Taip menggunakan suara anda

Pada peranti mudah alih, anda boleh bercakap untuk menulis pada kebanyakan tempat yang membolehkan anda menaip dengan papan kekunci.

Nota: Gboard tersedia untuk iPhone dan iPad yang menjalankan iOS 9 ke atas.

Nota: Ciri tutur kepada teks tidak berfungsi dalam semua bahasa.

Bercakap untuk menulis

  1. Pasang Gboard pada iPhone atau iPad anda.
  2. Buka mana-mana apl yang boleh digunakan untuk menaip, seperti Gmail atau Keep.
  3. Ketik bahagian yang boleh dimasukkan teks.
  4. Sentuh dan tahan Mikrofon Mikrofon.
  5. Apabila "Bercakap sekarang" dipaparkan, sebutkan teks yang mahu ditulis.

Tambah tanda baca

Anda boleh menggunakan pelbagai frasa untuk menambahkan tanda baca pada teks anda. Tanda baca mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.

Beberapa frasa yang boleh anda gunakan ialah:

  • Titik
  • Koma
  • Tanda seru
  • Tanda soal
  • Baris baharu
  • Perenggan baharu

Ganti perkataan

  1. Buka dokumen atau mesej yang mengandungi perkataan yang ingin diubah pada iPhone atau iPad anda.
  2. Sentuh dan tahan perkataan itu.
  3. Sentuh dan tahan Mikrofon Mikrofon.
  4. Apabila "Bercakap sekarang" dipaparkan, sebutkan perkataan baharu.
false
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13546301078054129696
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false