguna menggunakan Apl Gemini bagi menyesuaikan pengalaman pengguna dengan lebih baik).
- Menyesuaikan perkhidmatan kami untuk memberi pengguna pengalaman yang lebih baik (seperti menggunakan maklumat lokasi anda dan perbualan anda yang lalu supaya Apl Gemini memberikan jawapan yang lebih berkaitan).
- Pemprosesan maklumat ini bagi tujuan ini diperlukan untuk kepentingan sah Google dan pengguna kami untuk:
- Kami juga memproses maklumat Apl Gemini anda supaya kami dapat mengekalkan kefungsian, keselamatan dan kebolehpercayaan Apl Gemini, termasuk dengan mengesan, mencegah, dan bertindak balas terhadap masalah penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan, dan teknikal yang boleh menjejaskan Google, pengguna kami, atau orang awam.
- Pemprosesan maklumat ini bagi tujuan ini diperlukan untuk kepentingan sah Google, pengguna kami, dan orang awam untuk:
- Mengesan, menghalang, atau sebaliknya menangani masalah penipuan, penyalahgunaan, keselamatan, atau teknikal berkaitan dengan perkhidmatan kami (seperti membetulkan pepijat dan menyelesaikan masalah kegagalan).
- Melindungi daripada kemudaratan terhadap hak, harta, atau keselamatan Google, pengguna kami, atau orang awam seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang (seperti mengemaskinikan pengelas keselamatan dan penapis model).
- Menjalankan penyelidikan yang meningkatkan mutu perkhidmatan kami untuk pengguna kami dan memberikan manfaat kepada orang awam.
- Menguatkuasakan tuntutan undang-undang, termasuk penyiasatan terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran syarat perkhidmatan yang bersesuaian (seperti menyemak aktiviti dan interaksi mencurigakan yang dibenderakan sebagai bermasalah).
- Pemprosesan maklumat ini bagi tujuan ini juga diperlukan untuk kepentingan sah Google dan rakan kongsi komersial kami untuk memenuhi kewajipan kepada rakan kongsi kami seperti pembangun dan pemegang hak (seperti menghormati permintaan pengalihan keluar daripada pemegang hak harta intelek).
- Pemprosesan maklumat ini bagi tujuan ini diperlukan untuk kepentingan sah Google, pengguna kami, dan orang awam untuk:
- Untuk memberikan respons kepada permintaan anda, contohnya untuk meringkaskan e-mel daripada kenalan khusus, kami memproses data peribadi tentang orang lain yang telah anda berikan kepada Apl Gemini (seperti apabila anda meminta Apl Gemini mendapatkan semula maklumat daripada Google Workspace atau Google Photos).
- Kami memproses maklumat daripada sumber yang dapat diakses secara umum dan maklumat Apl Gemini anda supaya kami dapat menyediakan, mengekalkan, meningkatkan, dan membangunkan produk, perkhidmatan, serta teknologi pembelajaran mesin Google.
- Kewajipan undang-undang. Kami juga akan memproses maklumat Apl Gemini anda untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses perundangan yang bersesuaian, atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan (seperti jika kami menerima permintaan perundangan untuk mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa kerajaan).
- Persetujuan anda. Kami bergantung pada persetujuan anda apabila anda menggunakan ciri tertentu seperti Voice Match dan apabila anda membenarkan Google menggunakan rakaman audio & Live anda bagi meningkatkan perkhidmatan Google untuk semua orang. Jika kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses maklumat, anda berhak menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.
Sembang Apl Gemini anda tidak digunakan untuk memaparkan iklan kepada anda. Jika perkara ini berubah, kami akan memaklumkan perubahan tersebut kepada anda dengan jelas.
Untuk mengetahui cara kami memastikan data pengguna kami dirahsiakan, selamat, dan terjamin, baca Prinsip Privasi dan Keselamatan kami.
Cara semakan jurusemak membantu untuk meningkatkan perkhidmatan Google dan melindungi Google, pengguna kami, serta orang awam
Subset sembang disemak oleh jurusemak (termasuk penyedia perkhidmatan terlatih Google) untuk membantu kami meningkatkan perkhidmatan Google. Hal ini termasuk model Gemini, model AI generatif lain yang menguasakan Apl Gemini, dan teknologi yang membantu untuk mengurangkan pengaktifan yang tidak dikehendaki.
Jurusemak menilai sama ada respons Apl Gemini berkualiti rendah, tidak tepat, atau berbahaya. Mereka juga mencadangkan respons yang lebih baik. Kami menggunakan cadangan mereka untuk membantu model kami memberikan respons yang lebih baik pada masa hadapan. Sembang juga disemak untuk memastikan Gemini selamat dan terjamin untuk semua orang serta bagi menangani pelanggaran Syarat Perkhidmatan Google, termasuk Dasar Penggunaan AI Generatif Yang Dilarang. Sembang yang disemak dikekalkan hingga tiga tahun.
Cara kami melindungi privasi anda dalam proses ini
Kami amat mementingkan privasi anda, dan kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa. Sembang diputuskan sambungan daripada akaun anda sebelum dihantar kepada penyedia perkhidmatan.
Cara anda boleh mengawal perkara yang dikongsi dengan jurusemak
Untuk menghentikan sembang masa hadapan anda daripada disemak bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan Google, matikan tetapan Simpan Aktiviti anda. Jika tetapan tersebut dihidupkan, jangan masukkan data yang sulit atau yang anda ingin rahsiakan daripada jurusemak atau digunakan oleh Google untuk meningkatkan perkhidmatan Google. Walaupun tetapan Simpan Aktiviti anda dimatikan, Google masih menggunakan sembang anda untuk memberikan respons kepada anda dan membantu kami melindungi Google, pengguna kami dan orang awam, termasuk dengan bantuan jurusemak.
Google perlu mengekalkan sembang ini untuk memberikan respons kepada anda, untuk melindungi Google, pengguna kami dan orang ramai, serta untuk memproses sebarang maklum balas yang anda pilih untuk berikan.
Maklumat lanjut adalah seperti yang berikut:
Sembang sementara dan sembang yang anda lakukan apabila Simpan Aktiviti dimatikan akan dikekalkan dengan akaun anda selama 72 jam dan digunakan untuk:
- memberi anda respons, menggunakan 24 jam terakhir sembang anda sebagai konteks, dan
- melindungi Google, pengguna kami, dan orang ramai. Contohnya, Google menyimpan sembang anda dalam akaun anda selama 72 jam supaya sembang tersebut tersedia sekiranya berlaku kemungkinan kegagalan sistem.
Sembang sementara tidak digunakan untuk melatih model AI Google. Jika Simpan Aktiviti dimatikan dan anda tidak menyerahkan maklum balas, Google juga tidak akan menggunakan sembang masa hadapan anda untuk meningkatkan model AI Google.
Jika Simpan Aktiviti dimatikan dan anda memilih untuk menyerahkan maklum balas, Google akan mengumpulkan dan menggunakan data yang berikut untuk mengekalkan dan meningkatkan Apl Gemini:
- maklum balas anda,
- konteks yang dapat membantu kami memahami maklum balas anda dengan lebih baik, termasuk 24 jam terakhir sembang anda, dan
- sebarang kandungan yang disertakan dalam sembang tersebut (seperti muat naik dan data daripada Apl Disambungkan).
Ketahui cara Google menggunakan maklum balas dengan lebih lanjut.
Maklum balas anda, sebarang kandungan yang disertakan (seperti fail atau kandungan peribadi anda daripada Apl Disambungkan), perbualan yang berkaitan (seperti gesaan anda dan respons Apl Gemini), dan data yang berkaitan:
- Disemak oleh pasukan terlatih yang khusus. Jurusemak diperlukan untuk membantu kami mengenal pasti, menangani, dan melaporkan masalah yang mungkin dikemukakan dalam maklum balas. Dalam sesetengah keadaan, perkara ini dikehendaki oleh undang-undang.
- Digunakan menurut Dasar Privasi Google. Google menggunakan data ini untuk menyediakan, meningkatkan, dan membangunkan produk, perkhidmatan, serta teknologi pembelajaran mesin Google. Perkara ini dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Dasar Privasi kami.
- Contohnya, kami menggunakan data ini untuk menjadikan Apl Gemini lebih selamat. Maklum balas ini membantu kami mengesan dan mengelakkan permintaan atau respons yang tidak selamat pada masa hadapan.
- Dikekalkan hingga 3 tahun. Maklum balas yang disemak, perbualan yang berkaitan, dan data yang berkaitan dikekalkan hingga 3 tahun, dinyahpautkan daripada Google Account anda.
Ketahui cara menghantar maklum balas atau melaporkan masalah dengan Apl Gemini.
Jika tetapan Simpan Aktiviti dihidupkan:
Sembang anda dan item yang anda kongsi dengan Gemini (seperti fail, video, skrin, dan foto) akan disimpan dalam Aktiviti anda.
Aktiviti anda yang disimpan juga merangkumi audio, rakaman dan transkrip interaksi Gemini Live anda, maklum balas anda, maklumat daripada laman web yang anda lawati dengan Gemini, penggunaan produk, dan maklumat lokasi (termasuk lokasi umum peranti, alamat IP, atau alamat Rumah atau pun alamat Tempat Kerja anda dalam Google Account anda).
Cara aktiviti anda digunakan
Google menggunakan aktiviti anda untuk menyediakan, membangunkan, dan meningkatkan perkhidmatan Google (termasuk melatih model AI generatif), serta untuk melindungi Google, pengguna, dan orang ramai dengan bantuan jurusemak. Data yang disemak oleh penyedia perkhidmatan diputuskan sambungan daripada akaun anda dan disimpan selama 3 tahun. Audio dan rakaman Gemini Live anda tidak digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google secara lalai. Bergantung pada tetapan dan rantau anda, Google juga menggunakan aktiviti anda untuk memeribadikan pengalaman anda.
Kawalan di tangan anda
Aktiviti anda akan dipadamkan secara automatik selepas 18 bulan. Anda boleh menukar tetapan ini kepada 3 atau 36 bulan, atau tidak memilih tetapan autopadam. Anda boleh mematikan tetapan ini atau menyemak dan memadamkan aktiviti anda pada bila-bila masa dalam Aktiviti Apl Gemini.
Sentiasa ingat
- Apl Gemini direka bentuk untuk menunggu dalam mod tunggu sedia sehingga diaktifkan, contohnya apabila apl mengesan “Ok Google”. Rakaman mungkin bermula beberapa saat sebelum pengaktifan.
- Gemini boleh diaktifkan secara tidak sengaja, seperti jika Gemini mengesan hingar seakan-akan “Ok Google”. Transkrip rakaman ini juga digunakan untuk membantu kami mengurangkan pengaktifan yang tidak dikehendaki untuk semua orang.
- Tindakan menghidupkan tetapan ini akan memulihkan akses Gemini kepada apl yang disambungkan sebelum ini.
Jika tetapan Simpan Aktiviti dimatikan:
Sembang masa hadapan anda tidak akan dipaparkan dalam Aktiviti anda, dan tidak akan digunakan untuk melatih model AI kami, melainkan anda memilih untuk menghantar maklum balas kepada Google. Sembang masa hadapan masih disimpan selama 72 jam supaya Gemini dapat memberikan respons kepada anda, memproses maklum balas anda, dan melindungi Google, pengguna Google, dan orang awam.
Sentiasa ingat
- Jika anda memadamkan aktiviti anda, sembang masa lalu yang telah disemak oleh penyedia perkhidmatan tidak akan dipadamkan kerana sembang tersebut tidak disambungkan kepada Google Account anda. Sebaliknya, sembang tersebut akan dikekalkan hingga 3 tahun.
- Sesetengah Apl Disambungkan tidak tersedia apabila tetapan ini dimatikan.
- Tetapan lain seperti Aktiviti Web & Apl atau Sejarah Lokasi boleh terus menyimpan lokasi dan data lain sebagai sebahagian daripada penggunaan anda untuk perkhidmatan Google yang lain.
- Tindakan mematikan Simpan Aktiviti atau memadamkan aktiviti Apl Gemini tidak akan memadamkan data dalam perkhidmatan Google yang lain. Ketahui cara perkhidmatan Google mengekalkan data dengan lebih lanjut.
Anda boleh mengurus tetapan ini pada bila-bila masa.
Anda boleh memilih untuk membenarkan Google menggunakan rakaman audio dan Live anda bagi meningkatkan perkhidmatan Google untuk semua orang dalam Aktiviti Apl Gemini.
Jika anda menghidupkan tetapan ini:
Google akan menggunakan rakaman audio anda dan rakaman Gemini Live (termasuk audio, video dan perkongsian skrin) dalam Aktiviti Apl Gemini untuk meningkatkan dan membangunkan perkhidmatan kami (termasuk melatih model AI generatif). Hal ini termasuk rakaman yang telah disimpan dalam Aktiviti Apl Gemini serta rakaman yang akan datang.
Sesetengah rakaman disemak oleh jurusemak. Untuk melindungi privasi anda, rakaman yang dihantar kepada penyedia perkhidmatan tidak disambungkan kepada Google Account anda.
Sentiasa ingat
- Apl Gemini direka bentuk untuk menunggu dalam mod tunggu sedia sehingga diaktifkan, contohnya apabila apl mengesan “Ok Google”. Rakaman mungkin bermula beberapa saat sebelum pengaktifan.
- Gemini boleh diaktifkan secara tidak sengaja, seperti jika Gemini mengesan hingar seakan-akan “Ok Google”. Rakaman ini juga digunakan untuk membantu kami mengurangkan pengaktifan yang tidak dikehendaki untuk semua orang.
- Jika anda menggunakan Gemini dengan Voice Match, model suara anda akan digunakan untuk sementara waktu bagi meningkatkan Voice Match.
Kawalan di tangan anda
Anda boleh mematikan tetapan ini atau mengurus dan memadamkan rakaman audio serta Live anda pada bila-bila masa.
Jika anda mematikan tetapan ini:
Rakaman audio dan Gemini Live anda pada masa hadapan tidak akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan kami (termasuk model AI), melainkan anda memilih untuk menghantar maklum balas kepada Google.
Sentiasa ingat
- Rakaman audio dan Gemini Live anda pada masa hadapan masih akan digunakan untuk memberikan respons kepada anda serta membantu kami memastikan keselamatan Gemini.
- Transkrip sembang Live anda dan sebarang fail, imej & video YouTube lain yang anda kongsi dengan Live dilindungi oleh tetapan Simpan Aktiviti, yang boleh anda matikan pada bila-bila masa.
Apl Gemini menggunakan maklumat dan arahan anda untuk memberikan respons yang lebih disesuaikan. Data ini kekal disimpan sehingga anda memilih untuk memadamkan data tersebut. Anda boleh menghentikan penyimpanan maklumat dan arahan pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut.
Di luar Kawasan Ekonomi Eropah, Switzerland dan UK, Gemini memeribadikan pengalaman anda dengan merujuk sembang anda dalam Aktiviti Apl Gemini dan menggunakan sembang tersebut untuk menjana cerapan diperibadikan. Anda boleh mematikan pemeribadian berdasarkan sembang Gemini anda yang lalu pada bila-bila masa. Simpan Aktiviti mestilah dihidupkan untuk menggunakan ciri ini.
Jika ciri ini dihidupkan:
- Gemini mungkin menggunakan maklumat sensitif yang anda berikan dalam sembang anda untuk memeribadikan pengalaman anda.
- Anda boleh memulakan Sembang Sementara untuk membincangkan maklumat yang anda tidak mahu Gemini ingat atau gunakan untuk memeribadikan pengalaman anda.
- Untuk menghentikan Gemini daripada memeribadikan pengalaman anda menggunakan maklumat sembang yang lalu, padamkan sembang tersebut.
Apabila anda menggunakan Apl Gemini semasa log keluar, Google memproses data anda (seperti alamat IP dan jenis penyemak imbas anda) menurut Dasar Privasi Google. Data anda tidak dikaitkan dengan Google Account anda. Notis Privasi Apl Gemini tidak terpakai.
Maklumat lokasi & kebenaran lain
Apakah maklumat lokasi yang dikumpulkan oleh Apl Gemini, sebab, dan cara maklumat tersebut digunakan?Data lokasi sentiasa dikumpulkan jika anda menggunakan Apl Gemini supaya apl tersebut dapat memberi anda respons yang berkaitan dengan pertanyaan anda. Contohnya, untuk memberikan respons kepada gesaan seperti "Bagaimanakah keadaan cuaca?", Apl Gemini perlu mengetahui lokasi anda.
Sumber data lokasi yang diperoleh oleh Apl Gemini & cara data tersebut digunakan
Sumber data lokasi yang dikumpulkan oleh Apl Gemini berbeza-beza. Secara lalai, Apl Gemini menggunakan kawasan umum daripada alamat IP anda atau alamat Rumah atau pun alamat Tempat Kerja dalam Google Account anda untuk memberikan respons yang berkaitan dengan gesaan seperti “Bagaimanakah keadaan cuaca?”
Dengan kebenaran anda, Apl Gemini juga memproses data lokasi tepat daripada peranti anda. Contohnya, Apl Gemini boleh menggunakan lokasi tepat anda untuk memberikan respons yang lebih tepat kepada gesaan seperti “di manakah kedai kopi yang paling dekat dengan saya?”. Gemini juga mungkin menerima data lokasi tepat daripada perkhidmatan Google yang lain, seperti Google Maps, walaupun tetapan lokasi tepat dalam apl Google dimatikan.
Google juga menggunakan data lokasi anda, termasuk data lokasi tepat anda, untuk tujuan tersebut dan berdasarkan asas perundangan yang diperihalkan dalam Notis Privasi Apl Gemini. Ketahui perihal data lokasi dengan lebih lanjut pada g.co/privacypolicy/location.
Jika tersedia, Apl Gemini mungkin berkongsi data lokasi tepat anda dengan perkhidmatan Google yang lain, seperti Google Maps, untuk memenuhi permintaan anda. Perkhidmatan Google yang mendapatkan data lokasi anda menggunakan data tersebut menurut Dasar Privasi Google.
Gemini mungkin menerima lokasi tepat anda daripada perkhidmatan Google yang lain, seperti Google Maps, untuk memenuhi permintaan anda walaupun tetapan lokasi tepat dalam apl Google dimatikan.
Cara data lokasi disimpan
- Lokasi tepat yang diproses dengan kebenaran anda daripada peranti atau penyemak imbas anda tidak disimpan dalam Aktiviti Apl Gemini anda.
- Data lokasi yang diproses oleh Apl Gemini disederhanakan kepada kawasan umum sebelum disimpan dengan Aktiviti Apl Gemini anda. Kawasan umum merujuk kawasan yang lebih luas daripada 3 km persegi, dan memiliki sekurang-kurangnya 1000 pengguna supaya kawasan umum gesaan anda tidak mengenal pasti anda dan perkara ini membantu untuk melindungi privasi anda. Hal ini bermakna bahawa kawasan umum lazimnya lebih luas daripada 3 km persegi di luar bandar.
Cara mengawal & mengurus data anda
Pada bila-bila masa, anda boleh:
- Mengurus kebenaran lokasi untuk apl mudah alih anda seperti apl mudah alih Gemini dan Google Maps. Ketahui cara mengurus tetapan lokasi peranti dan mengurus kebenaran peranti mudah alih apabila menggunakan Gemini sebagai pembantu peranti anda.
- Menyemak dan memadamkan aktiviti Apl Gemini anda. Ketahui cara mengurus aktiviti Apl Gemini anda.
Perkara yang Perlu Diketahui
Data lokasi disimpan dalam sembang anda jika data tersebut merupakan sebahagian daripada gesaan atau respons anda, contohnya, jika anda bertanya Apl Gemini tentang restoran “berdekatan saya” dan respons merujuk bandar anda. Anda boleh mengurus dan memadamkan aktiviti Apl Gemini anda pada bila-bila masa.
Semak sama ada Apl Gemini boleh mengakses dan menggunakan lokasi tepat anda atau tidak.
Cara mendaftar masuk:
- Apl web Gemini
- Apl mudah alih Gemini pada peranti Android
- Apl mudah alih Gemini pada iPhone atau iPad
- Gemini on Watch pada peranti WearOS
- Gemini dalam Chrome
Gemini mungkin menerima data lokasi tepat anda daripada perkhidmatan Google yang lain, seperti Android Auto, untuk memenuhi permintaan anda walaupun tetapan lokasi tepat di atas dimatikan. Ketahui cara mematikan lokasi tepat dalam Android Auto.
Gemini dalam Google Messages
Gemini dalam Google Messages tidak dapat mengakses lokasi tepat anda. Ketahui lokasi yang menawarkan Gemini dalam Google Messages.
Ketahui perihal lokasi anda dan cara mengurus lokasi tersebut dengan lebih lanjut.
Apl mudah alih Gemini (pada Android)
Gemini dihoskan oleh apl Google, walaupun anda memuat turun apl Gemini . Gemini dan apl Google boleh menggunakan pelbagai ciri dan keupayaan pada peranti anda (seperti kamera, mikrofon, kenalan, atau lokasi anda) berdasarkan kebenaran apl Google anda. Untuk menyemak dan mengurus kebenaran ini:
- Sentuh dan tahan apl Google
.
- Ketik Maklumat Apl
Kebenaran.
- Untuk menukar tetapan kebenaran, ketik kebenaran, kemudian pilih Benarkan atau Jangan benarkan.
Muat naik
Bagaimanakah Google mengendalikan imej yang saya muat naik?Cara imej dalam gesaan berfungsi
Anda boleh menyertakan imej dengan gesaan anda untuk bertanya soalan kepada Gemini tentang imej tersebut, mengedit imej, atau menggunakan imej itu untuk menjana kandungan lain (seperti video). Apabila anda menambahkan imej pada gesaan anda, atau tangkapan skrin melalui tindakan skrin, seperti "Tanya tentang skrin ini", Apl Gemini juga menggunakan teknologi Google Lens untuk memahami kandungan imej dan membaca teks. Google menggunakan maklumat ini sama seperti gesaan lain, seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi Apl Gemini.
Jika anda berkongsi foto atau video daripada Google Photos dengan Apl Gemini, foto atau video anda akan diproses menurut Notis Privasi Apl Gemini. Hal ini bermakna, contohnya, jika anda menggunakan tindakan skrin atau ciri muat naik Gemini untuk berkongsi foto atau video daripada Google Photos dengan Apl Gemini, dan jika tetapan Simpan Aktiviti anda dihidupkan, foto atau video anda akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google dengan bantuan jurusemak. Ketahui perihal tetapan Simpan Aktiviti dengan lebih lanjut.
Apl Disambungkan dalam Gemini
Apakah yang berlaku pada pertukaran data saya antara Gemini, Apl Disambungkan dan dengan perkhidmatan lain?Gemini boleh menggunakan Apl Disambungkan dan perkhidmatan lain untuk memberi anda bantuan tersuai, menemukan maklumat untuk anda dan membantu anda menyelesaikan lebih banyak perkara. Sebagai contoh, jika anda bersambung dengan Google Workspace atau Google Photos, anda dapat menggunakan Gemini untuk mencari maklumat dalam e-mel atau foto anda. Jika anda meminta syor tentang penerbangan dan hotel, Gemini dapat menggunakan maklumat yang tersedia secara umum daripada Google Flights dan Google Hotels untuk memberi anda bantuan yang disesuaikan.
Perihal data yang dikongsi
Data yang dikongsi antara Gemini dengan Apl Disambungkan serta perkhidmatan Google yang lain termasuk:
- Maklumat daripada sembang Gemini anda
- Maklumat tentang peranti dan pilihan anda (seperti bahasa)
- Maklumat lokasi anda
- Maklumat dan kandungan daripada Apl Disambungkan anda (seperti e-mel, fail, acara, foto dan video)
Cara data anda digunakan
Gemini menggunakan data daripada Apl Disambungkan menurut Notis Privasi Apl Gemini, termasuk untuk memberi anda bantuan tersuai, menemukan maklumat untuk anda dan membantu anda menyelesaikan lebih banyak perkara. Jika anda memenuhi syarat kelayakan tertentu dan mengikut serta dalam pemeribadian dengan Apl Disambungkan tertentu, Google juga menggunakan data daripada Apl Disambungkan tersebut untuk memeribadikan pengalaman Gemini anda.
Data yang dikongsi Gemini dengan perkhidmatan Google yang lain digunakan mengikut Dasar Privasi Google, termasuk untuk peningkatan produk. Apl pihak ketiga menggunakan data daripada Gemini yang sejajar dengan dasar privasi dan syarat mereka sendiri.
Cara mengurus Apl Disambungkan anda
Anda boleh menyambungkan dan memutuskan sambungan apl dalam tetapan Apl Disambungkan anda. Ketahui cara mengawal apl yang akan berfungsi dengan Gemini.
Sesetengah Apl Disambungkan seperti Telefon, Messages, WhatsApp dan Utilities tersedia pada peranti mudah alih Android anda, sama ada Simpan Aktiviti dihidupkan atau dimatikan. Pada masa ini, Apl Disambungkan yang lain seperti Google Workspace tidak tersedia jika anda mematikan fungsi Simpan Aktiviti. Tindakan menghidupkan kembali Simpan Aktiviti akan memulihkan akses Gemini kepada apl yang disambungkan sebelum ini.
Memutuskan sambungan apl & memadamkan data
- Ketahui cara memutuskan sambungan apl dalam tetapan Apl Disambungkan.
- Tindakan memutuskan sambungan apl atau memadamkan data dalam Apl Disambungkan tidak akan memadamkan apa-apa data daripada Aktiviti Apl Gemini.
- Anda boleh mengurus dan memadamkan aktiviti Apl Gemini anda pada bila-bila masa.
- Apl mengekalkan data yang dikongsi oleh Gemini dengan apl, tertakluk pada dasar apl itu sendiri. Tindakan memadamkan data dalam Aktiviti Apl Gemini tidak akan memadamkan data yang telah diterima oleh apl lain daripada Gemini. Ketahui cara perkhidmatan Google mengekalkan data yang dikumpulkan lebih lanjut.
- Ketahui cara memadamkan sesuatu daripada apl disambungkan dalam ingatan Gemini tentang diri anda. Jika anda memadamkan atau mengemaskinikan data dalam apl disambungkan seperti e-mel daripada Gmail atau foto daripada Google Photos, pengalaman anda dalam Gemini mungkin tidak terjejas sehingga beberapa hari kemudian.
Perkara yang perlu diketahui
Jika anda meminta Apl Gemini menukarkan kandungan dikongsi atau mengawal peranti dikongsi dalam perkhidmatan lain, tindakan tersebut mungkin kelihatan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada kandungan atau peranti yang dikongsi tersebut.
Pengguna yang layak dengan Kecerdasan Peribadi boleh menyambungkan sesetengah apl Google kepada Gemini untuk mendapatkan pengalaman baharu lebih diperibadikan yang sebelum ini tidak tersedia dalam Gemini melalui Apl Disambungkan. Ketahui perihal pemeribadian dengan data anda daripada Apl Disambungkan lebih lanjut.
Data yang dikumpulkan & diproses
Apabila anda menggunakan Apl Disambungkan dalam Gemini untuk membantu anda membuat panggilan atau menghantar mesej, apl mudah alih Gemini akan mengumpulkan dan memproses:
- Aktiviti Apl Gemini (jika tersedia)
- Log panggilan dan pemesejan peranti
- Maklumat hubungan
- Maklumat dan tetapan peranti
Jika anda menggunakan Google Assistant sebelum ini untuk membuat panggilan atau menghantar mesej, sejarah permintaan komunikasi Google Assistant anda yang disimpan hingga 90 hari (contohnya, “Hantar mesej kepada Sasha”) mungkin diimport daripada Aktiviti Web & Apl anda kepada Aktiviti Apl Gemini anda. Ketahui cara Apl Gemini mendapatkan bantuan daripada perkhidmatan Google lebih lanjut.
Cara data digunakan
Untuk membuat panggilan atau menghantar mesej dengan Apl Disambungkan, apl mudah alih Gemini menggunakan data anda untuk:
- Memilih apl panggilan atau pemesejan yang paling sesuai digunakan, dan
- Membantu anda berhubung dengan orang yang tepat.
Mesej yang anda buat dan hantar dengan apl Gemini tidak disulitkan secara menyeluruh oleh Google.
Cara mengawal & mengurus data anda
- Jika anda tidak mahu apl mudah alih Gemini menggunakan aktiviti anda untuk membuat panggilan atau menghantar mesej, anda boleh memadamkan aktiviti anda pada bila-bila masa dalam Aktiviti Apl Gemini.
- Anda boleh memutuskan sambungan apl panggilan dan pemesejan yang disokong pada bila-bila masa dalam tetapan Apl Disambungkan. Ketahui cara mengurus Apl Disambungkan dalam Gemini.
- Anda boleh menggunakan apl panggilan dan pemesejan yang disokong pada peranti mudah alih anda walaupun fungsi Simpan Aktiviti dimatikan.
- Apl panggilan dan pemesejan tidak tersedia pada jam tangan pintar apabila Simpan Aktiviti dimatikan.
Penting: Tetapan Google Assistant, seperti tetapan Assistant pada skrin kunci, tidak digunakan pada apl yang disambungkan kepada Gemini.
Gemini Agent
How does Gemini Agent use my data with the remote browser?When you use the experimental Gemini Agent feature, Gemini may use a remote browser to help complete your tasks. This feature is only available when Keep Activity is on. Learn more about eligibility.
What data is collected & processed
When using the remote browser, Gemini Agent collects and processes information from your browser session, like cookies that contain your website authentication info and screen captures or other page content. Gemini Agent uses this data to make it easier for you to use the remote browser in future chats and consistent with the Gemini Apps Privacy Notice. You can delete this data at any time in your Remote Browser Data setting.
What data is shared when using the remote browser
To fulfill your requests, Gemini Agent may share info from your chat with the remote browser and websites you interact with. If you used a Connected App in the chat, shared chat info may include data and content from that Connected App.
How to control & manage your data
Supervise Gemini Agent closely and interrupt it by selecting Stop in the prompt text box or Take Control
in the remote browser. Learn how to take control of Gemini’s browser.
You can delete remote browser data in your Remote Browser Data setting. This will sign you out of all sites you visited with the remote browser.
Gemini Live
Bagaimanakah Google mengendalikan data Gemini Live?Rakaman dan transkrip interaksi anda dengan Gemini Live, serta kandungan lain yang anda kongsi dengan Gemini Live, diproses menurut Notis Privasi Apl Gemini dan disimpan dalam Aktiviti Apl Gemini jika tetapan Simpan Aktiviti anda dihidupkan. Anda boleh mengurus dan memadamkan aktiviti Apl Gemini anda pada bila-bila masa.
Jika Simpan Aktiviti dimatikan, sembang Gemini Live anda akan disimpan dalam Google Account anda hingga 72 jam supaya Google boleh menyediakan perkhidmatan dan memproses sebarang maklum balas. Ketahui lebih lanjut.
Transkrip Gemini Live
Jika Simpan Aktiviti dihidupkan, transkrip sembang Live anda akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google, termasuk model AI. Ketahui perihal tetapan Simpan Aktiviti anda dengan lebih lanjut.
Rakaman Gemini Live
Rakaman Gemini Live (termasuk audio, video dan perkongsian skrin) tidak digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan Google secara lalai. Ketahui perihal cara menukar tetapan ini pada bila-bila masa dengan lebih lanjut.
Sila hormati privasi orang lain dan minta kebenaran sebelum anda merakam atau menyertakan mereka dalam sembang Live.
Gemini dalam Chrome
Apakah yang berlaku kepada data saya apabila saya menggunakan Gemini dalam Chrome?Apabila anda menggunakan ciri Gemini dalam Chrome, Gemini mengumpulkan dan memproses kandungan halaman dan URL daripada tab semasa anda serta mana-mana tab lain yang telah anda kongsi dengan Gemini. Jika anda menggunakan Gemini dalam Chrome untuk menemukan halaman yang anda lawati dalam Chrome, URL yang berkaitan daripada sejarah anda juga akan dikumpulkan oleh Gemini. Sesetengah kandungan halaman yang digunakan oleh Gemini mungkin tidak kelihatan kepada anda.
Cara data disimpan
Maklumat daripada laman web yang anda lawati dengan ciri Gemini dalam Chrome dan audio serta fail yang anda kongsi dengan ciri tersebut disimpan dalam Aktiviti Apl Gemini jika tetapan Simpan Aktiviti anda dihidupkan. Kandungan halaman akan dilog pada Google Account anda untuk sementara waktu dan tidak akan dipaparkan dalam Aktiviti Apl Gemini anda.
Cara mengawal & mengurus data anda
Anda boleh memilih untuk menghentikan perkongsian tab semasa anda dan mana-mana tab terbuka lain yang telah anda kongsi dengan Gemini. Ketahui lebih lanjut.
Gems daripada Google Labs
Apakah yang berlaku kepada data saya apabila saya berinteraksi dengan Gem daripada Google Labs?Kini anda boleh mengakses dan menemukan Gems daripada Google Labs pada Apl Gemini atau pada opal.google.
Gem daripada Google Labs ialah aliran kerja tersuai yang dihimpunkan dalam apl mini AI yang boleh anda buat, edit dan kongsi. Apabila anda berinteraksi dengan Gem daripada Google Labs, anda menggunakan Opal, suatu percubaan Google Labs.
Penting: Opal, suatu percubaan Google Labs, bukan sebahagian daripada Apl Gemini. Hal ini bermakna data daripada pengalaman ini tidak dipaparkan dalam Aktiviti Apl Gemini anda dan tidak dikawal oleh tetapan apl disambungkan Workspace Gemini. Notis Privasi Apl Gemini tidak digunakan dan data Opal anda, termasuk maklum balas yang anda berikan, diproses menurut Dasar Privasi Google.
Cara data disimpan
Gems daripada Google Labs yang anda buat, interaksi anda dengan Gems dan media (audio, imej, dokumen) yang anda muat naik disimpan dalam folder “Opal” dalam Google Drive anda.
Cara anda boleh mengawal & mengurus data anda, termasuk memadamkan Gem anda daripada Google Labs
Anda boleh memadamkan Gem daripada Google Labs dalam pengurus Gem apl web Gemini atau dalam folder “Opal” dalam Google Drive anda. Sejarah interaksi yang berkaitan dengan Gem daripada Google Labs juga akan dipadamkan.
Ketahui perihal Gem daripada Google Labs dengan lebih lanjut.
Canvas
Apakah yang berlaku kepada data saya apabila saya berinteraksi dengan apl web Canvas?Apabila anda berinteraksi dengan apl Canvas yang dijana oleh pengguna, sesiapa sahaja yang mempunyai pautan umum boleh melihat sebarang data yang anda kongsi.
Cara data disimpan
Google menyediakan pilihan bagi apl Canvas untuk menyimpan data pengguna secara berterusan dalam Firebase. Pencipta apl boleh memilih untuk menggunakan pilihan ini tetapi mereka juga boleh menyimpan sebarang data interaksi daripada anda di lokasi lain (atau tidak menyimpan data tersebut sama sekali).
Cara mengawal & mengurus data anda
Berhati-hati dan hanya berinteraksi dengan apl yang dipercayai. Setelah anda berkongsi sebarang data dengan apl Canvas, anda tidak mempunyai pilihan untuk memadamkan data tersebut tetapi pencipta apl diberi pilihan tersebut.
Syarat perkhidmatan
Apakah syarat yang dikenakan pada penggunaan Apl Gemini?Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Penggunaan AI Generatif Yang Dilarang terpakai pada Apl Gemini.
Jika anda pengguna yang berpusat operasi di Korea, anda juga bersetuju bahawa penggunaan Apl Gemini anda tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Lokasi Korea.