Taip menggunakan suara anda

Padaperanti mudah alih, anda boleh bercakap untuk menulis pada kebanyakan tempat yang boleh anda taip dengan papan kekunci.

Penting:

Bercakap untuk menulis

  1. Pasang Gboard pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Buka mana-mana apl yang boleh digunakan untuk menaip, seperti Gmail atau Keep.
  3. Ketik bahagian yang boleh dimasukkan teks.
  4. Pada bahagian atas papan kekunci anda, ketik Mikrofon Mikrofon.
  5. Apabila "Bercakap sekarang" dipaparkan, sebutkan teks yang mahu ditulis.
Petua: Pada sesetengah peranti Pixel, anda juga boleh menggunakan Assistant untuk menaip dengan suara anda.

Tambah tanda baca

Anda boleh menggunakan pelbagai frasa untuk menambahkan tanda baca pada teks anda. Tanda baca mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.

Beberapa frasa yang boleh anda gunakan ialah:

  • Titik
  • Koma
  • Tanda seru
  • Tanda soal
  • Baris baharu
  • Perenggan baharu

Ganti perkataan

  1. Buka dokumen atau mesej yang mengandungi perkataan yang ingin diubah pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Sentuh dan tahan perkataan itu.
  3. Di bahagian atas papan kekunci anda, ketik Mikrofon Mikrofon.
  4. Apabila "Bercakap sekarang" dipaparkan, sebutkan perkataan baharu.

Gunakan bar alat suara

  1. Buka apa-apa apl yang boleh digunakan untuk menaip, seperti Gmail atau Keep pada tablet anda.
  2. Ketik bahagian yang boleh dimasukkan teks.
  3. Ketik Mikrofon Mikrofon.
  4. Jika digesa, ketik pilihan rakaman:
    • Semasa menggunakan apl: Membenarkan rakaman suara pada bila-bila masa anda menggunakan apl.
    • Hanya pada masa ini: Membenarkan rakaman suara sekali.
    • Jangan benarkan: Tidak membenarkan rakaman suara.
  5. Pada penggunaan pertama, anda akan dihalakan kepada bar alat.
    • Untuk kembali kepada papan kekunci penuh, ketik Papan kekunci Papan kekunci.
  6. Untuk membuka semula bar alat, ketik Minimumkan .
    • Anda boleh menyeret bar alat pada mana-mana bahagian skrin, termasuk bahagian tepi.

Petua:

  • Untuk menjeda rakaman suara, ketik Mikrofon Mikrofon.
  • Untuk menambahkan emoji, sebagai contoh emoji atau dalam bar alat, ketik Emoji Emoji, kemudian pilih emoji yang anda mahukan.
  • Untuk menggunakan perintah suara, sebut arahan atau ketik salah satu cadangan dalam bar alat.

Tukar bahasa

Penting: Berbilang bahasa perlu didayakan. Ketahui cara menambahkan papan kekunci.

  1. Pada bahagian bawah sebelah kiri bar alat, ketik singkatan untuk bahasa lalai anda.
  2. Pilih bahasa.

Ketahui lebih banyak perintah suara

  1. Ketik Menu Menu atau EN dalam bar alat.
  2. Ketik Tunjukkan perintah suara.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10916147186691707942
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false